Composing starts on 12 February 2018
***信不信由你***
Pada
posting blog pada kali ini, saya memohon laluan untuk berbloging menggunakan
Bahasa Kebangsaan kita – Bahasa Melayu. Saya juga menyusun kesepuluh jari
memohon maaf sekiranya terdapat konflik atau percanggahan maksud yang
diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris ataupun Dialek Thai Kelantan berdasarkan cerita lisan yang dipertuturkan oleh mendiang Phor Mor Keaw ( Phor Kae ), Lubuk Stong, Rantau Panjang, Kelantan.
Sebagai
pembuka bicara, sesungguhnya perkongsian pada kali ini adalah untuk tatapan dan
bacaan mereka yang BUKAN MUSLIM sahaja, sesungguhnya segala perkongsian ini dikategorikan
sebagai SYIRIK @ KHURAFAT untuk para MUSLIM.
· Bolehkah tuan tolong …….. ?
·
Bolehkah tokmoh……… ?
·
Saya perlukan
pertolongan …….. !
·
Berapakah pengeras
untuk ……?
· Saya ada masalah ……..
Alkisah,
begitulah himpunan soalan dan permintaan yang saya TERIMA melalui emel. Nawaitu
pengiriman emel-emel terbabit tidak lain tidak bukan adalah untuk mendapatkan
khidmat perbomohon / pendukunan Siam bagi;
i. Mengubati penyakit
misteri
ii. Menyakiti dan
menyihir orang lain.
iii.
Memikat dan menambat
hati pasangan.
iv. Penggerun dan
penunduk musuh.
v. Mencari dan
menawarkan perbuatan khianat.
vi.
Mengunci nafsu
pasangan.
vii. Penunduk prosiding mahkamah.
viii. dan lain-lain.
Sekali
lagi jari-jemari disusun rapat, kemaafan dimohon kerana tidak terdaya oleh saya untuk MENGHULURKAN
TANGAN bagi membantu tuan / puan / saudara / saudari. Sesungguhnya, saya hanya
insan biasa yang TIADA APA-APA keupayaan paranormal dan mistik sebagaimana yang
tuan / puan / saudara / saudari ANGGAP ! Ketahuilah, sesungguhnya saya hanya
seorang budak hingusan yang naif, yang baru bertatih, yang kekadang kakinya
tersadung lalu tersungkur maka terhentaklah
dagu serta bibirnya pada
birai bendul…………………… hahahahahaha hadoi, punyelah bahasanya !
Berbalik
kepada intipati paparan blog saya pada kali ini. Kupasan blog saya pada kali
ini ialah tertumpu kepada nawaitu @ hajat ke iv
dan vii, yakni Penggerun
dan Penunduk Musuh dan Mengunci Mulut dan Melemahkan Musuh Ketika Prosiding Mahkamah. Jawapan ringkas saya kepada soalan-soalan yang dikemukakan
ialah……….
“Sediakan RM yang
secukupnya dan dapatkan khidmat guaman daripada peguam bela atau peguam cara
yang berkaliber ( mampu belit-belit @
putar-putar sikit ) untuk membantu !”
Betulkan
? Apabila diamati dan disoroti kembali berita-berita @ peristiwa-peristiwa yang
melibatkan prosiding mahkamah. Berbekalkan RM,
maka seseorang yang dihadapkan ke mahkamah akan BERJAYA mengupah peguam
TERPILIH untuk mewakili mereka dalam
prosiding mahkamah. Manakala, insan malang yang tidak mampu untuk mengupah
peguam maka mereka akan DIWAKILI oleh khidmat Public Prosecutor Kekadang insan-insan
malang ini tidak diwakili oleh mana-mana peguampun. Hahahahahaha gamble sorang2
!
Kupasan blog
pada kali ini. Saya akan cuba berkongsi sekelumit PENGETAHUAN tentang Vichah /
Ilmu Perbomohan Khemer-Siam yang sering digunakan oleh insan-insan yang NAIK MAHKAMAH. Setakat yang saya tahu je la ya
! Kalau bercanggah dengan info / ilmu yang Maha Guru Hebat di luar sana,
Maafkan saya ya ……..
Antara
Vichah yang saya biasa DENGAR ( dengar aje tau. Saya tak tahu dan tak pandai. Jangan pula
cari saya dan mohon bantuan ! ) ialah;
1.
