PERHATIAN !

Blog dan isi kandungan blog ini hanya untuk layaran, perkongsian, dan bacaan pengunjung-pengunjung blog https://cucutokraja.blogspot.com yang beragama BUDDHA dan BUKAN beragama ISLAM sahaja.

Kandungannya mungkin akan menimbulkan KETIDAKSELESAAN kepada sesetengah golongan. Sila TINGGALKAN laman ini sekiranya anda bukanlah daripada golongan seperti yang dinyatakan di atas.

Keprihatian dan kerjasama anda semua amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

This blog and shared @ posted blogposts are strictly for NON-MUSLIM viewing purposes only. All articles / posts are strictly writer's personal view per se. Writer does not necessarily endorse the views or opinions given by any third party content provider.

TQVM


Thursday, August 20, 2009

PERKONGSIAN PENGALAMAN - Keunikan Teras Gemunggal !

Semata-mata perkongsian pengalaman....... Setelah menerawang ke blog blog yang memaparkan rahsia, cerita, kehebatan teras gemunggal/kelor/remunggai,galih kelor. Saya berasa terpanggil dan terdetik untuk mencuba pendedahan tentang kehebatan dan keunikan teras gemunggal yang dikatakan akan tenggelam apabila dimasukkan ke dalam air sekiranya gemunggal terbabit adalah dari kalangan yang baik-baik ( bergrade tinggi !) Setelah memaparkan koleksi gemunggal saya, saya mendapat banyak feedback tentang permata teras gemunggal saya........ada yang mengatakan hanya sebahagian daripada koleksi saya ialah gemunggal manakala selainnya ialah teras Semeru. Well, thanks for the feedback n comments ! Actually, it enriches my knowledge about the teras especially...Teras Gemunggal ! As i said b4....do correct me, if i'm wrong !
Miracle and Amazing !
Koleksi Gemunggal yang saya kumpul daripada beberapa pengumpul barangan mistik. Daripada pelbagai pohon gemunggal yang berbeza. Koleksi gemunggal saya juga termasuklah 1 permata yang diwarisi daripada datuk saya, Phor Mor Kiew.
Kesemua permata yang dimasukkan ke dalam gelas kaca yang berisi air mineral biasa menunjukkan fitrah semula jadi kayu-kayan yang pada kebiasaannya akan timbul di permukaan.
Setelah memasukkan satu demi satu permata teras gemunggal saya. Saya dapati tiada apa-apa kejadian pelik dan ajaib berlaku. Sehinggalah apabila saya memasukkan permata teras gemunggal yang diwarisi drp datuk saya. Sesuatu aneh yang sering diperkatakan oleh peminat teras gemunggal berlaku...1 daripada permata terbabit tenggelam !
Setelah mengambil pandangan sisi gelas terbabit, barulah saya sedari bahawa salah satu daripada teras-teras gemunggal terbabit tenggelam dan berada di dasar gelas ! Tiada kata-kata yang dapat menghuraikan akan kejadian terbabit.
Teras gemunggal terbabit tetap berada di dasar gelas walaupun telah digoncang, dikeluarkan dan dimasukkan berkali-kali. Permata terbabit tetap tenggelam.
Setelah melihat fenomena pelik terbabit, say masih belum yakin dan cuba mengujinya dengan mengeluarkan tongkat pendek yang diperbuat daripada teras gemunggal. Iaitu teras yang sama yang telah dipotong dan canai ntuk menghasilkan permata yang ternggelam tadi.
Tongkat mini terbabit merupakan tongkat yang dihasilkan sendiri oleh arwah datuk dan diisi dengan gulungan tembaga dan kepingan timah hitam.
God wills....amazing ! Tongkat gemunggal yang sememangnya berat kerana diisi dengan kepingan timah dan tembaga... tidak tenggelam sebagaimana jangkaan saya.
Setelah beberapa kali mengulangi proses pengujian, termasuklah memasukkannya ke dalam bekas yang lebih besar. Tongkat mini gemunggal terbabit tetap timbul !

No comments: