PERHATIAN !

Blog dan isi kandungan blog ini hanya untuk layaran, perkongsian, dan bacaan pengunjung-pengunjung blog https://cucutokraja.blogspot.com yang beragama BUDDHA dan BUKAN beragama ISLAM sahaja.

Kandungannya mungkin akan menimbulkan KETIDAKSELESAAN kepada sesetengah golongan. Sila TINGGALKAN laman ini sekiranya anda bukanlah daripada golongan seperti yang dinyatakan di atas.

Keprihatian dan kerjasama anda semua amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

This blog and shared @ posted blogposts are strictly for NON-MUSLIM viewing purposes only. All articles / posts are strictly writer's personal view per se. Writer does not nnecessarily endorse the views or opinions given by any third party content provider.

TQVM


Thursday, June 19, 2014

PELARIS dari KACA MATA penulis !

***  untuk bacaan dan perkongsian pengunjung-pengunjung blog http://cucutokraja.blogspot.com
atau mereka yang BUKAN beragama Islam sahaja.



Sepuluh jari disusun sebelum jari jemari menari-nari pada papan kekunci yang serba daif ini, sekiranya kupasan serta cetusan idea mencetuskan rasa tidak puas hati dan menyeleweng daripada isu kupasan yang sepatutnya.  Seyogia diingatkan bahawa segala kupasan serta cetusan mauduk perbincangan adalah dari kaca mata peribadi penulis, berdasarkan kepada pengalaman kendiri, kedangkalan dan kedaifan ilmu penulis itu sendiri sesungguhnya tiada kaitan secara langsung atau tidak dengan mereka yang hidup ataupun telah berada di alam ROH.

Mauduk perbincangan pada kali ini adalah berkaitan dengan PELARIS PERNIAGAAN. Pelaris Perniagaan merupakan salah satu cabang ilmu mistik yang seringkali diUAR-UARkan apabila melibatkan cabang-cabang ilmu yang seperti berikut;

a. Pelaris Diri
b. Pelaris Perniagaan
c. Pemanis Diri
d. Pemurah Rezeki
e. Perluaskan Rezeki
f.  Pengasihan


Walau bagaimanapun, mauduk perbincangan yang bakal dipentaskan di sini adalah berkisar tentang PELARIS PERNIAGAAN yang melata ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.  
Peniagaan merupakan satu SENI yang perlu digabungjalinkan dengan segala kebolehan untuk MENAWAN serta MENAMBAT HATI pelanggan. Kegagalan berbuat demikian menjadikan HAYAT sesuatu peniagaan itu singkat dan tidak berdaya maju. KETENATAN sesuatu perniagaan itu bertambah nazak  apabila wujudnya persaingan daripada rakan niaga dan pesaing untuk menguasai pasaran dan menawan pelanggan yang sedia ada. Persoalan yang acapkali dilontarkan adalah;

1.   Siapakah yang bakal akan menjadi pemenang dalam persaingan yang untuk menawan   dan memenangi hati pelanggan ?

2.   Apakah strategi yang digunakan untuk tujuan menawan dan menarik hati pelanggan ?

3.   Adakah strategi yang digunakan itu berasaskan kepada PERSAINGAN SIHAT atau sebaliknya ?

KEMENANGAN atau KEBERHASILAN seseorang PENIAGA untuk memenangi serta menawan hati pelanggan bukanlah satu kejayaan yang berkekalan untuk selama-lamanya. Para peniaga sayogia sedar akan hakikat ini dan sekiranya seseorang peniaga itu tidak MENJAGA dan MEMELIHARA perkhidmatan atau produknya maka kenikmatan perniagaannya yakni akan pelahan-lahan ditenggelami dan pupus ditelan masa dengan kata lain, hilang pelanggan !
Bertitik tolak daripada senario itulah maka timbulnya  ILMU PELARIS bagi memastikan kejayaan sentiasa berpihak kepada mereka. Pada hemat mereka, tanpa ILMU PELARIS, empayar perniagaan mereka akan kecundang dan umpama memasukkan pasir ke dalam periuk nasi mereka sendiri. Sesetengah peniaga menganggap mereka yang berniaga tanpa menggunakan ilmu pelaris boleh diumpamakan sebagai pasukan tentera yang yang lengkap dengan peralatan canggih untuk berperang tetapi tidak pernah dilatih untuk menggunakan senjata, keadaan ini umpama tewas sebelum berjuang !

