PERHATIAN !

Blog dan isi kandungan blog ini hanya untuk layaran, perkongsian, dan bacaan pengunjung-pengunjung blog https://cucutokraja.blogspot.com yang beragama BUDDHA dan BUKAN beragama ISLAM sahaja.

Kandungannya mungkin akan menimbulkan KETIDAKSELESAAN kepada sesetengah golongan. Sila TINGGALKAN laman ini sekiranya anda bukanlah daripada golongan seperti yang dinyatakan di atas.

Keprihatian dan kerjasama anda semua amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

This blog and shared @ posted blogposts are strictly for NON-MUSLIM viewing purposes only. All articles / posts are strictly writer's personal view per se. Writer does not nnecessarily endorse the views or opinions given by any third party content provider.

TQVM


Thursday, May 24, 2018

ILMU TRADISI KUNO ( KHMER - THAI ) PROSIDING MAHKAMAH

Composing starts on 12 February 2018
***信不信由你***

Pada posting blog pada kali ini, saya memohon laluan untuk berbloging menggunakan Bahasa Kebangsaan kita – Bahasa Melayu. Saya juga menyusun kesepuluh jari memohon maaf sekiranya terdapat konflik atau percanggahan maksud yang diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris ataupun Dialek Thai Kelantan berdasarkan cerita lisan yang dipertuturkan oleh mendiang Phor Mor Keaw ( Phor Kae ), Lubuk Stong, Rantau Panjang, Kelantan.

Sebagai pembuka bicara, sesungguhnya perkongsian pada kali ini adalah untuk tatapan dan bacaan mereka yang BUKAN MUSLIM sahaja, sesungguhnya segala perkongsian ini dikategorikan sebagai SYIRIK @ KHURAFAT untuk para MUSLIM.

·       Bolehkah tuan tolong …….. ?
      ·       Bolehkah tokmoh……… ?
      ·       Saya perlukan pertolongan …….. !
      ·       Berapakah pengeras untuk ……?
      ·       Saya ada masalah ……..

Alkisah, begitulah himpunan soalan dan permintaan yang saya TERIMA melalui emel. Nawaitu pengiriman emel-emel terbabit tidak lain tidak bukan adalah untuk mendapatkan khidmat perbomohon / pendukunan Siam bagi;

i.      Mengubati penyakit misteri
ii.        Menyakiti dan menyihir orang lain.
iii.       Memikat dan menambat hati pasangan.
iv.       Penggerun dan penunduk musuh.
v.          Mencari dan menawarkan perbuatan khianat.
vi.         Mengunci nafsu pasangan.
vii.      Penunduk  prosiding mahkamah.
viii.      dan lain-lain.

Sekali lagi jari-jemari disusun rapat, kemaafan dimohon kerana  tidak terdaya oleh saya untuk MENGHULURKAN TANGAN bagi membantu tuan / puan / saudara / saudari. Sesungguhnya, saya hanya insan biasa yang TIADA APA-APA keupayaan paranormal dan mistik sebagaimana yang tuan / puan / saudara / saudari ANGGAP ! Ketahuilah, sesungguhnya saya hanya seorang budak hingusan yang naif, yang baru bertatih, yang kekadang kakinya tersadung lalu tersungkur maka terhentaklah dagu serta bibirnya pada birai bendul…………………… hahahahahaha hadoi, punyelah bahasanya !


Berbalik kepada intipati paparan blog saya pada kali ini. Kupasan blog saya pada kali ini ialah tertumpu kepada nawaitu @ hajat ke iv dan vii, yakni Penggerun dan Penunduk Musuh dan Mengunci Mulut dan Melemahkan Musuh Ketika Prosiding Mahkamah. Jawapan ringkas saya kepada soalan-soalan yang dikemukakan ialah……….

Sediakan RM yang secukupnya dan dapatkan khidmat guaman daripada peguam bela atau peguam cara yang berkaliber ( mampu  belit-belit @ putar-putar sikit )  untuk membantu  !”

Betulkan ? Apabila diamati dan disoroti kembali berita-berita @ peristiwa-peristiwa yang melibatkan prosiding mahkamah. Berbekalkan RM,  maka seseorang yang dihadapkan ke mahkamah akan BERJAYA mengupah peguam TERPILIH  untuk mewakili mereka dalam prosiding mahkamah. Manakala, insan malang yang tidak mampu untuk mengupah peguam maka mereka akan DIWAKILI oleh khidmat Public Prosecutor  Kekadang insan-insan malang ini tidak diwakili oleh mana-mana peguampun. Hahahahahaha gamble sorang2 !

Kupasan blog pada kali ini. Saya akan cuba berkongsi sekelumit PENGETAHUAN tentang Vichah / Ilmu Perbomohan Khemer-Siam yang sering digunakan oleh insan-insan yang NAIK MAHKAMAH. Setakat yang saya tahu je la ya ! Kalau bercanggah dengan info / ilmu yang Maha Guru Hebat di luar sana, Maafkan saya ya ……..

Antara Vichah yang saya biasa DENGAR ( dengar aje tau. Saya tak tahu dan tak pandai. Jangan pula cari saya dan mohon bantuan ! ) ialah;

1.    Vichah Hoi Chut Tai Rai
    ( Ilmu Siput Gondang Mati Beragan )

2.  Vichah Pak Ma
    ( Ilmu Kunci Mulut Anjing )

  3  Vichah Mak Prue
( Ilmu Sirih Bertemu Urat )

4   Vichah Pla Dut
      ( Ilmu Ikan Keli )

Pada kebiasaannya 2 atau 3 vichah ini akan diGABUNGJALINkan ( digabung penggunaannya untuk kesan yang lebih ampuh, Contohnya, vichah 1 & 2, vichah 2 dan 3 atau vichah 1, 2 & 3 untuk kes-kes yang serius )

1.)           Vichah Hoi Chut Tai Rai
( Ilmu Siput Gondang Mati Beragan )

"Mati Beragan" pada kefahaman penulis yang daif ini membawa pengertian mati dalam hajat tidak kesampaian @ kempunan @ mati secara mengejut secara semulajadi. Mati Beragan biasanya melibatkan binatang atau tumbuhan yang apabila sakit atau tua, atau yang disingkir dari kumpulan yang akhirnya akan menyendiri, merajuk, bawa diri sampai mati sendirian.

Siput Gondang atau ‘Apple Snail’ dalam Bahasa Inggeris yang mati beragan amat jarang sekali untuk dijumpai. Kebanyakan siput gondang yang dijumpai di bendang atau sawah ialah siput gondang yang mati kerana diracun atau kekeringan akibat daripada musim kemarau. Siput Gondang yang mati beragan pada kebiasaanya mati dengan penutupnya masih tertutup rapat. Kadang-kadang Hoi Chut ini akan terapung-apung dihayutkan air sungai.
Contoh Hoi Chut yang mati dalam keadaan biasa.

Contoh Hoi Chut yang mati beragan.

Vichah Hoi Chut ini menggunakan cengkerang gondang mati beragan yang lengkap dengan penutupnya. Vichah Hoi Chut ini menggunakan 2 jenis kertas mantera iaitu “Yant Paya Thao Reun“ atau dengan kata lain kertas / wafak berupa kura-kura yang lengkap dengan “Khata Akhom” @ Ayat-ayat Khemer-Siam Kuno dan “Yant Thep Ranjuan” atau " Yant Lai Satru"


 Kertas / wafak berupa seekor kura-kura tersebut akan dilukis di atas kertas minyak atau wau. Nama kepada OPPONENT @ MUSUH @ PEGUAM yang ditujukan akan ditulis di tengah kertas jampi. Kertas jampi kemudian akan LONG  AKHARA JANT ( menulis ayat-ayat dan jampi-jampi ) dilakukan sambil mantra-mantra khas dibacakan untuk memuja semangat serta menyeru nama MUSUH agar takut, mengalah, tergamam dan mulutnya terkunci sepanjang berlangsungnya prosiding mahkamah. Terutamanya apabila melihat atau mendengar nama defendan disebut.

Kertas mantra tadi akan diRODOK @ diSUMBAT ke dalam siput gondang sambil mentera khas dibaca seblum ditutup kembali dengan cuping @ mulut asal gondang terbabit. Siput gondang tadi akan dimanterakan lagi untuk beberapa hari ( biasanya genap 3 atau 7 hari ) bergantung kepada KEPERLUAN. ( kes yang SERIUS, lawan yang KERAS  atau penguam yang LICIK ).

Siput Gondang Mati Beragan yang telah dipuja ini akan dibawa dan ditanam sama ada di kawasan kubur orang mati dibunuh @ mati bunuh diri @ mati semasa bersalin @ mati lemas @ mati kemalangan. Semasa proses menanam cengkerang siput terbabit, proses pemujaan perlu dilakukan sekali lagi berserta dengan PERSEMBAHAN khas ( makanan khas spt telur ayam kampung mentah, daging mentah, arak @ tapai beras, bertih beras  dll ). Apabila melibatkan bahan-bahan persembahan dan pemujaan, sudah tentulah ia melibatkan MAKHLUK-MAKHLUK dari dunia “SEBERANG’ untuk datang MENGAMBIL PERSEMBAHAN dan MENJAMU SELERA seterusnya MEMBANTU MELAKSANAKAN TUGAS YANG DISURUH  ! Melibatkan Para Jin dan mereka yang seangkatan dengannya kot ?


