PERHATIAN !

Blog dan isi kandungan blog ini hanya untuk layaran, perkongsian, dan bacaan pengunjung-pengunjung blog https://cucutokraja.blogspot.com yang beragama BUDDHA dan BUKAN beragama ISLAM sahaja.

Kandungannya mungkin akan menimbulkan KETIDAKSELESAAN kepada sesetengah golongan. Sila TINGGALKAN laman ini sekiranya anda bukanlah daripada golongan seperti yang dinyatakan di atas.

Keprihatian dan kerjasama anda semua amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

This blog and shared @ posted blogposts are strictly for NON-MUSLIM viewing purposes only. All articles / posts are strictly writer's personal view per se. Writer does not nnecessarily endorse the views or opinions given by any third party content provider.

TQVM


Thursday, September 22, 2016

GOLOK & BADIK PAMOR BESI ‘PA’

Composing begins on 6 June 2016.

***信不信由你***

Apakah Besi PA ?
Dari manakah asal usul Besi PA ?
Apakah ramuan Besi PA ?
Apakah khasiat mistik Besi PA ?
Bagaimanakah ia ditempa ? 


Merupakan soalan-soalan yang menghujani pemikiran Peminat Barangan Mistik apabila membicara tentang Rahsia Keampuhan Besi PA.

Gambar yang tertera pada sebelah kanan merupakan antara koleksi Senjata Pakaian yang  berada dalam simpanan saya (bukan untuk diniagakan). Dalam proses pembuatan senjata warisan Melayu terutamanya, terdapat pelbagai kaedah dan rahsia mistik yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia yang biasa. Terutamanya mereka yang JAHIL tentang selok belok penempaan senjata yang menggunakan ramuan Besi ‘PA”.

Perkongsian saya ini adalah satu perkongsian ilmu dan bukannya perkongsian berdasarkan nawaitu untuk menunjuk-nunjuk mahupun mendabik dada. Perkongsian ilmu dan pengetahuan yang cetek tentang Besi ‘PA’ ini tidak lain tidak bukan hanyalah sebagai perkongsian Asimilasi Budaya atau "Cross Custom & Belief" ( untuk insan-insan beragama Buddha yang SATTA – yakin akan khasiat ampuh Besi ‘PA’ )


Dalam dunia penempaan senjata Melayu yang tidak terungkai dengan akal fikiran manusia yang cetek, kedapatan satu kaedah penempaan senjata unik yang menggunakan adunan ramuan besi (alatan purba – lama ) yang namanya  bermula dengan sebutan ‘PA’ ( sebutan huruf jawi ‘pa’ ) dan yang mengalami PATAH ALAMI – yakni patah secara semula jadi ataupun patah disebabkan oleh penggunaan secara semulajadi dan bukannya PATAH yang disengajakan.

Antaran peralatan  ‘PA’ yang dipilih dan diadun untuk menghasilkan Besi ‘PA’ ialah;

i.             PAku PAtah
           Paku Rel Kereta Api Patah
           Paku Tiang Seri Patah
           Paku Keranda Patah

ii.           PArang PAtah
            Puting Parang Patah

iii.         PAsak PAtah
            Pasak Tiang Seri Patah

iv.         PAhat PAtah
          Pahat Dogol Patah
          Puting Pahat Patah

v.           PAhar PAtah
         Bunga Pahar Patah

vi.         PAgar PAtah
         Tiang Pagar Patah
         Pasak Pagar Patah

vii.       PAyung PAtah
          Kaki payung patah

viii.        Besi-Besi ‘PA’ Lain

-     Mata Keris PAtah
         -     Puting Keris PAtah
         -     Kacip Sirih PAtah
         -     Gobek Sirih PAtah
         -     Meriam Katak PAtah
-     Mata Tenggala PAtah
         -     Berel Senapang PAtah

Besi-besi yang PATAH ALAMI ini amat sukar untuk diperolehi. Kadang kala seseorang itu terpaksa mengambil masa puluhan tahun untuk mengumpul kesemua besi PA tersebut. Besi-besi PA tersebut diadun dan ditempa mengikut kaedah dan rahsia tertentu agar memperoleh manfaat untuk PEMAKAIAN. Nilai senjata yang ditempa dan dihasilkan dari besi ‘PA’ ini amat tinggi nilai mistiknya.