Rentetan daripada senario itulah maka wujudlah pelbagai PELARIS yang digunakan demi memenuhi nafsu dan  tuntutan untuk mengaut keuntungan walaupun terpaksa MENIDAKKAN keselamatan serta kebajikan pelanggan. Antara pelbagai jenis CABANG ILMU PELARIS PERNIAGAAN yang digunakan adalah seperti;

A.   AZIMAT / WAFAK  -  umumnya adalah dalam bentuk tulisan-tulisan berupa huruf, angka, rajah atau gambar yang ditulis atas kertas, kain, kulit haiwan atau kepingan timah atau tembaga.
Grafik Hiasan Semata-Mata !
B.   TANGKAL - salah satu bentuk azimat untuk dipakai seperti gelang, kalung yang diperbuat daripada tembaga, timah atau serpihan kayu atau yang dipakai atau diletakkan pada tempat-tempat tertentu seperti leher, lengan, pinggang, saku baju dan diikat pada lengan.

 Grafik Hiasan Semata-Mata !

C.   OLAHAN DAN ADUNAN PELBAGAI MINYAK  - Diadun khas daripada sumber alam mengikut kepercayaan dan ilmu yang dituntut. Olahan minyak seperti Cenuai, Kelapa Dara, Buluh Perindu, Janggut Ali DSBnya
  Grafik Hiasan Semata-Mata !

D.   OLAHAN BAHAN-BAHAN DARIPADA MAYAT MANUSIA – Minyak Dagu, Minyak Mati Dibunuh, Anak Kerak, Kain  Kapan, Tanah Kubur, Rambut DSBnya

  Grafik Hiasan Semata-Mata !

E.   OLAHAN BAHAN-BAHAN DARIPADA HAIWAN – Mani Gajah, Tulang Dugong, Air Mata Duyung, Burung Cenderawasih, Belulang Harimau, Kijang Putih DSBnya

  Grafik Hiasan Semata-Mata !

F.   OLAHAN BAHAN-BAHAN DARIPADA KOTORAN BADAN - Kotoran yang biasa digunakan ialah Daki Badan, Kuku, Air Liur, Air Kumuran, Air Mandian, Air Basuhan Muka, Air Basuhan Kemaluan, Air Mazi, Air Mani, Darah Haid, Nasi Kangkang DSBnya.


G.   JIN ATAU HANTU BELAAN – Belaan seperti Hantu Raya, Pelesit, Anak Kerak / Kerok / Toyol / Look Krok dari kalangan KELUARGA JIN, SYAITAN, IBLIS, HANTU yang wujud sejak ratusan dan ribuan tahun yang lampau.

 Grafik Hiasan Semata-Mata !

H.   SAKA – Saka yang diperturunkan sejak turun-temurun daripada satu generasi ke satu generasi yang lain. Saka yang merupakan JIN pendamping / khadam yang mendampingi keturunan serta mereka yang mempunyai pertalian darah dengan pembela saka. Saka pada kebiasaannya dijelma dan dizahirkan dalam bentuk haiwan-haiwan mistik seperti Harimau Putih, Ular, Garuda, Buaya Putih, Kala Jengking, Lipan DSBnya.
 Grafik Hiasan Semata-Mata !

I.     KUMANTHONG / LOOK KROK– Diolah dan dihidupkan daripada lagenda Khun Paen Khun Chang yang menggunakan roh kanak-kanak yang meninggal dunia dan berkeliaran. Roh-roh yang TIDAK AMAN ini diJEMPUT/ diTAWAN / diTANGKAP dan diPERUMAHkan di dalam patung berupa kanak-kanak untuk membantu para penyembahnya agar memperoleh pahala dan tidak akan dilahirkan semula dalam bentuk / dunia roh sebaliknya diangkat dan dilahirkan sebagai manusia yang sempurna dalam kehidupan yang akan datang.  
   Grafik Hiasan Semata-Mata !

J.    NANG KUAT / KWAK - Adalah antara pelaris yang paling popular dalam kalangan masyrakat Tiong Hua dan Siam. NANG KWAK merupakan Dewi / Keramat yang diangkat sebagai DEWI PEMBERI RAHMAT, REZEKI dan KEKAYAAN. Lagenda Nang Kwak berasal dari India. Nama asal Dewi Nang Kwak ialah Supawadee, anak perempuan kepada golongan peniaga yang berkelana untuk meniaga. Semasa berkelana dan berniaga barangan yang dijual laris seperti goring pisang panas apabila Supawadee menemani ayahandanya berniaga. Sebaliknya jumlah urus niaganya berkurangan apabila Supawadee tidak bersama-sama bapanya ketika berkelana. Supawadee berpegang dan mengamalkan ajaran  Dhamma oleg Sang Buddha dan telah diangkat sebagai Dewi Pemurah Rezeki. Kebanyakan premis-premis perniagaa yg dimiliki moleh kaum Buddhist pasti akan MENYEMBAH Patung Nang Kwak  sebagai SIMBOLIK kepada  KEMURAHAN REZEKI AGAR Dewi Nang Kwak dapat MERESTUI mereka dan MENGANUGERAHkan rezeki yang tidak putus-putus kepada mereka.
 Grafik Hiasan Semata-Mata !

K.   CHUCHOK
Masyarakat Siam / Tiong Hua Buddha mempercayai kewujudan MANUSIA KERAMAT yang dikenali sebagai CHUCHOK. Mereka percaya bahawa seseorang yang memuja CHUCHOK mampu untuk memperoleh KEKAYAAN, MURAH REZEKI, PELARIS dan MEMILIKI ISTERI YANG CANTIK. Lagenda Chuchok menceretakan bahawa beliau merupakan seorang PENGEMIS TUA YANG KAYA RAYA selepas zaman Buddha yang merupakan pengikut ajaran Buddha yang setia dan dikenali sebagai PORAMAT BARAMI. Chuchok berasal dari daerah Kalingkarat. Lahir sebagai PEMBERI RAHMAT kepada Wesandorn Bhodhisat  yang mampu menunaikan apa-apa sahaja hajat yang dimohon oleh pengikut. Selain Nang Kwak, premis-premis perniagaa yg dimiliki oleh kaum Buddhist juga akan MENYEMBAH Patung Chuchok  sebagai SIMBOLIK kepada  KEMURAHAN REZEKI AGAR Chuchok dapat MERESTUI mereka dan MENGANUGERAHkan rezeki yang tidak putus-putus kepada mereka. Terdapat pemuja taksub yang NAZARnya DIPENUHI dan memperoleh hajta yang dihajati, mereka perlu mempersembahkan TARIAN EROTIK di hadapan patung chuchok sebagai tanda terima kasih dan MEMBAYAR NAZAR.
 Grafik Hiasan Semata-Mata !

Di sini dengan rasa rendah diri saya ingin berkongsi beberapa INSIDEN melalui pengalaman sebenar  yang mungkin memberi sedikit informasi  dan pencerahan berkenaan "Pelaris Perniagaan".
Kisah 1 : Pelaris Olahan Daripada Mayat Manusia


 KISAH A,
Kisah ini berlaku pada tahun 1996, ketika  penulis yang masih bujang senantiasa melahap apa-apa sahaja makanan yang dihajati tanpa prejudis. Hahahahahaha !

