PERHATIAN !
Blog dan isi kandungan blog ini hanya untuk layaran, perkongsian, dan bacaan pengunjung-pengunjung blog https://cucutokraja.blogspot.com yang beragama BUDDHA dan BUKAN beragama ISLAM sahaja.
Kandungannya mungkin akan menimbulkan KETIDAKSELESAAN kepada sesetengah golongan. Sila TINGGALKAN laman ini sekiranya anda bukanlah daripada golongan seperti yang dinyatakan di atas.
Keprihatian dan kerjasama anda semua amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
This blog and shared @ posted blogposts are strictly for NON-MUSLIM viewing purposes only. All articles / posts are strictly writer's personal view per se. Writer does not necessarily endorse the views or opinions given by any third party content provider.
TQVM
Monday, June 1, 2009
Keajaiban 2 - Senduduk Putih
Di bawah merupakan gambar-gambar contoh pokok Senduduk Putih kepunyaan saya....Wie Punyer !
Ianya diperolehi daripada alamat mimpi. Mimpi yang hanya didatangi suara yang menyuruh saya mengambilnya di persimpangan jalan yang menjadi lalu lalang penduduk kampung. (Kampung Padang Kunyit, Gerik, Perak ). Mengikut orang-orang tua yang tinggal di situ, katanya kawasan pinggir kampung itu memang keras dan berpenghuni yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata halus !
......memang keraspun, banyak batu !
Keajaiban yang sukar untuk dihuraikan dengan susunan kata-kata. Pelik tetapi benar ! Sesampai ke tempat yang sebagaimana diarahkan, pokok senduduk putih yang tingginya hampir paras dada saya itu sedang berbunga, mengeluarkan 7 kuntum bunga. Saya telah menggali pokok senduduk terbabit dengan hanya menggunakan parang / golok dan terus membawanya pulang. Pohon terbabit saya tanamnya di dalam pasu bunga yang besar dan diletakkan di perkarangan tempat letak kereta.
Keajaiban berlaku lagi....malamnya saya didatangi suara misteri yang memarahi saya kerana tidak mengambil ketulan batu-batu yang terdapat dibawah dan celah-celah akar senduduk putih terbabit. Keesokan pagi saya terus bergegas ke lokasi senduduk putih yang saya gali pada tengah hari semalam. Puas saya mencari kedudukan asal dan bekas korekkan yang saya buat, namun saya tidak berjaya mengesannya. Pelik ! Setelah beberapa kali mencuba. Saya masih gagal mengesan lokasi yang saya maksudkan.... returned home with empty handed !
Saya terus ke pasu bunga dan mengorek kembali senduduk yang saya tanam semalam dengan niat ingin mendapatkan batu yang dimaksudkan. memang rezeki saya...setelah menguraikan saki baki tanah-tanih yang membungkusi akar2nya, saya terjumpa sebiji permata putih yang berbentuk bujur semulajadi. Geliga sendudukkah ? Atau hanya kebetulan ?
Walau apapun, pokok asal senduduk putih tersebut telah mati kerana keriakkan saya ! Jangka hayatnya hanya bertahan selama 1 tahun setengah. Pokok yang saudara / saudara tonton di bawah ialah anak hasil biji semaian semulajadi yang tunas daripada pasu yang menempatkan pokok asal senduduk putih !
Local Name : Senduduk
Scientific Name : Melastoma malabathricum
Other Names : Keduduk, senggani, Straits Rhododendron
Family : Melastomataceae
Details :
Pokok renek ini biasa dijumpai dibelukar dan semak. Tinggi purata pokok senduduk ialah 1 m namun ia boleh mencapai ketinggian hingga 3 m. Batangnya berwarna kemerahan dan dilitupi oleh bulu-bulu halus. Sama seperti batang daun dan buahnya juga dilitupi bulu ini.bunganya cantik dan mempunyai 5 kelopak dengan stamen berwarna kuning ditengah-tengahnya. Bunga senduduk yang paling biasa dijumpai berwarna ungu gelap hingga ke merah jambu dan putih.
Jenis berwarna putih ialah jenis yang paling jarang dijumpai tumbuh liar. selalunya ia ditanam untuk tujuan perubatan.Bijinya berwarna hitam dan mempunyai sedikit rasa pahit dan manis dan ia boleh dimakan. Apabila dimakan ia boleh meninggalkan warna hitam pada mulut dan dari sinilah senduduk mendapat nama botaninya melastoma yang bermaksud mulut hitam dalam bahasa greek.Pucuknya boleh dijadikan ulam dengan dimakan mentah atau direbus. Ia mempunyai rasa yang agak masam kelat. Warna dari buahnya dijadikan pewarna kain disesetengah tempat sepeti di Thailand.Daunnya boleh dijadikan makanan untuk ulat sutera seperti daun kertau dan mulberi juga. Buahnya menjadi makanan kegemaran burung.
kegunaan:
Perubatan tradisional banyak menggunakan senduduk sebagai ramuan atau bahan asas untuk membuat Minyak Pengasih Senduduk Putih. Bunganya yang dipetik pada malam selasa adalah dipercayai dapat memberikan kesan yang kuat terhadap keberkesanan minyak pengasih.
Senduduk juga diamalkan untuk mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin. Daun senduduk bersama daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau purut dicampur bersama air panas dan dijadikan rempah untuk mandi teresat selepas bersalin, selalunya selama 3 pagi selepas melahirkan.
Daunnya yang tua dan gugur kebumi akan bertukar warna menjadi merah muda. daun ini ditumbuk dan air tapisannya diminum untuk menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin.Sesiapa yang pernah terkena bisa ulat bulu pasti tahu betapa sakitnya bisa itu. daun senduduk boleh juga di gunakan untuk merawat bisa ini dengan cara menumbuk daunnya yang matang dan gugur kebumi dalam keadaan telungkup dan ditampal pada bahagian yang terkena ulat bulu tadi. Selain daripada itu senduduk juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, berak berdarah dan buasir dengan cara meminum air rebusan daunnya. pes daunnya yang ditumbuk juga boleh menghilangkan parut akibat bertih / cacar air
Masa kecik-kecik dulu saya gunakan daun senduduk untuk menghentikan pedarahan pada luka kecil. Caranya daun senduduk dikunyah hingga lumat dan ditampalkan pada luka dan darahnya akan cepat berkenti. Memang diakui pucuk senduduk atau daunnya di kunyah dan dilekatkan pada luka untuk menghentikan pendarahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment