PERHATIAN !

Blog dan isi kandungan blog ini hanya untuk layaran, perkongsian, dan bacaan pengunjung-pengunjung blog http://cucutokraja.blogspot.com yang beragama BUDDHA dan BUKAN beragama Islam sahaja.

Kandungannya mungkin akan menimbulkan KETIDAKSELESAAN kepada sesetengah golongan. Sila tinggalkan laman ini sekiranya anda bukanlah daripada golongan seperti yang dinyatakan di atas.

Sebagai makluman MEREKA yang
berkenaan juga, saya hanya berblogging kerana menyongsong arus pascamerdekaan.

Keprihatian dan kerjasama anda amaat saya hargai.

Sekian, Terima Kasih.


Food 4 Thought !

Food 4 Thought !

Wednesday, October 20, 2010

POWER oh POWER !

Sebut sahaja POWER, ramai dalam kalangan kita yang akan tertanya-tanya. BARANG ( barangan mistik keagamaan ) siapa yang lebih power. BARANG achan inikah ? BARANG sifu itukah ? BARANG sami tersebutkah ? BARANG bomoh tua itukah ?

Demi memperoleh BARANG yang power kita sanggup membelanjakan ribuan ringgit dan bergolok bergadai. Kita sanggup terbang ke sana ke mari merentasi lautan dan bukit untuk merealisasikan impian kita untuk memiliki barang yang power. Natijahnya, oleh sebab BARANG yang power kita kehilangan RM dengan sekelip mata, penjualnya pula untung tanpa mengerdipkan mata !

BARANG yang power hanya ada satu iaitu ANDA, anda yang bakal menentukan sama ada BARANG anda power atau tidak. Pakailah barang Tok Raja sekalipun, kalau anda dan diri anda tidak YAKIN dan BERTAKWA serta TAWAKAL pada Buddha, Dhamma, Sangha. Barang power anda itu hanyalah seumpama seketul batu / segumpal tanah / serpihan pokok yang tidak bermakna apa-apa pun.

Saya pernah diceritakan tentang TANGKAL SUPER POWER oleh mendiang datuk saya - sebelah ayah. Pada zaman Darurat dan keganasan komunis bermaharajalela,terdapat sekumpulan 6 orang anak-anak Cina Siam Kelantan menyertai pasukan askar / tentera. Sudah menjadi lumrah dan adat sebelum menuju ke medan perang, ibu dan ayah kepada anak-anak Cina Siam Kelantan ini akan ke ketik - wat siam untuk mendapatkan tangkal dan azimat.

Terdapat seorang pemuda Cina kacukan Siam dari Kampung Cepa / Chepa yang yatim kerana kehilangan ayah sejak kecil lagi. Pemuda terbabit pulang ke rumah dan meminta ibunya ke wat untuk mendapatkan tangkal azimat sebelum berangkat ke Kem di Gua Musang. Pemuda itu memaklumkan ibunya bahawa kawan-kawannya sudah memperoleh tangkal daripada sami  Ibunya tersengih  kembali ke bilik dan kembali sambil memberikan satu bungkusan putih yang lusuh kepada anaknya itu.

Apabila ditanya, ibunya menjelaskan bahawa dia tidak ada apa-apa azimat atau tangkal yang keramat. Hanya sehelai kain putih peninggalan ayahnya dahulu yang tidak sekeramat tangkal sami. Anaknya terus menerima bungkusan kecil kain tersebut dengan bangga, menciumnya dan memasukkannya ke dalam poket baju JUNGLE GREENnya itu. 

Semasa berada di Merapoh, Gua Musang. Ditakdirkan mereka telah terserempak dengan segerombolan komunis dan berlakulah kejadian tembak-menembak yang sengit. Ramai ahli komunis yang terbunuh dan ramai juga pasukan askar yang terkorban dan cedera, termasuklah ke lima-lima pemuda yang memiliki tangkal serta azimat keramat turut cedera.

Kelima-lima anak-anak muda terbabit berasa hairan kerana rakannya selamat drp kejadian tembak-menembak terbabit dan bertanyakan pemuda terbabit. Tangkal apakah yang dipakainya dan siapakah sami yang keramat itu. Pemuda itu berasa bangga kerana AZIMAT BIASA yang diberikan oleh ibunya itu AMAT LUAR BIASA. Diapun mengeluarkan bungkusan putih lusuh itu dan membukanya ........

