PERHATIAN !

Blog dan isi kandungan blog ini hanya untuk layaran, perkongsian, dan bacaan pengunjung-pengunjung blog https://cucutokraja.blogspot.com yang beragama BUDDHA dan BUKAN beragama ISLAM sahaja.

Kandungannya mungkin akan menimbulkan KETIDAKSELESAAN kepada sesetengah golongan. Sila TINGGALKAN laman ini sekiranya anda bukanlah daripada golongan seperti yang dinyatakan di atas.

Keprihatian dan kerjasama anda semua amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

This blog and shared @ posted blogposts are strictly for NON-MUSLIM viewing purposes only. All articles / posts are strictly writer's personal view per se. Writer does not necessarily endorse the views or opinions given by any third party content provider.

TQVM


Monday, June 1, 2009

Keajaiban 1 - Teras Gemunggal

Khasiat Pokok Gemunggar Gemunggai: Remunggai, Kelor Sejenis pokok besar berdaun kembar halus, dimana pucuknya enak disayur, berkhasiyat: 1. Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman 2. Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit 3. Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah. 4. Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin. 5. Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya. 6. Sakit mata:daunnya 3 ranting kecil dilumat diandunkan dengan 1 gelas air dan heningkan; ditapis dan dititikkan ke dalam mata. 7. Rabun ayam: daunnya 3 ranting kecil dilumat, dituangkan 1 mangkuk air masak dan ditapis; kemudian diandunkan dengan madu 3 sudu, diminum sebelum tidur. 8. Sakit kuning: daunnya 7 ranting kecil dilumat dan dimasukkan 1 gelas air kelapa; ditapis dan diandunkan dengan 7 sudu madu, diminum 3 kali sehari. 9. Sengal tulang: daunnya 3 ranting kecil dilumatkan bersama ½ sudu kapur makan, dibuat gosok. 10. Alergi (alahan): daunnya 3 ranting kecil, bawang Merah 1 hulas, biji adas dan akar mempelas direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal lagi separuh dan ditapis, diminum 2 kali sehari 1 mangkuk kecil. 11. Memusnah cacing: daunnya 3 ranting kecil, daun lada 1 ranting kecil dan 3 batang Dukung Anak direbus dengan 2 gelas sehingga tinggal lagi separuh dan ditapis, diminum sebelum tidur. 12. Luka bernanah: daunnya 7 ranting kecil dilumatkan ditempel. 13. Sukar membuang air kecil: daunnya 3 ranting kecil dilumat dan diperah dicampur dengan perahan air mentimun atau lobak Merah, sama banyak antara ketiga; diadun dan dicampur 1 gelas air dan ditapis; diminum 3 kali sehari. 14. Menjauhkan dari kecurian: bila meletakkan terasnyadalam rumah ataudalam kenderaan, insya-Allah 15. Sengal tulang: daun mudanya diremuk dicampur kapur makan, digosokkan. 16. Bengkak: 17. Mengurangi rasa sakit: Untuk keduanya- daun mudanya diremuk danditempelkan di tempat sakit. Juga kulitnya diremuk dan dicampur sedikit kapur makan, ditempelkan. 18. Pitam, pengsan (Epilepsi): akarnya diasah dibuat basuh kepala. 19. Busung (Odeem):akarnya dan kulit sertaakarpepaya dilumat dicomor. 20. Beri-beri:akarnya direbusdan diminum. 21. Kencing Bernanah (Gonorrhoea): akar dan daunnya direbusdan diminum setiap 3jam sekali. 22. Kurap: daunnya digosokkan dengan kapur. Kegunaan-kegunaan Lain 1. Lekat uri (sak: tembuni): Terasnya direndam kira-kira 2 minit, maka diminum. 2. Budak menangis-nangis: Terasnya diasah dan diberi minum. 3. Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan sedikit garam, dibubuh pada tetek ibu. 4. Bisul: Terasnya diasah, dicomor pada mata bisul. 5. Ditakuti hantu: Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari manis. 6. Kena santau, racun dan bisa dalam tubuh: Terasnya direndam dalam air kelapa kira-kira 3 minit, diminum. 