Vichah Hoi Chut Tai Rai
( Ilmu Siput Gondang Mati Beragan )
2. Vichah Pak Ma
( Ilmu Kunci Mulut Anjing )
3 Vichah Mak Prue
( Ilmu Sirih Bertemu Urat )
4 Vichah Pla Dut
( Ilmu Ikan Keli )
Pada
kebiasaannya 2 atau 3 vichah ini akan diGABUNGJALINkan ( digabung penggunaannya untuk kesan yang lebih ampuh, Contohnya, vichah 1 & 2,
vichah 2 dan 3 atau vichah 1, 2 & 3 untuk kes-kes yang serius )
1.)
Vichah Hoi Chut Tai Rai
( Ilmu Siput Gondang Mati
Beragan )
"Mati Beragan" pada kefahaman
penulis yang daif ini membawa pengertian mati dalam hajat tidak kesampaian @
kempunan @ mati secara mengejut secara semulajadi. Mati Beragan biasanya
melibatkan binatang atau tumbuhan yang apabila sakit atau tua, atau yang
disingkir dari kumpulan yang akhirnya akan menyendiri, merajuk, bawa diri
sampai mati sendirian.
Siput Gondang atau ‘Apple Snail’ dalam Bahasa Inggeris yang mati beragan amat jarang
sekali untuk dijumpai. Kebanyakan siput gondang yang dijumpai di bendang atau
sawah ialah siput gondang yang mati kerana diracun atau kekeringan akibat
daripada musim kemarau. Siput Gondang yang mati beragan pada kebiasaanya mati
dengan penutupnya masih tertutup rapat. Kadang-kadang Hoi Chut ini akan
terapung-apung dihayutkan air sungai.
Contoh Hoi Chut yang
mati dalam keadaan biasa.
Contoh
Hoi Chut yang mati beragan.
Vichah Hoi Chut ini menggunakan
cengkerang gondang mati beragan yang lengkap dengan penutupnya. Vichah Hoi Chut
ini menggunakan 2 jenis kertas mantera iaitu “Yant
Paya Thao Reun“ atau dengan kata lain kertas / wafak berupa kura-kura yang
lengkap dengan “Khata Akhom” @ Ayat-ayat Khemer-Siam Kuno dan “Yant Thep Ranjuan” atau " Yant Lai Satru"
Kertas / wafak berupa seekor
kura-kura tersebut akan dilukis di atas kertas minyak atau wau. Nama kepada
OPPONENT @ MUSUH @ PEGUAM yang ditujukan akan ditulis di tengah kertas jampi. Kertas jampi kemudian akan LONG AKHARA JANT ( menulis ayat-ayat dan jampi-jampi ) dilakukan sambil mantra-mantra
khas dibacakan untuk memuja semangat serta menyeru nama MUSUH agar takut,
mengalah, tergamam dan mulutnya terkunci sepanjang berlangsungnya prosiding mahkamah. Terutamanya apabila melihat atau mendengar nama defendan disebut.
Kertas mantra tadi akan diRODOK @
diSUMBAT ke dalam siput gondang sambil mentera khas dibaca seblum ditutup
kembali dengan cuping @ mulut asal gondang terbabit. Siput gondang tadi akan
dimanterakan lagi untuk beberapa hari ( biasanya genap 3 atau 7 hari )
bergantung kepada KEPERLUAN. ( kes yang SERIUS, lawan yang KERAS atau penguam yang LICIK ).
Siput Gondang Mati Beragan yang
telah dipuja ini akan dibawa dan ditanam sama ada di kawasan kubur orang mati
dibunuh @ mati bunuh diri @ mati semasa bersalin @
mati lemas @ mati kemalangan. Semasa
proses menanam cengkerang siput terbabit, proses pemujaan perlu dilakukan
sekali lagi berserta dengan PERSEMBAHAN khas ( makanan khas spt telur ayam
kampung mentah, daging mentah, arak @ tapai beras, bertih beras dll ). Apabila melibatkan bahan-bahan
persembahan dan pemujaan, sudah tentulah ia melibatkan MAKHLUK-MAKHLUK
dari dunia “SEBERANG’ untuk datang MENGAMBIL PERSEMBAHAN dan MENJAMU
SELERA seterusnya MEMBANTU MELAKSANAKAN TUGAS YANG DISURUH ! Melibatkan Para Jin dan mereka yang
seangkatan dengannya kot ?
2.)