Segalanya bermula dengan menjamu selera di sebuah restoren masakan ala Thai di Kelantan yang diusahakan oleh isteri berketurunan Siam kepada pemastatutin tetap Kelantan. Sebaik sahaja menikmati hidangan, penulis berasa loya dan ingin muntah. Penulis memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan memuntahkan segala makanan yang dijamu sebentar tadi. Penulis menjangkakan penulis telah terkena keracunan makanan.
Selama 2 hari penulis berasa loya n memuntahkan lendir2. Perubatan moden gagal menyembuhkan penyakit yang saya alami. Sebagai jalan terakhir penulis berjumpa dengan Phor Mor Keaw dan Mor Keaw menyatakan bahawa saya telah termakan pelaris yang dibuat daripada MINYAK MAYAT, yang diolah drp bahan-bahan najis daripada mayat yang reput.  Mor Keaw mengadakan ritual DAUN KELADI untuk TUTUNG ( Pae Darn ) minyak mayat yang saya makan dan hasilkan maka keluarlah tompokan minyak di dalam daun keladi terbabit. Rentetan daripada peristiwa terbabit maka Mor Keaw telah mengajar dan memperturunkan kepada saya beberapa potong ayat serta ilmu daun keladi untuk tujuan Pakaian Diri. Dari saat itulah juga penulis telah mula mengenali Teras Gemunggal dan kegunaannya.

KISAH B,
Kisah yang berlaku pada tahun 2010, apabila penulis dikunjungi oleh beberapa sahabat daripada Kedah yang bertandang ke rumah penulis untuk bertukar-tukar PANDANGAN dan PENDAPAT tentang Phra Kreung / Kreung Rang. Ketika berbual-bual dengan beberapa sahabat terbabit, salah seorang daripada sahabat penulis menyatakan bahawa dia berasa tidak selesa - bandannya kesejukan, menggigil, kepala dan telinga berdesing dan berasa loya dan mual.

Penulis terus mengarahkan sahabat terbabit untuk berbaring dan tenangkan fikiran kerana pada pandangan penulis, beliau mempunyai penyakit dan penyakit tersebut menyerangnya pada masa itu. penulis berasa cuak dan dapat merasakan ada sesuatu  yang tidak kena dengan sahabat penulis kerana sebaik sahaja penulis memegang tangannya, beliau terus menjerit dan melolong sambil melutut. laungan dan lolongan dalam bahasa Siam tempatan / Utara yang pada mulanya memaki hamum dan kemudiannya bertukar kepada derai tawa dan rengetan manja.

Setelah dipulihkan dan dibawa ke bilik yang menempatkan meja penyembahan peribadi penulis. Sahabat penulis berkenaan berterusan memuntahkan buih-buih dan lendir hanyir. Penulis memaklumkan sahabat bahawa beliau TERKENA dan TERMAKAN pelaris perniagaan yang menggunakan adunan mayat atau lebih dikenali sebagai MINYAK DAGU yang diramuankan khas untuk tujuan pelaris. Setelah perantaraan berlangsung, roh minyak dagu terbabit mengaku berasal dari negara Thailand dan roh terbabit menyatakan dia diARAHkan untuk menarik pelangan lelaki yang berkunjung ke pusat hiburan / pub dan akan senantiasa terbayang-bayang akan pusat hiburan terbabit seterusnya akan mengunjungi pusat hiburan terbabit dengan lebih kerap.

Grafik Hiasan Semata-Mata !

Kisah 2 : Pelaris Olahan Daripada Kotoran Badan

KISAH A,
Perkongsian kisah yang melibatkan pelaris daripada bahan olahan kotoran badan pertama ialah pada tahun 1998 apabila penulis bersama-sama rakan sekerja menjamu selera di sebuah kedai Selera Padang di salah sebuah R&R di Gerik yang baru dibuka yang senantiasa menjadi tumpuan para pelanggan tanpa mengira hari dan waktu. Selepas memesan makanan, penulis meneguk air minuman yang disediakan ( Kopi Ais ) dan menikmati hidangan nasi putih berlauk ikan patin masak lemak yang lazat itu.