7. Digigit ular,lipan: Terasnya diasah dan dicomor pada tempat yang kena gigit. Teras Gemunggal asli yang masih belum diproses ( canai )untuk tatapan bersama. TERAS GEMUNGGAR/GEMUNGGAL/RAMUNGGAR/RAMUNGGAI/MUNGGAI/KELO/KILO (Moringa Oleifera) Pokok Gemunggar/Gemunggal (istilah Pantai Timur; asal perkataan India) atau Kilo/Kelo/Kelor (istilah yang lebih dominan di alam Melayu) merupakan sejenis pokok yang tidak asing lagi bagi masyarakat di nusantara (Pattani, Malaysia & Indonesia). Dikenali juga dengan nama Moltong, Keloro, Kawano, Ongge dan Hau Fo. Ianya banyak di tanam di tepi-tepi rumah atau pondok pengajian dan boleh dijumpai di tepi-tepi jalan terutamanya di kawasan kampung. Daunnya berbentuk bujur telur dengan ukuran kecil-kecil tersusun majmuk dalam satu tangkai. Kelor berbunga sepanjang tahun dengan aroma semerbak, berwarna putih kekuningan dengan tudung pelepah bunganya berwarna hijau. Pucuknya yang masih muda digoreng bersama telur, manakala buahnya (i.e., berbentuk tiga/empat segi panjang) biasa dimasak kari. Batang kayunya getas (mudah patah). Ia asalnya sejenis pokok yang lembut dan tidak berteras. Teras Gemunggar/Gemunggal atau Teras Kilo/Kelo/Kelor merupakan salah satu daripada jenis teras terpilih yang amat masyhur dengan keberhajatan masyarakat nusantara terhadapnya. Di Indonesia, Teras Gemunggal juga di kenali sebagai Gheli Maronggi (Madura) dan Galih Kelor (Jawa). Umumnya, terdapat 3 jenis Teras Gemunggal/Kelor berdasarkan asal tempat pokok Gemunggal/Kelor di tanam atau dijumpai, iaitu: a. Gemunggar/Kelor Kampung: Urat-uratnya yang sangat indah seakan urat tangan manusia. Keratan rentas gelang uratnya bersambungan tidak putus dan halus seratnya. Ianya berwarna koko-coklat jika yang masih muda, dan kehitaman jika sudah tua. Warnanya juga akan berubah daripada koko-coklat kepada warna coklat-kemerahan dan seterusnya menjadi kehitaman sekiranya sentiasa digunapakai seperti dalam bentuk cincin, gelang tangan dan tasbih untuk berzikir. Jika direndam dalam air, herba daripada terasnya akan menyebabkan warna air berubah menjadi seperti warna air teh. Sekiranya direndam dalam tempoh yang lebih lama lagi, maka air tersebut akan berubah menjadi lebih pekat serta kelihatan seperti kebiru-hijauan. Air asahan akar pokoknya sedikit pedas dan hawa-hawa panas. Umumnya, jenis ini timbul jika direndam dalam air. b. Gemunggar/Kelor Bukit: Susunan lapisan uratnya sederhana halus (warna koko/coklat) dan terdapat urat bercecuruk kasar (warna kelabu/putih). Kayunya hampir sama dengan Kayu Kokka yang tua. Air rendamannya tidak berwarna. Daun pokoknya lebih besar daripada jenis yang kampung. Umumnya jenis ini tenggelam jika direndam dalam air. Kayunya sangat keras dan liat. Terdapat juga Teras Gemunggar/Kelor Bukit yang uratnya seperti jenis yang kampung. c. Gemunggar/Kelor Pulau: Keratan rentas gelang uratnya terdapat putus-putus, halus serat dan uratnya serta berwarna putih/cerah dan kemerahan muda/tua. Terasnya lebih ringan. Air rendamannya tidak berwarna. Umumnya, timbul jika direndam dalam air. Petua orang tua-tua menyebut “Pokok ubat yang tumbuh di pulau kecil dikelilingi air laut adalah lebih berkhasiat daripada yang tumbuh di daratan luas” Jika dibelah dengan parang/kapak, biasanya Teras Gemunggar/Kilo akan pecah dan serpih dengan tidak menentu, kerana uratnya yang berselirat dan berpusar tanpa ada satu pola yang tetap, walaupun hanya sepotong terasnya yang kecil. Gergaji paling sesuai digunakan jika ingin memotong Teras Gemunggar/Kilo. Ianya juga tidak sesuai dibentuk dengan mengisit menggunakan parang. Ketiga-tiga jenis Teras Gemunggar/Kelor berbeza dari segi urat, serat, berat, warna dan kekerasannya; secara umumnya.

No comments:

Post a Comment