Vichah Pak Ma
( Ilmu
Kunci Mulut Anjing )
&
3) Vichah Mak Prue Lai Satru
( Ilmu Sirih Bertemu Urat )
Vichah Pak Ma dan Vichah Mak Prue Lai Satru ini digunakan bersama untuk nawaitu yang sama yakni, mengunci dan melemahkan pihak lawan semasa prosiding mahkamah. Vichah Pak Ma digunakan untuk mengunci mulut pihak lawan agar kaku dan kelu. Ilmu Kunci Mulut Anjing ini menggunakan azimat / tangkal kertas yang telah
dilakarkan dengan gambar seekor anjing
berserta ayat-ayat SUMPAHAN @ PEMUJAAN. Nama kepada pihak lawan akan ditulis di
bahagian badan anjing terbabit sambil beberapa potong ayat mentera khas
dibacakan ( pada hari dan masa yang tertentu sebanyak bilangan yang tertentu ) demi
menjamin keampuhan Vichah Pak Ma ini. Kertas
azimat berupa anjing tadi akan dibakar
sehingga hangus dan abunya akan digaulkan bersama nasi untuk dijadikan 3 kepal
nasi. Nasi 3 kepal terbabit akan diSUAP @ diBERIkan kepada anjing ( mengikut jantina,
warna dan pemilik yang tertentu sahaja ). Setelah ketiga-tiga kepalan nasi tadi
dihabiskan oleh anjing, maka SI TERTUDUH @ PENDAKWA akan menggunakan *amp;$#+;%#* ( anggota badan ) sambil membacakan mantera
khas lalu menepuk-nepuk mulut anjing sebanyak *amp;* kali ( bilangan tertentu ) dan
menyebut ………
“ …………*(&%#@+_?>$*…………… Terkunci Rapat Dan Tidak Mampu Untuk Menentang
Dan Melawan Percakapan Aku”
Adalah diyakini bahawa sekiranya ilmu ini berjaya ditujukan kepada pihak lawan @ musuh. Nescaya mereka akan menjadi JANG-NGANG atau TERCENGANG-CENGANG dan MEMBISU SERIBU BAHASA selama berlangsungnya prosiding mahkamah.
Selepas Vichah Pak Ma, vichah @ ilmu susulan yang dikombinasikan ialah ilmu Vichah Mak Prue ( Daun sirih bertemu urat ). llmu ini juga dipraktikkan untuk melemahkan musuh. Melalui ilmu daun sirih ini, tangkal khas yang berserta nama musuh akan ditulis di atas helaian daun sirih bertemu urat. Daun sirih ini akan dijampi mengikut jumlah dan hari yang tertentu untuk memastikan keampuhannya. Daun sirih yang dijampi ini kemudiannya akan diGAUL-GAULkan bersama najis sambil menyebut dan menyeru-nyeru nama musuh @ pihak lawan. Selesai dan berpuas hati dengan GAULAN dengan najis tadi, maka pelaku akan menghentak-hentakkan tumit kaki di atas lantai sambil menyebut ayat-ayat khas dan seterusnya menyimbah atau 'flush' najis terbabit.
Sebolehnya
sebelum memasuki kandang perbicaraan, si pelaku hendaklah berSUA @ berTEMU MUKA
sambil memandang pihak plaintif @ lawan terlebih
dahulu. Lebih afdal, sekiranya mampu untuk bersalaman atau menyentuh anggota
badan si musuh ! Adalah diyakini bahawa “ilmu mengunci mulut anjing” ini akan
menyebabkan musuh atau pihak lawan akan terKEDU, terKELU, dan terBISU SERIBU
BAHASA semasa berada di dalam kandang mahkamah.
Antara
pengalaman lalu penulis mengikuti prosiding mahkamah yang melibatkan abang ipar
penulis sebagai defendan yang berhadapan dengan
kes kemalangan maut. Keluarga si mati membawa kes ke mahkamah dengan mendakwa
abang ipar saya cuai semasa memandu, sedangkan si mati dan rakan-rakannya
sedang berlumba haram dan memandu tanpa lesen yang sah yang merempuh Hilux yang sedang mengelak daripada melanggar lebih ramai penunggang yang berlumba haram. Plaintif yang
juga waris kepada si mati tergagap-gagap ketika menjawab soalan peguam dan
hakim. Pada prosiding kedua dan ketiga wakil daripada pihak si mati gagal untuk
menghadirkan diri dan peguam yang dilantik pada masa
itu bertanya kepada Defendan dan agar memohon hakim agar diKERAT kes kerana wakil Plaintif melanggar Sapina mahkamah dan memohon Injuksi
kerana sudah 2 kali tidak hadir dan ia hanya membuang masa anak guamnya. Hahahahaha,
kebetulan aje kot ?
4) Vichah Pla Dut
( Ilmu
Ikan Keli )
‘Vichah Pla Dut’ ini merupakan ilmu tambahan yang digunakan
untuk MENGUNCI mulut musuh atau penentang kita semasa prosiding mahkamah. Namun
‘Vichah Pla Dut’ ini boleh dikira @
anggap sebagai ILMU HITAM. Hal ini dikatakan demikian kerana sekiranya ilmu
yang dikenakan @ dihantar ini MENGENA dan tidak dipulih @ tawarkan, ia boleh
membawa maut !