Semasa menjamah hidangan itu, tiada apa-apa kejadian pelik yang dapat dirasai walaupun telah berikhtiar membacakan mon / khata  untuk melindungi diri setelah pengalaman memakan pelaris daripada mayat pada tahun 1996. Sekembalinya penulis dari pekan, penulis pun melelapkan mata selepas hot shower. Semasa melelapkan mata, penulis didatangi bayangan tentang makanan yang dimakan dijamah tadi merupakan hidangan yang kotor dan disediakan dengan menggunakan air basuhan muka, kumuran dan mandian pemilik restoren tersebut dan telah dijampi untuk digunakan sebagai air penyediaan minuman dan tanakan nasi.

Sekali lagi penulis terpaksa berjumpa Phor Mor Keaw ( sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir ), namun telah diarah oleh Phor Mor Keaw untuk PAE DARN diri sendiri dengan menggunkan kaedah TUTUNG DAUN KELADI untuk mengeluarkan kotoran terbabit.
 Grafik Hiasan Semata-Mata !
Bertitik tolak daripada insiden ini maka penulis juga telah diajar cara untuk menawarkan segala BISA dan RACUN daripada pelaris dan ilmu hitam dengan menggunakan daun sireh ( Wicha Khong Chau Tua Mak Prue )

KISAH B,
Gelas pecah apabila penulis cuba untuk memegang gelas yang berisi air minuman. Mukhadimah kepada kisah ini berlaku pada tahun 1999 apabila penulis dan rakan-rakan mengunjungi sebuah restoran yang diusahakan oleh penduduk tempatan di Pekan Grik. Apabila siapa memesan makanan dan minuman. Penulis berasa hairan kerana tiba-tiba terasa tiupan dan terjahan angin panas daripada arah dapur restoren. Penulis syak bahawa restoren terbabit turut sama mengamalkan pelaris yang songsang. Apabila minuman yang dipesan tiba dan ketika penulis cuba untuk memegang gelas berisi air terbabit tidak semena-mena retak dan pecah berkecai. Sahabat-sahabat penulis yang lain tercengang-cengang dan penulis mengajak sahabat-sahabat untuk meninggalkan restoren terbabit tanpa sempat menjamah makanan. Beberapa pelanggan yang terlihat kejadian terbabit turut sama meninggalkan restoren terbabit kerana pada sangkaan mereka SANTAU TELAH DILEPASKAN dan TIDAK MENGENA yang akan menyebabkan sanatu berkenaan berkemungkinan akan MELENCONG dan mencari mangsa yang lain.

Setelah melakukan beberapa ritual. Penulis dibayangi dan didatangi oleh beberapa bentuk bebayang hitam yang mengaku bahawa mereka adalah JIN PELARIS yang dipuja oleh pengusaha restoren terbabit dengan MENJAMU mereka dengan titisan darah haid anak dara dan lebihan titisan darah haid terbabit  digaul / diuli / diperah / dicampur dalam air masakan yang BAKAL digunakan  untuk penyediaan SETIAP masakan makanan dan minuman.


Grafik Hiasan Semata-Mata !
KISAH C,
Pengalaman kedua penulis yang berkait dengan  pelaris ( kes ketiga ttg pelaris kotoran badan ) ialah pada tahun 2010. Ketika penulis membantu mengubati sahabat yang terkena dan termakan pelaris kotoran badan. ( Sebagaimana yang diceritakan oleh sahabat penulis ). Menurut sahabat penulis, semasa berkunjung ke Pulau Mutiara  bercuti bersama keluarga, sahabat penulis diajak dan dipelawa oleh rakan kenalan di Pulau Mutiara untuk menikmati hidangan Nasi Ubi ( Yam Rice ) di sebuah restoren Tiong Hua terkenal di Jelutong.

