PERHATIAN !

Blog dan isi kandungan blog ini hanya untuk layaran, perkongsian, dan bacaan pengunjung-pengunjung blog https://cucutokraja.blogspot.com yang beragama BUDDHA dan BUKAN beragama ISLAM sahaja.

Kandungannya mungkin akan menimbulkan KETIDAKSELESAAN kepada sesetengah golongan. Sila TINGGALKAN laman ini sekiranya anda bukanlah daripada golongan seperti yang dinyatakan di atas.

Keprihatian dan kerjasama anda semua amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

This blog and shared @ posted blogposts are strictly for NON-MUSLIM viewing purposes only. All articles / posts are strictly writer's personal view per se. Writer does not necessarily endorse the views or opinions given by any third party content provider.

TQVM


Showing posts with label Khasiat Alam Ciptaan Tuhan. Show all posts
Showing posts with label Khasiat Alam Ciptaan Tuhan. Show all posts

Thursday, August 20, 2009

PERKONGSIAN PENGALAMAN - Keunikan Teras Gemunggal !

Semata-mata perkongsian pengalaman....... Setelah menerawang ke blog blog yang memaparkan rahsia, cerita, kehebatan teras gemunggal/kelor/remunggai,galih kelor. Saya berasa terpanggil dan terdetik untuk mencuba pendedahan tentang kehebatan dan keunikan teras gemunggal yang dikatakan akan tenggelam apabila dimasukkan ke dalam air sekiranya gemunggal terbabit adalah dari kalangan yang baik-baik ( bergrade tinggi !) Setelah memaparkan koleksi gemunggal saya, saya mendapat banyak feedback tentang permata teras gemunggal saya........ada yang mengatakan hanya sebahagian daripada koleksi saya ialah gemunggal manakala selainnya ialah teras Semeru. Well, thanks for the feedback n comments ! Actually, it enriches my knowledge about the teras especially...Teras Gemunggal ! As i said b4....do correct me, if i'm wrong !
Miracle and Amazing !
Koleksi Gemunggal yang saya kumpul daripada beberapa pengumpul barangan mistik. Daripada pelbagai pohon gemunggal yang berbeza. Koleksi gemunggal saya juga termasuklah 1 permata yang diwarisi daripada datuk saya, Phor Mor Kiew.
Kesemua permata yang dimasukkan ke dalam gelas kaca yang berisi air mineral biasa menunjukkan fitrah semula jadi kayu-kayan yang pada kebiasaannya akan timbul di permukaan.
Setelah memasukkan satu demi satu permata teras gemunggal saya. Saya dapati tiada apa-apa kejadian pelik dan ajaib berlaku. Sehinggalah apabila saya memasukkan permata teras gemunggal yang diwarisi drp datuk saya. Sesuatu aneh yang sering diperkatakan oleh peminat teras gemunggal berlaku...1 daripada permata terbabit tenggelam !
Setelah mengambil pandangan sisi gelas terbabit, barulah saya sedari bahawa salah satu daripada teras-teras gemunggal terbabit tenggelam dan berada di dasar gelas ! Tiada kata-kata yang dapat menghuraikan akan kejadian terbabit.
Teras gemunggal terbabit tetap berada di dasar gelas walaupun telah digoncang, dikeluarkan dan dimasukkan berkali-kali. Permata terbabit tetap tenggelam.
Setelah melihat fenomena pelik terbabit, say masih belum yakin dan cuba mengujinya dengan mengeluarkan tongkat pendek yang diperbuat daripada teras gemunggal. Iaitu teras yang sama yang telah dipotong dan canai ntuk menghasilkan permata yang ternggelam tadi.
Tongkat mini terbabit merupakan tongkat yang dihasilkan sendiri oleh arwah datuk dan diisi dengan gulungan tembaga dan kepingan timah hitam.
God wills....amazing ! Tongkat gemunggal yang sememangnya berat kerana diisi dengan kepingan timah dan tembaga... tidak tenggelam sebagaimana jangkaan saya.
Setelah beberapa kali mengulangi proses pengujian, termasuklah memasukkannya ke dalam bekas yang lebih besar. Tongkat mini gemunggal terbabit tetap timbul !