Gabungan besi-besi PA ini dipercayai mempunyai kelebihan dan keampuhan mistik yang tersendiri. Keampuhan besi PA ini dikatakan akan bertambah ampuh sekiranya diperolehi daripada beberapa SYARAT yang SUKAR. Sebagai contoh;

Formula 7 x 7 yakni daripada 7 jenis PA, daripada 7 pemilik yang berasal dari 7 kawasan, 7 daerah, dan 7 negeri, yang ditempa secara 7 lipatan dalam masa 7 hari atau 7  Sabtu oleh 7 tukang besi.


Mengapakah mesti 7, 11  atau 13 PA ? Sesungguhnya ia amat bergantung kepada penempa dan pemilik. Adunan Pamor PA ini diadun mengikut cita rasa pemilik. Ia tidak semestinya 7 atau 11 PA. Terdapat juga senjata berpamorkan besi PA yang hanya diadun dengan besi-besi 5 PA namun khasiatnya tetap ampuh. Sebagaimana yang saya nyatakan tadi. SATTAYakin dan Percaya ! Walhal besi 3 PA pun sekiranya kita yakin bahawa IA ialah OBJEK PERANTARAAN ( Sudut pandangan mereka yang bukan beragama Islam sahaja )yang dicipta dengan kelebihan mempunyai dan membawa khasiat maka berkhasiatlah ia. ( dengan izin Tuhan / Pencipta / Buddha – mengikut ajaran dan pegangan masing-masing of course ! )
Mengikut petua orang tua-tua zaman dahulu kala, jenis besi yang ampuh untuk dijadikan SENJATA PEMAKAIAN seAFDALnya ditempa daripada besi ‘PA'. Hal ini diceritakan sedemikian kerana senjata menggunakan PA' mampu memberikan kelebihan / keampuahan mistik kepada sipemakai yakni,

·   perbomohan,
·    membangkitkan semangat kepahlawanan,
·    kelebihan kebal kulit dan kebal semerta,
·    melemahkan semangat musuh,
·    penghalimunan dan pelilau,
·    dijadikan medium untuk berhubung dengan alam ghaib
·    memagar kawasan rumah daripada niat jahat, 

Proses penempaan pamor besi PA ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng. Antara teknik yang perlu dikuasai oleh seseorang tukang ialah teknik lipatan. Besi yang dibakar akan ditempa ( diketuk ) menjadi satu kepingan yang panjang ( +- saiz pembaris ) dan kemudiannya dipotong kepada dua bahagian. 2 Potongan tersebut akan ditindih ( disusun bertingkat ) yang kemudiannya akan dibakar dan digandingkan @ ketuk semula sehingga kedua-dua lipatan itu sebati ( melekat dan menjadi satu keping. Proses mengetuk, memotong dan melipat ini akan dilakukan secara berterusan sehingga memperoleh jumlah lipatan besi yang berganda dan seterusnya menghasilkan permukaan besi yang berPAMOR yakni corak lapisan besi daripada proses pemotongan dan penitindihan secara berterusan dan berulang-ulang kali. Contoh kiraan lapisan pamor yang biasa ditempa adalah seperti berikut;

Lipatan 1 = 2 lapis lipatan besi
Lipatan 2 = 4 lapis lipatan besi
Lipatan 3 = 8 lapis lipatan besi
Lipatan 4 = 16 lapis lipatan besi
Lipatan 5 = 32 lapis lipatan besi




Gambar contoh di atas ialah badik campuran besi 3 PA yang tidak melibatkan lipatan besi. Badik 3 PA ini ditempa daripada 3 jenis besi PA yakni, Mata Keris Patah, Berel Senapang Patah dan Puting Tombak Purba Patah. Dapat dilihat dengan jelas pada hujung mata badik yang disambung / tampal dengan mata keris patah alami. Manakala pendokok pula dibuat daripada barel / muncung senapang asak yang pecah / retak.