Selepas menyuap dan menelan beberapa sudu nasi serta sup yang disediakan, sahabat penulis berasa hairan kerana tetiba hidung serta sekitar mulut sahabat penulis mula berasa gatal dan miang. Beliau mensyaki sesuatu yang tidak kena dengan hidangan tersebut dan terus berhenti menikmatinya sambil memberikan alasan bahawa perut sedang memulas dan perlu segera ke tandas. Beliau terus ke tandas dan merodok kerongkong untuk memuntahkan segala suapan yang ditelan tadi.

Sekembalinya daripada percutian, pada malamnya beliau berjumpa dengan penulis dan penulis mendapat bayangan serta gambaran bahawa nasi yang ditanak oleh pemilik restoren Yam Rice tadi menggunakan kotoran dari darah haid wanita yang telah dijampi dan diadun untuk tujuan pelaris.

Penulis menceritakan kembali pengalaman punulis kepada sahabat penulis tentang kejadian terbabit dan dengan percaya atau tidak mungkin itulah salah satu faktor yang menyebabkan orang ramai berpusu-pusu dan berbaris untuk menunggu giliran mendapatkan meja makan. Hendak tak hendak penulis terpaksa melakukan ritual dan menggunakan ilmu Mark Prue  yand diperturunkan oleh Mor Keaw demi membantu dan membuktikan beliau termakan pelaris kotoran badan.  Setelah ritual daun keladi dan sireh penawar dilaksanakan sahabat penulis telah pulih daripada penyakit miang-miang dan loya.
Grafik Hiasan Semata-Mata !


Kisah 3 : Pelaris Kumanthong
Kisah ini berlaku pada tahun 2008 apabila penulis mengunjungi sebuah restoren masakan Thai yang popular di Butterworth. Restoren yang pada mulanya lenggang itu dipenuhi dengan pelanggan sebaik sahaja premisnya dibuka pada pukul 2 petang. Setelah memesan makanan berdasarkan menu. Penulis berasa hairan kerana terlihat bayangan serta kelibat kanak-kanak yang hanya berluar tanpa baju di bahagian kaunter kashier. Penulis terus bangkit dan meninjau-ninjau kawasan kaunter tetapi malangnya  tiada sesiapa di situ.

Apabila penulis memalingkan muka ke arah bangsal kosong berhampiran meja makanan yang diduduki oleh isteri penulis, penulis dapat melihat kanak-kanak tidak berbaju sedang senyum dan melambai-lambai tangan ke arah kereta yang lalu lalang. KUMANTHONG ! Detik hati kecil penulis dan apabila penulis cuba berkomunikasi dengan kumanthong terbabit, ia terus menghilangkan diri. Penulis mencari-cari patung kumanthong di kedai terbabit dan mendapati beberapa patung kumanthong berada di bawah kaunter kashier kedai terbabit.

Grafik Hiasan Semata-Mata !
Kisah 4 : Pelaris Jin atau Hantu Belaan
Kisah pelaris menggunakan jin atau hantu belaan ini berlaku di Gerik, Perak pada tahun 2011, apabila sebuah restoren Kari Kepala Ikan yang diusahakan oleh mamak dibuka dan mendapat sambutan yang begitu luar biasa. Restoren 24 jam ini, dipenuhi dengan para pelanggan dari dekat dan jauh termasuklah menjadi hentian utama kepada bas-bas dan pemandu lori serta kederaan yang melalui jalan raya Timur Barat.