Monday, June 1, 2009

Keajaiban 1 - Teras Gemunggal

Khasiat Pokok Gemunggar Gemunggai: Remunggai, Kelor Sejenis pokok besar berdaun kembar halus, dimana pucuknya enak disayur, berkhasiyat: 1. Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman 2. Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit 3. Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah. 4. Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin. 5. Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya. 6. Sakit mata:daunnya 3 ranting kecil dilumat diandunkan dengan 1 gelas air dan heningkan; ditapis dan dititikkan ke dalam mata. 7. Rabun ayam: daunnya 3 ranting kecil dilumat, dituangkan 1 mangkuk air masak dan ditapis; kemudian diandunkan dengan madu 3 sudu, diminum sebelum tidur. 8. Sakit kuning: daunnya 7 ranting kecil dilumat dan dimasukkan 1 gelas air kelapa; ditapis dan diandunkan dengan 7 sudu madu, diminum 3 kali sehari. 9. Sengal tulang: daunnya 3 ranting kecil dilumatkan bersama ½ sudu kapur makan, dibuat gosok. 10. Alergi (alahan): daunnya 3 ranting kecil, bawang Merah 1 hulas, biji adas dan akar mempelas direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal lagi separuh dan ditapis, diminum 2 kali sehari 1 mangkuk kecil. 11. Memusnah cacing: daunnya 3 ranting kecil, daun lada 1 ranting kecil dan 3 batang Dukung Anak direbus dengan 2 gelas sehingga tinggal lagi separuh dan ditapis, diminum sebelum tidur. 12. Luka bernanah: daunnya 7 ranting kecil dilumatkan ditempel. 13. Sukar membuang air kecil: daunnya 3 ranting kecil dilumat dan diperah dicampur dengan perahan air mentimun atau lobak Merah, sama banyak antara ketiga; diadun dan dicampur 1 gelas air dan ditapis; diminum 3 kali sehari. 14. Menjauhkan dari kecurian: bila meletakkan terasnyadalam rumah ataudalam kenderaan, insya-Allah 15. Sengal tulang: daun mudanya diremuk dicampur kapur makan, digosokkan. 16. Bengkak: 17. Mengurangi rasa sakit: Untuk keduanya- daun mudanya diremuk danditempelkan di tempat sakit. Juga kulitnya diremuk dan dicampur sedikit kapur makan, ditempelkan. 18. Pitam, pengsan (Epilepsi): akarnya diasah dibuat basuh kepala. 19. Busung (Odeem):akarnya dan kulit sertaakarpepaya dilumat dicomor. 20. Beri-beri:akarnya direbusdan diminum. 21. Kencing Bernanah (Gonorrhoea): akar dan daunnya direbusdan diminum setiap 3jam sekali. 22. Kurap: daunnya digosokkan dengan kapur. Kegunaan-kegunaan Lain 1. Lekat uri (sak: tembuni): Terasnya direndam kira-kira 2 minit, maka diminum. 2. Budak menangis-nangis: Terasnya diasah dan diberi minum. 3. Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan sedikit garam, dibubuh pada tetek ibu. 4. Bisul: Terasnya diasah, dicomor pada mata bisul. 5. Ditakuti hantu: Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari manis. 6. Kena santau, racun dan bisa dalam tubuh: Terasnya direndam dalam air kelapa kira-kira 3 minit, diminum. 7. Digigit ular,lipan: Terasnya diasah dan dicomor pada tempat yang kena gigit. Teras Gemunggal asli yang masih belum diproses ( canai )untuk tatapan bersama. TERAS GEMUNGGAR/GEMUNGGAL/RAMUNGGAR/RAMUNGGAI/MUNGGAI/KELO/KILO (Moringa Oleifera) Pokok Gemunggar/Gemunggal (istilah Pantai Timur; asal perkataan India) atau Kilo/Kelo/Kelor (istilah yang lebih dominan di alam Melayu) merupakan sejenis pokok yang tidak asing lagi bagi masyarakat di nusantara (Pattani, Malaysia & Indonesia). Dikenali juga dengan nama Moltong, Keloro, Kawano, Ongge dan Hau Fo. Ianya banyak di tanam di tepi-tepi rumah atau pondok pengajian dan boleh dijumpai di tepi-tepi jalan terutamanya di kawasan kampung. Daunnya berbentuk bujur telur dengan ukuran kecil-kecil tersusun majmuk dalam satu tangkai. Kelor berbunga sepanjang tahun dengan aroma semerbak, berwarna putih kekuningan dengan tudung pelepah bunganya berwarna hijau. Pucuknya yang masih muda digoreng bersama telur, manakala buahnya (i.e., berbentuk tiga/empat segi panjang) biasa dimasak kari. Batang kayunya getas (mudah patah). Ia asalnya sejenis pokok yang lembut dan tidak berteras. Teras Gemunggar/Gemunggal atau Teras Kilo/Kelo/Kelor merupakan salah satu daripada jenis teras terpilih yang amat masyhur dengan keberhajatan masyarakat nusantara terhadapnya. Di Indonesia, Teras Gemunggal juga di kenali sebagai Gheli Maronggi (Madura) dan Galih Kelor (Jawa). Umumnya, terdapat 3 jenis Teras Gemunggal/Kelor berdasarkan asal tempat pokok Gemunggal/Kelor di tanam atau dijumpai, iaitu: a. Gemunggar/Kelor Kampung: Urat-uratnya yang sangat indah seakan urat tangan manusia. Keratan rentas gelang uratnya bersambungan tidak putus dan halus seratnya. Ianya berwarna koko-coklat jika yang masih muda, dan kehitaman jika sudah tua. Warnanya juga akan berubah daripada koko-coklat kepada warna coklat-kemerahan dan seterusnya menjadi kehitaman sekiranya sentiasa digunapakai seperti dalam bentuk cincin, gelang tangan dan tasbih untuk berzikir. Jika direndam dalam air, herba daripada terasnya akan menyebabkan warna air berubah menjadi seperti warna air teh. Sekiranya direndam dalam tempoh yang lebih lama lagi, maka air tersebut akan berubah menjadi lebih pekat serta kelihatan seperti kebiru-hijauan. Air asahan akar pokoknya sedikit pedas dan hawa-hawa panas. Umumnya, jenis ini timbul jika direndam dalam air. b. Gemunggar/Kelor Bukit: Susunan lapisan uratnya sederhana halus (warna koko/coklat) dan terdapat urat bercecuruk kasar (warna kelabu/putih). Kayunya hampir sama dengan Kayu Kokka yang tua. Air rendamannya tidak berwarna. Daun pokoknya lebih besar daripada jenis yang kampung. Umumnya jenis ini tenggelam jika direndam dalam air. Kayunya sangat keras dan liat. Terdapat juga Teras Gemunggar/Kelor Bukit yang uratnya seperti jenis yang kampung. c. Gemunggar/Kelor Pulau: Keratan rentas gelang uratnya terdapat putus-putus, halus serat dan uratnya serta berwarna putih/cerah dan kemerahan muda/tua. Terasnya lebih ringan. Air rendamannya tidak berwarna. Umumnya, timbul jika direndam dalam air. Petua orang tua-tua menyebut “Pokok ubat yang tumbuh di pulau kecil dikelilingi air laut adalah lebih berkhasiat daripada yang tumbuh di daratan luas” Jika dibelah dengan parang/kapak, biasanya Teras Gemunggar/Kilo akan pecah dan serpih dengan tidak menentu, kerana uratnya yang berselirat dan berpusar tanpa ada satu pola yang tetap, walaupun hanya sepotong terasnya yang kecil. Gergaji paling sesuai digunakan jika ingin memotong Teras Gemunggar/Kilo. Ianya juga tidak sesuai dibentuk dengan mengisit menggunakan parang. Ketiga-tiga jenis Teras Gemunggar/Kelor berbeza dari segi urat, serat, berat, warna dan kekerasannya; secara umumnya.

Keajaiban 2 - Senduduk Putih

Di bawah merupakan gambar-gambar contoh pokok Senduduk Putih kepunyaan saya....Wie Punyer ! Ianya diperolehi daripada alamat mimpi. Mimpi yang hanya didatangi suara yang menyuruh saya mengambilnya di persimpangan jalan yang menjadi lalu lalang penduduk kampung. (Kampung Padang Kunyit, Gerik, Perak ). Mengikut orang-orang tua yang tinggal di situ, katanya kawasan pinggir kampung itu memang keras dan berpenghuni yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata halus ! ......memang keraspun, banyak batu ! Keajaiban yang sukar untuk dihuraikan dengan susunan kata-kata. Pelik tetapi benar ! Sesampai ke tempat yang sebagaimana diarahkan, pokok senduduk putih yang tingginya hampir paras dada saya itu sedang berbunga, mengeluarkan 7 kuntum bunga. Saya telah menggali pokok senduduk terbabit dengan hanya menggunakan parang / golok dan terus membawanya pulang. Pohon terbabit saya tanamnya di dalam pasu bunga yang besar dan diletakkan di perkarangan tempat letak kereta. Keajaiban berlaku lagi....malamnya saya didatangi suara misteri yang memarahi saya kerana tidak mengambil ketulan batu-batu yang terdapat dibawah dan celah-celah akar senduduk putih terbabit. Keesokan pagi saya terus bergegas ke lokasi senduduk putih yang saya gali pada tengah hari semalam. Puas saya mencari kedudukan asal dan bekas korekkan yang saya buat, namun saya tidak berjaya mengesannya. Pelik ! Setelah beberapa kali mencuba. Saya masih gagal mengesan lokasi yang saya maksudkan.... returned home with empty handed ! Saya terus ke pasu bunga dan mengorek kembali senduduk yang saya tanam semalam dengan niat ingin mendapatkan batu yang dimaksudkan. memang rezeki saya...setelah menguraikan saki baki tanah-tanih yang membungkusi akar2nya, saya terjumpa sebiji permata putih yang berbentuk bujur semulajadi. Geliga sendudukkah ? Atau hanya kebetulan ? Walau apapun, pokok asal senduduk putih tersebut telah mati kerana keriakkan saya ! Jangka hayatnya hanya bertahan selama 1 tahun setengah. Pokok yang saudara / saudara tonton di bawah ialah anak hasil biji semaian semulajadi yang tunas daripada pasu yang menempatkan pokok asal senduduk putih ! Local Name : Senduduk Scientific Name : Melastoma malabathricum Other Names : Keduduk, senggani, Straits Rhododendron Family : Melastomataceae Details : Pokok renek ini biasa dijumpai dibelukar dan semak. Tinggi purata pokok senduduk ialah 1 m namun ia boleh mencapai ketinggian hingga 3 m. Batangnya berwarna kemerahan dan dilitupi oleh bulu-bulu halus. Sama seperti batang daun dan buahnya juga dilitupi bulu ini.bunganya cantik dan mempunyai 5 kelopak dengan stamen berwarna kuning ditengah-tengahnya. Bunga senduduk yang paling biasa dijumpai berwarna ungu gelap hingga ke merah jambu dan putih. Jenis berwarna putih ialah jenis yang paling jarang dijumpai tumbuh liar. selalunya ia ditanam untuk tujuan perubatan.Bijinya berwarna hitam dan mempunyai sedikit rasa pahit dan manis dan ia boleh dimakan. Apabila dimakan ia boleh meninggalkan warna hitam pada mulut dan dari sinilah senduduk mendapat nama botaninya melastoma yang bermaksud mulut hitam dalam bahasa greek.Pucuknya boleh dijadikan ulam dengan dimakan mentah atau direbus. Ia mempunyai rasa yang agak masam kelat. Warna dari buahnya dijadikan pewarna kain disesetengah tempat sepeti di Thailand.Daunnya boleh dijadikan makanan untuk ulat sutera seperti daun kertau dan mulberi juga. Buahnya menjadi makanan kegemaran burung. kegunaan: Perubatan tradisional banyak menggunakan senduduk sebagai ramuan atau bahan asas untuk membuat Minyak Pengasih Senduduk Putih. Bunganya yang dipetik pada malam selasa adalah dipercayai dapat memberikan kesan yang kuat terhadap keberkesanan minyak pengasih. Senduduk juga diamalkan untuk mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin. Daun senduduk bersama daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau purut dicampur bersama air panas dan dijadikan rempah untuk mandi teresat selepas bersalin, selalunya selama 3 pagi selepas melahirkan. Daunnya yang tua dan gugur kebumi akan bertukar warna menjadi merah muda. daun ini ditumbuk dan air tapisannya diminum untuk menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin.Sesiapa yang pernah terkena bisa ulat bulu pasti tahu betapa sakitnya bisa itu. daun senduduk boleh juga di gunakan untuk merawat bisa ini dengan cara menumbuk daunnya yang matang dan gugur kebumi dalam keadaan telungkup dan ditampal pada bahagian yang terkena ulat bulu tadi. Selain daripada itu senduduk juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, berak berdarah dan buasir dengan cara meminum air rebusan daunnya. pes daunnya yang ditumbuk juga boleh menghilangkan parut akibat bertih / cacar air Masa kecik-kecik dulu saya gunakan daun senduduk untuk menghentikan pedarahan pada luka kecil. Caranya daun senduduk dikunyah hingga lumat dan ditampalkan pada luka dan darahnya akan cepat berkenti. Memang diakui pucuk senduduk atau daunnya di kunyah dan dilekatkan pada luka untuk menghentikan pendarahan.

Keajaiban 4 - Buluh Tumpat