2.)          Vichah Pak Ma
( Ilmu Kunci Mulut Anjing )
&
        3) Vichah Mak Prue Lai Satru
( Ilmu Sirih Bertemu Urat )

Vichah Pak Ma dan Vichah Mak Prue Lai Satru ini digunakan bersama untuk nawaitu yang sama yakni, mengunci dan melemahkan pihak lawan semasa prosiding mahkamah. Vichah Pak Ma digunakan untuk mengunci mulut pihak lawan agar kaku dan kelu. Ilmu Kunci Mulut Anjing ini menggunakan azimat / tangkal kertas yang telah dilakarkan dengan gambar seekor  anjing berserta ayat-ayat SUMPAHAN @ PEMUJAAN. Nama kepada pihak lawan akan ditulis di bahagian badan anjing terbabit sambil beberapa potong ayat mentera khas dibacakan  ( pada hari dan masa yang tertentu sebanyak bilangan yang tertentu ) demi menjamin keampuhan Vichah Pak Ma ini. Kertas azimat  berupa anjing tadi akan dibakar sehingga hangus dan abunya akan digaulkan bersama nasi untuk dijadikan 3 kepal nasi. Nasi 3 kepal terbabit akan diSUAP @ diBERIkan kepada anjing ( mengikut jantina, warna dan pemilik yang tertentu sahaja ). Setelah ketiga-tiga kepalan nasi tadi dihabiskan oleh anjing, maka SI TERTUDUH @ PENDAKWA  akan menggunakan *amp;$#+;%#*  ( anggota badan ) sambil membacakan mantera khas lalu menepuk-nepuk mulut anjing sebanyak *amp;* kali ( bilangan tertentu ) dan menyebut ………

…………*(&%#@+_?>$*…………… Terkunci Rapat Dan Tidak Mampu Untuk Menentang Dan Melawan Percakapan Aku

Adalah diyakini bahawa sekiranya ilmu ini berjaya ditujukan kepada pihak lawan @ musuh. Nescaya mereka akan menjadi JANG-NGANG  atau TERCENGANG-CENGANG dan MEMBISU SERIBU BAHASA selama berlangsungnya prosiding mahkamah.

Selepas Vichah Pak Ma, vichah @ ilmu susulan yang dikombinasikan ialah ilmu Vichah Mak Prue ( Daun sirih bertemu urat ). llmu ini juga dipraktikkan untuk melemahkan musuh. Melalui ilmu daun sirih ini, tangkal khas yang berserta nama musuh akan ditulis di atas helaian  daun sirih bertemu urat. Daun sirih ini akan dijampi mengikut jumlah dan hari yang tertentu untuk memastikan keampuhannya. Daun sirih yang dijampi ini kemudiannya akan diGAUL-GAULkan bersama najis sambil menyebut dan menyeru-nyeru nama musuh @ pihak lawan.   Selesai dan berpuas hati dengan GAULAN dengan najis tadi, maka pelaku akan menghentak-hentakkan tumit kaki di atas lantai sambil menyebut ayat-ayat khas dan seterusnya menyimbah atau 'flush' najis terbabit.

 Sebolehnya sebelum memasuki kandang perbicaraan, si pelaku hendaklah berSUA @ berTEMU MUKA sambil memandang pihak plaintif @ lawan terlebih dahulu. Lebih afdal, sekiranya mampu untuk bersalaman atau menyentuh anggota badan si musuh ! Adalah diyakini bahawa “ilmu mengunci mulut anjing” ini akan menyebabkan musuh atau pihak lawan akan terKEDU, terKELU, dan terBISU SERIBU BAHASA semasa berada di dalam kandang mahkamah.

Antara pengalaman lalu penulis mengikuti prosiding mahkamah yang melibatkan abang ipar penulis sebagai defendan yang berhadapan dengan kes kemalangan maut. Keluarga si mati membawa kes ke mahkamah dengan mendakwa abang ipar saya cuai semasa memandu, sedangkan si mati dan rakan-rakannya sedang berlumba haram dan memandu tanpa lesen yang sah yang merempuh Hilux yang sedang mengelak daripada melanggar lebih ramai penunggang yang berlumba haram.  Plaintif yang juga waris kepada si mati tergagap-gagap ketika menjawab soalan peguam dan hakim. Pada prosiding kedua dan ketiga wakil daripada pihak si mati gagal untuk menghadirkan diri dan peguam yang dilantik pada masa itu bertanya kepada Defendan dan agar memohon hakim agar diKERAT kes kerana wakil Plaintif melanggar Sapina mahkamah dan memohon Injuksi kerana sudah 2 kali tidak hadir dan ia hanya membuang masa anak guamnya. Hahahahaha, kebetulan aje kot ?