Penulis juga terpanggil untk mencuba masakan mamak yang diuar-uarkan sebagai SUPERB.  Penulis bersama-sama dengan anak serta isteri singgah untuk menjamu selera sebagai supper pada malam hujung minggu. Apabila tiba di hadapan restoren amalan-amalan terbabit tertiba angin bertiup kencang ke arah penulis. Penulis cuba mengamalkan doa-doa tertentu dan tiba-tiba angin PANAS bertiup kencang ke arah muka penulis, dan hati berdetik utk membatalkan hasrat menjamu selera di restoren terbabit sebalinya memilih restoren mamak lain yang berhampiran.
Selepas kembali ke rumah dan pada malamnya ( merupakan cara yang paling kerap penulis memperoleh gambaran serta amanat tentang sesuatu perkara ), penulis didatangi oleh bayangan dan gambaran tentang restoren mamak terbabit yang menggunakan Anak Kerok / Toyol sebagai pelaris peniagaan. Kelihatan beberapa susuk tubuh kerdil seperti kanak-kanak berperut buncit ( ada yang berekor dan kehijauan ) sedang menarik2 kaki pelanggan dan yang perut buncit sedang bersila di atas meja sambil menjilat pinggan-pinggan kosong di atas meja.
Grafik Hiasan Semata-Mata ! 
Kisah 6 : Pelaris Saka
KISAH A,

Kisah tentang pelaris menggunakan saka ini berlaku pada tahun lepas 2011, apabila penulis berkunjung ke rumah salah seorang bekas pelajar penulis yang menjalankan perniagaan laksa penang. Penulis telah dipelawa untuk menikmati jamuan pembukaan rasmi premis ( rumah teres yang dijadikan  unit kedai makan ).
Selepas menjamu selera bersama-sama guru dan pelajar yang lain anak kepada pelajar tuan rumah berkenaan tiba-tiba telah diserang histeria dan menjerit-jerit memaki hamun tetamu dan bapa kepada pelajar berkenaan kerana MERAMPAS kawasan serta perniagaannya. Apabila beberapa orang ustaz cuba berdialog dengan makhluk yang meresap ke dalam pelajar terbabit. Setelah sekian lama memujuk makhluk terbabit menamakan dirinya  sebagai Pendekar 7 Bukit Gantang, apabila didesak dan dipaksa akhirnya Pendekar 7 Bukit Gantang mengatakan bahawa dia adalah SAKA belaan pemilik restoren XX yang berada di deretan rumah kedai yang berhampiran dengan rumah teres bapa pelajar terbabit. Saka berkenaan mengaku bahawa dia telah dihantar oleh tuannya utk mengganggu perniagaan bapa pelajar terbabit kerana telah mengganggu perniagaan tuannya. Selama ini Saka terbabit digunakan untuk menarik pelanggan berkunjung ke restoren XX, namun setelah wujudnya persaingan maka Saka terbabit dihantar untuk mengkacaubilaukan perniagaan pesaingnya.

Apabila ditanya tentang nama asalnya, Saka terbabit tersenggeh dan berkata Pendekar 7 Bukit Gantang hanyalah nama panggilan yang diberikan kepadanya namanya yang sebenar ialah……….. Pelajar terbabit terus pengsan dan Saka terbabit terus menghilangkan diri ( keluar daripada jasad pelajar tadi ).
Grafik Hiasan Semata-Mata !
KISAH B,
Kisah tentang pelaris menggunakan saka ini berlaku pada tahun Februari 2014 ketika membawa anak sulung penulis untuk ke Hospital Taiping bagi menjalani pepemeriksaan lanjut buku lalinya yang dikatakan terseliuh dan retak. Apabila mendapat keputusan bahawa kakinya tidak retak dan hanya berlaku koyakkan tisu. Penulis membawa isteri dan anak kesebuah restoren popular dengan masakan tempatan dan ulam-ulmanya yang terletak di tepi jalan raya berhampiran dengan bangunan Penjara Lama Taiping.
Sesampai di kedai terbabit, penulis dapat melihat hanya beberapa pelanggan yang sedang menjamu selera. Setelah selesai meletakkan kenderaan di tepi jalan. Anak penulis menegur dan mengatakan bahawa kenapa singgah ke restoran yang ramai orang. Penulis membalas sambil menyatakan hanya beberapa meja sahaja yang penuh. Anak penulis terus menjawab bahawa meja penuh dan bertanya kenapa ramai orang sangat orang yang BERKEPALA BOTAK dan PERUT BUNCIT.