Antara
peralatan yang digunakan untuk mengenakan Vichah
Pla Dut ini ialah ikan keli liar, helaian rambut perempuan yang mati
dibunuh dan kertas mentera khas. Ikan keli yang digunakan hendaklah ikan keli liar
yang ditangkap menggunakan tangan – tanpa jaring atau peralatan atau mata kail.
Kertas azimat / tangkal yang telah ditulis nama musuh @ target dipuja dan
dibacakan mentera akan disumbat ke dalam mulut ikan keli dan mulut ikan keli
terbabit akan diJAHIT sebanyak 3 jahitan
pada bibir mulutnya dengan helaian rambut perempuan yang mati dibunuh @
bersalin pada malam Selasa dan dikebumikan pada hari Sabtu. Ikan keli itu
kemudian akan dipuja dan dilepaskan kembali ke sungai @ kali @ alur @ kolam ( Bagi kes-kes lain yang serius dan dengan niat untuk menganiayai, ikan keli terbabit akan disalai @ dipanggang @ dibakar hidup-hidup sambil mantera2 khas dibaca ). Mengikut kepercayaan ilmu mistik kuno, selagi rambut dan jahitan itu tidak
putus maka sepanjang itulah musuh yang dituju akan memBISU dan KELU terhadap
kita. Kaedah inilah yang digunakan untuk mengunci mulut lawan atau peguam @
hakim semasa prosiding mahkamah berjalan. Sekiranya ikan keli terbabit mati
kelaparan @ kelemasan adalah diyakinilah musuh yang kita SANTETkan itu akan
mati juga ! Jangan dibuat ya ……!
Vichah-Vichah yang dikupas dan dikongsikan di atas, bukan sahaja digunakan untuk kes-kes yang melibatkan prosiding mahkamah malah terdapat jua kes dimana, ilmu ini digunakan oleh insan-insan BERHATI HITAM ke atas insan lain yang bernawaitukan KHIANAT @ BALAS DENDAM @ DENGKI !
Sebagai contoh, penulis menyaksikan bagaimana mendiang Phor Kae mengubati pesakit yang telah disihir menggunakan ilmu Pla Dut sehingga menyebabkan insan yang disihir terbabit menjadi DUNGU @ BODOH @ PENDIAM. Segalanya bermula setelah berlakunya kekecohan perebutan tanah pusaka. Kesannya amat dahsyat, sedahsyat Ilmu Nasi Kangkang ( Nasi Kangkang versi Selatan Thai yang akan dikupas dalam posting yang akan datang, tunggu ya. Hahahahahaha ! )
Akhirulkalam, bak kata omputih. Bear in mind, ingatlah bahawa……………
* BUKAN SEMUA ilmu yang dikongsikan di atas itu AMPUH dan MENJADI.
* BUKAN SEMUA orang yang dikenakan akan terKENA penangan ilmu terbabit.
* BUKAN SEMUA pengamal perubatan @ bomoh tahu akan dan boleh melakukan ilmu terbabit.
* BUKAN SEMUA orang mempercayai dan menggunakan ilmu sebegini.
* BUKAN SEMUA kes dan prosiding mahkamah berjaya diselesaikan dengan amalan sebegini.
* BUKAN SEMUA apa yang saya kongsikan tu betul, sebab ia hanya perkongsian berdasarkan pengalaman naif saya semata !
Begitulah
sedikit sebanyak perkongsian ilmu pengetahuan yang tidak seberapa ini. Semoga ia
dapat memberikan manfaat kepada mereka-mereka yang sedang tertanya-tertanya tentang info
yang berkaitan. Sekian.
Composing ends on 21 May 2018
Merely Sharing @ Perkongsian Semata !
Sabbe Satta Sukhita Hontuk !
Wiesukhihotu18 !
***************************Muhasabah Diri*******************************
JANGAN RIAK,
JANGAN TAKBUR,
JANGAN JADI HAMBA DUIT !
KALAU BETUL, KATAKAN BETUL.
KALAU SALAH, KATAKAN SALAH.
USAH BERMUKA-MUKA,
USAH MENJADI TALAM DUA MUKA,
USAH KERANA DUIT, PANGKAT, DAN KUASA,
KITA JADI HIPOKRIT,
MAKA............
YANG BETUL DIKATAKAN SALAH,
YANG SALAH DIKATAKAN BETUL !
***************************Muhasabah Diri*******************************
No comments:
Post a Comment