4)  Vichah Pla Dut
( Ilmu Ikan Keli )


‘Vichah Pla Dut’  ini merupakan ilmu tambahan yang digunakan untuk MENGUNCI mulut musuh atau penentang kita semasa prosiding mahkamah. Namun ‘Vichah Pla Dut’ ini boleh dikira @ anggap sebagai ILMU HITAM. Hal ini dikatakan demikian kerana sekiranya ilmu yang dikenakan @ dihantar ini MENGENA dan tidak dipulih @ tawarkan, ia boleh membawa maut !

Antara peralatan yang digunakan untuk mengenakan Vichah Pla Dut ini ialah ikan keli liar, helaian rambut perempuan yang mati dibunuh dan kertas mentera khas. Ikan keli yang digunakan hendaklah ikan keli liar yang ditangkap menggunakan tangan – tanpa jaring atau peralatan atau mata kail. Kertas azimat / tangkal yang telah ditulis nama musuh @ target dipuja dan dibacakan mentera akan disumbat ke dalam mulut ikan keli dan mulut ikan keli terbabit akan diJAHIT sebanyak 3 jahitan pada bibir mulutnya dengan helaian rambut perempuan yang mati dibunuh @ bersalin pada malam Selasa dan dikebumikan pada hari Sabtu. Ikan keli itu kemudian akan dipuja dan dilepaskan kembali ke sungai @ kali @ alur @ kolam ( Bagi kes-kes lain yang serius dan dengan niat untuk menganiayai, ikan keli terbabit akan disalai @ dipanggang @ dibakar hidup-hidup sambil mantera2 khas dibaca ). Mengikut kepercayaan ilmu mistik kuno, selagi rambut dan jahitan itu tidak putus maka sepanjang itulah musuh yang dituju akan memBISU dan KELU terhadap kita. Kaedah inilah yang digunakan untuk mengunci mulut lawan atau peguam @ hakim semasa prosiding mahkamah berjalan. Sekiranya ikan keli terbabit mati kelaparan @ kelemasan adalah diyakinilah musuh yang kita SANTETkan itu akan mati juga ! Jangan dibuat ya ……!

Vichah-Vichah yang dikupas dan dikongsikan di atas, bukan sahaja digunakan untuk kes-kes yang melibatkan prosiding mahkamah malah terdapat jua kes dimana, ilmu ini digunakan oleh insan-insan BERHATI HITAM  ke atas insan lain yang bernawaitukan KHIANAT @ BALAS DENDAM @ DENGKI ! 

Sebagai contoh, penulis menyaksikan bagaimana mendiang Phor Kae mengubati pesakit yang telah disihir menggunakan ilmu Pla Dut sehingga menyebabkan insan yang disihir terbabit menjadi DUNGU @ BODOH @ PENDIAM. Segalanya bermula setelah berlakunya kekecohan perebutan tanah pusaka. Kesannya amat dahsyat, sedahsyat Ilmu Nasi Kangkang ( Nasi Kangkang versi Selatan Thai yang akan dikupas dalam posting yang akan datang, tunggu ya. Hahahahahaha ! )

Akhirulkalam, bak kata omputih. Bear in mind, ingatlah bahawa……………

* BUKAN SEMUA ilmu yang dikongsikan di atas itu AMPUH dan MENJADI.

* BUKAN SEMUA orang yang dikenakan akan terKENA penangan ilmu terbabit.

* BUKAN SEMUA pengamal perubatan @ bomoh tahu akan dan boleh melakukan ilmu terbabit.

* BUKAN SEMUA orang mempercayai dan menggunakan ilmu sebegini.

* BUKAN SEMUA kes dan prosiding mahkamah berjaya diselesaikan dengan amalan sebegini.

* BUKAN SEMUA apa yang saya kongsikan tu betul, sebab ia hanya perkongsian berdasarkan pengalaman naif saya semata !

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian ilmu pengetahuan yang tidak seberapa ini. Semoga ia dapat memberikan manfaat kepada mereka-mereka yang sedang tertanya-tertanya tentang info yang berkaitan. Sekian.

Composing ends on 21 May 2018


 Merely Sharing @ Perkongsian Semata !
 Sabbe Satta Sukhita Hontuk !
Wiesukhihotu18 !



***************************Muhasabah Diri*******************************



JANGAN RIAK,
JANGAN TAKBUR,
JANGAN JADI HAMBA DUIT !
KALAU BETUL, KATAKAN BETUL.
KALAU SALAH, KATAKAN SALAH.
USAH BERMUKA-MUKA,
USAH MENJADI TALAM DUA MUKA,
USAH KERANA DUIT, PANGKAT, DAN KUASA,
KITA JADI HIPOKRIT,


MAKA............
               YANG
BETUL DIKATAKAN SALAH,
                              YANG SALAH DIKATAKAN BETUL !


***************************Muhasabah Diri*******************************




***信不信由你***