PERHATIAN !

Blog dan isi kandungan blog ini hanya untuk layaran, perkongsian, dan bacaan pengunjung-pengunjung blog https://cucutokraja.blogspot.com yang beragama BUDDHA dan BUKAN beragama ISLAM sahaja.

Kandungannya mungkin akan menimbulkan KETIDAKSELESAAN kepada sesetengah golongan. Sila TINGGALKAN laman ini sekiranya anda bukanlah daripada golongan seperti yang dinyatakan di atas.

Keprihatian dan kerjasama anda semua amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

This blog and shared @ posted blogposts are strictly for NON-MUSLIM viewing purposes only. All articles / posts are strictly writer's personal view per se. Writer does not necessarily endorse the views or opinions given by any third party content provider.

TQVM


Saturday, June 27, 2009

Hakikat Yang Hakiki

Apabila kita bercakap tentang kemujaraban, keampuhan dan keajaiban sesuatu TANGKAI atau AZIMAT yang dihasilkan oleh para sami siam dan mahaguru atau bomoh( Amulets ). Kita sering cenderung untuk mencari dan mendengar cerita-cerita pelik, ajaib dan sukar diterima oleh akal fikiran untuk dinilai dan diangkat sebagai satu petanda bahawa sesuatu azimat atau tangkal itu benar-benar hebat, mujarab, dan ajaib ! 

Tangkal atau azimat yang dihasilkan oleh seorang mahaguru yang hebat tetapi tidak ada sebarang berita yang digembar-gemburkan sering dianggap kurang hebat atau tidak mujarab. Kita sanggup membelanjakan ratusan malahan ribuan ringgit untuk MEMBELI atau MEMILIKI tangkal atau azimat terbabit tanpa berfikir panjang ! Pada tanggapan kita, cerita-cerita yang dibawa bersama-sama tangkal terbabit adalah benar dan merupakan satu petanda atau bukti kehebatan sami atau mahaguru terbabit. 

Beberapa keratan akhbar yang dipotong dan disunting lalu dimuatkan ke dalam majalah himpunam azimat serta tangkal menyemarakkan lagi proses PENJUALAN dan secara langsung atau tidak membantu MELARISKAN penjualan azimat serta tangkal terbabit. Sebenarnya kita alpa bahawa sesetengah daripada wacana @ artikel yang disunting dan dimuatkan itu hanyalah gimik semata-mata. Sesetengah daripada kita jahil dan tandus..... terlalu mudah untuk mempercayai berita-berita serta cerita-cerita yang kononnya memaparkan kehebatan azimat/tangkal mahupun seseorang sami terbabit. Kita sering lupa bahawa, sesungguh dan sebenarnya keratan-keratan suntingan akhbar terbabit merupakan keratan atau suntingan daripada beberapa majalah PICISAN tentang azimat/tangkal/sami atau wat siam yang membanjiri pasaran negara jiran kita. 

Kandungan yang terpesong serta menggembar-gemburkan sesuatu cerita sebeginilah yang menyebabkab ianya dipandang enteng oleh pengumpul-pengumpul sejati azimat dan tangkal. Malah adalah tidak keterlaluan jika dinyatakan bahawa di negara jiran..... akhbar-akhbar serta majalah sebegitu sudah wujud sejak berabad yang lalu dan memang tidak mendapat tempat dalam kalangan pengumpul-pengumpul azimat yang sejati ! "Tin Kosong Biasanya Kuat Berbunyi ", " Kokok Berderai-derai Ekor Bergelumang Dengan Tahi " dan " Diam Ubi Berisi " merupakan peribahasa yang tepat untuk menggambarkan situasi di atas. Sebagai salah seorang pengumpul azimat / tangkal siam yang masih baru dan setahun jagung dalam dunia azimat siam ini ( Thai Amulets World ).

Ingatan saya pada pengumpul, peminat, dan pencinta azimat yang baru ingin berjinak-jinak dengan dunia azimat serta tangkal siam. Elakkan daripada terpengaruh dengan cerita-cerita dongeng, tidak masuk akal dan bombastik apabila mengumpul azimat. Beberapa perkara yang harus diambil berat semasa proses pengumpulan azimat adalah : 1. Ketahuilah siapa penciptanya / pembuatnya ? 2. Siapakah sami / mahaguru terbabit ? 3. Apakah objektif penghasilan azimat / tangkal terbabit ? Pastikan ianya bukan dihasilkan oleh orang luar yang menggunakan nama sami terbabit. Seelok-eloknya mestilah azimat yang dihasilkan dan dikeluarkan oleh wat. ***** teruskan bersama saya untuk ulasan yang lebih mendalam berserta contoh2 keratan akhbar dan cerita2 yang digembar-genburkan demi tujuan mengaut keuntungan dan cerita2 disebalik kejahilan yang memakan diri sendiri.

1 comment:

  1. memang betul kata kawan tentang apa yang berlaku dalam dunia thai amulets dan pendant pada masa kini. Saya merupakan seorang pengemar pengumpul barang barang tersebut sejak 10 tahun lalu sudah
    kurang minat disebabkan banyak barang tiruan dan propaganda di pasasaran sekarang .

    ReplyDelete