“Why so many bald and big belly people there daddy ?”
Tersentak dengan kata-kata anak penulis, penulis dan isteri tergamam dan memandang  ke arah kedai terbabit yang pada pandangan mata kasar hanya dipenuhi oleh beberapa pelanggan sahaja. Penulis terus membatalkan hajat utk menikmati ikan panggang dan laksa buyong yang popular itu. Sekembalinya ke rumah dan pada malamnya anak penulis terjaga dari tidur dan menangis teresak-esak kerana ternampak beberapa orang yang botak mengikutinya balik ke rumah. Apabila penulis cuba berkomunikasi dengan orang BOTAK terbabit. Dia mengatakan bahawa, mereka merupakan SAKA BELAAN pemilik kedai terbabit. Penulis meminta jasa baik saka terbabit utk pulang ke tempat asalnya.

Grafik Hiasan Semata-Mata !
Kisah 7 : Pelaris Wang Kertas Bersiri
KISAH A,
Pengalaman penulis terserempak dengan seorang nenek yang menjual goreng pisang di Kelantan yang mengamalkan pelaris dengan cara mengikat duit kertas RM1 dan 50 yang telah diWAFAKkan dengan gambar rajah tertentu dengan seutas getah dan diletakkan ke dalam tabung duit perniagaannya. Apabila penulis mengajukan persoalan, nenek terbabit tersenyum sambil mengatakan ianya ialah IBU DUIT yang digunakan untuk MEMANGGIL DUIT, nilai yang paling kurang yang dipanggil ialah RM1 dan paling besar ialah RM50.

KISAH B,
Wang pelaris yang bernombor siri 9xxxxx9 digunakan sebagai IBU DUIT yang dipercayai dapat melariskan perniagaan dan memanggil duit ke premis perniagaan mereka. Duit nombor siri yang dimulai dan diakhiri dengan angka 9 yang telah diWAFAKkan / diLUKIS / diMASUKkan tulisan serta angka mistik ini diletakkan bersama-sama dengan duit yang lain di dalam laci ataupun tabung.

Penulis pernah menemui kepingan wangan kertas RM10 yang dipenuhi dengan lakaran tulisan Siam / Thai bersama-sama dengan kepingan wang kertas yang lain sekembali daripada membeli belah disebuah pasar raya di Pulau Pinang. Penulis yakin bahawa wang kertas siri 9xxxxxx9 terbabit TERSALAH atau tidak disengajakan  TERAMBIL semasa proses jual beli di sebuah kedai kasut mahupun butik pakaian wanita. Hal ini berlaku demikian kerana penulis dan isteri hanya mengunjungi dua / tiga premis berkenaan untuk membeli belah pada hari berkenaan.

 Grafik Hiasan Semata-Mata !

PELARIS PERNIAGAAN telah menjadi asam garam dalam kehidupan manusia yang menjalankan bidang perniagaan. Pelaris perniagaan tidak mengenal batasan agama dan budaya. Di rantau nusantara ini, hampir keseluruhan rentas bangsa dan budaya MENGGUNAKAN dan MENGAMALKAN ilmu pelaris perniagaan. Tamsilnya, Melayu, Cina, Siam, Jawa, India dan lain-lain turut mengamalkan pelaris perniagaan.
DUNIA mistik bukanlah mudah untuk diselongkari kerana perjalanannya yang panjang merentasi sejarah. Bermula daripada zaman Animisme, Hindu, Buddha, dan Islam. Masyarakat zaman lampau sememangnya terkenal dengan keampuhan pelbagai ilmu dalam mengeksploitasi sumber alam khususnya flora dan fauna untuk mengolah ramuan bagi MENCIPTA KEAMPUHAN ILMU PELARIS.

Merely Sharing !

Merely Sharing @ Perkongsian Semata !

 Sabbe Satta Sukhita Hontuk !
Wiesukhihotu14 !