Rahsia mistik Besi PA ini bukan sahaja dikuasai dan diamalkan oleh golongan masyarakat Melalyu lama malah rahsia gabungan Besi PA ini juga diguna pakai oleh warga-warga Siam.  Para Kaechik Achan dan Sami-sami Buddha juga mengguna pakai rahsia pembuatan / penempaan Besi PA ini dalam proses pembuatan Azimat yang ampuh - Phra Kreung atau Kreung Lang !
Kebanyakan Para Kaechik Achan menggunakan pelbagai Besi PA semasa mengadun Azimat. Antara Besi PA mengikut kaedah Bijak Pandai Besi Siam adalah seperti;
- Naiphan Taeg ( Mata Tenggala Pecah / Patah )
- Pern Taeg ( Pistol / Senapang Pecah )
- Rakang Taeg ( Loceng Purba Pecah )
- Bard Taeg ( Arm Bowl @ Besi Bard Pecah )

- Far Bard Taeg ( Tudung Bard Pecah )
- Takrut Khat / Taeg ( Tangkai lama yang pecah @ patah )
-  dan lain-lain
Menurut mendiang Phor Luang Keaw, keampuhan Besi PA bukan sahaja terletak pada adunan pelbagai PA malah ia juga bergantung kepada KEYAKINAN dan AMALAN yang   dipegang oleh pemakai Besi PA. 
"Gunolah Besi 108 PA sekalipun, kalu dok lekat patae ( tidak ikut pantang larang ), dok jadi gor satu jugok ( tak menjadi juga )"
Sayogia diingatkan bahawa Besi PA hanyalah OBJEK PERANTARAAN ( Sudut pandangan mereka yang bukan beragama Islam sahaja ) yang tidak membawa sebarang kuasa mistik sekiranya si pemakai gagal mengikut atau mengamalkan pantang larang ( Do's and Dont's ). Sebagai intiha;   
i)     Panca Sila
ii )  Patamokkha Sila
iii)  Indriyasamvara Sila
iv)  Ajivaparisuddhi Sila
v)   Paccayasanuissita Sila


Akhirukalam, Besi PA yang penuh kuasa mistik tadi tiada bezanya dengan besi gril, besi penutup longkang atau besi turus pagar rumah sekiranya kita gagal mengamalkan ( Do's and Dont's ) yang diletakkan, dipersetujui, dan yang dimenterai.



Composing ends on 10 September 2016.

***信不信由你***




Merely Sharing @ Perkongsian Semata !

 Sabbe Satta Sukhita Hontuk !
Wiesukhihotu16 !

Thursday, September 8, 2016

Kradat Yant Mae Nang Khuat of Wat Ariyakiri

Composing begins on 18 July 2016.

***信不信由你***

Sharing another rare collection of mine, Kradat Yant Mae Nang Khuat of Wat Ariyakiri, Pauh Lima. This Mae Nang Khuat Yant was made and inscribed on the WHITE GLOSSY PAPER ( Paper taken from the vintage calendar )




 WHITE VINTAGE GLOSSY PAPER CALENDAR






These Phra Chao Sip Hok Yants from Kradat Yant Mae Nang Khuat are the Trade Mark of the Yants from of Wat Ariyakiri, Pauh Lima. These 2 different types of Phra Chao Sip Hok are widely used by present Wat Ariyakiri Chao Awat - Than Noon.



Just for sharing purposes.......bear in mind that, the feature Than Lek Potrait Yant with Yant Phra Chao Sip Hok on the reverse side was inscribed wrongly. I dunno whether Than Noon aware of this mistake or not. Perhaps the person in-charge to produce this yant do not know or perhaps do not aware of the mistake made before sending it to the printer. If you observe closely, the second line of theKHOM  syllable was written wrongly, instead of   ( NOR GOR NAK GAK ) syllable was inscribed wrongly as ( NOR GOR NOR GAK ) syllable. As for me this yant should be deterred to be reprinted and distributed. I'm saying this because, i'm personally believe that the yant was incomplete and the power embedded within the yant was NULL  and  VOID !

 Composing begins on 8 August 2016.

***信不信由你***


Merely Sharing @ Perkongsian Semata !

 Sabbe Satta Sukhita Hontuk !
Wiesukhihotu16 !

Wiesukhihotu Din Daeng 16