Pemuda terbabit berasa terkejut dan malu kerana AZIMAT LUAR BIASA yang dipakainya selama ini hanyalah cebisan KAIN BENGKUNG IKAT PERUT  ibunya selepas bersalin dan masih mempunyai kesan darah kering. Pemuda terbabit menyumpah dan memarahi ibunya kerana menipunya, terus mencampakkan kain bengkung terbabit dan berlalu dengan perasaan hampa dan kecewa kerana terlalu malu oleh tindakan ibunya itu.


Contoh bengkung moden berdasarkan bentuk dan design bengkung tradisional

Contoh bengkung moden

Selang beberapa lama, setelah selesai operasi dan semasa dalam perjalanan pulang ke kem mereka, sekali lagi mereka telah diserang hendap oleh pengganas komunis dan pemuda terbabit telah terbunuh dalam kejadian tersebut. Salah seorang daripada lima pemuda yang juga rakan kepada pemuda terbabit terbunuh dan empat terselamat daripada serangan hendap terbabit. Sekembalinya daripada Gua Musang, salah seorang daripada keempat-empat pemuda yang terselamat tersebut telah berhenti daripada  menjadi askar dan berguru kepada datuk saya. Beliau telah menceritakan semula kejadian tersebut kepada mendiang datuk saya untuk iktibar dan teladan kepada semua.

YAKIN ! Itulah kata kunci kepada cerita teladan di atas. Walau dengan hanya BENGKUNG IKAT PERUT ibu yang melahirkan pemuda tersebut tetapi kerana yakin dan percaya pada ibunya bengkung tersebut  mampu menyelamatkan nyawa anaknya.  

ANALOGINYA...................................

YAKIN ! Kita pula mengejar sami-sami untuk mendapatkan CHIVORN dan TALI IKAT PINGGANG CHIVORN para sami kerana kita percaya bahawa kain terbabit mampu membantu dan menyelamatkan kita !

YAKIN ! Kita pula mengejar mayat-mayat reput yang mati dengan kejam ( dibunuh, kecelakaan jalan raya, gantung diri ) untuk mendapatkan kain-kain serta tali ikatan  kafan ( kain balut mayat ) untuk dibuat tangkal dan azimat bagi tujuan POWER yang tiada had.

YAKIN ! Kita juga cenderung mendapatkan GUNI SERKUP serta TALI GANTUNG yang digunakan dalam proses hukuman gantung di penjara-penjara atau kes-kes bunuh diri kerana kita yakin bahawa tali serta serkup kepala terbabit boleh memmurahkan rezeki serta menjaga keselamatan kita.

AKIBAT DARIPADA TERLALU YAKIN ! Kita sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mendapatkan barangan yang dianggap power tersebut. Sanggup bergolok bergadai kerana mempercayai insan2 yang memakai kain kuning ( sami ) atau kain putih ( achan / bomoh ). Kita sanjung dan puja kain-kain dan tali-tali KOTOR yang diperolehi dengan harapan menggunung agar hidup kita berubah, nasib bertukar, dinaikkan pangkat, anak-anak serta isteri mendengar kata dan menghormati kita, rakan sekerja menyukai kita, orang mendengar cakap kita  dan yang paling penting PULUS ( RM / duit ) datang bergolek-golek ke arah kita.

Kita lupa bahawa, setelah barang2 power itu bertukar tangan daripada achan kepada kita, nasib kita memang berubah...............

duit semakin kurang                 ==>       achan semakin kaya
pangkat dinaikkan                     ==>       musuh dalam selimut ramai
anak2 serta isteri takut             ==>       keluarga porak peranda
rakan sekerja menyukai kita    ==>       belakang mengutuk mengeji
orang mendengar cakap          ==>       kita semakin angkuh lupa diri
orang mengikut telunjuk         ==>       kita semakin panas baran
duit datang bergolek               ==>       perginya melayang
hidup rasa puas                        ==>       hati tak tenang
sedap mata memandang          ==>       pahit untuk ditelan
hidup dalam istana impian      ==>       hutang keliling pinggang
sami / achan pulang ke Thai   ==>       tinggalkan hantu dan syaitan
sami / achan bina istana          ==>       kita hidup merana
roh barang kotor merayau      ==>       kita meracau-racau
roh minta balasan                    ==>       kita tercengang-cengang
hidup MEMANG berubah  ==>   APABILA ROH KOTOR BERKUASA  !
bila roh jahat berkuasa     ==> HANCUR HIDUP KITA !

POWER ! Yakin dan percaya pada Buddha, Dhamma, Sangha dan mendapat restu kedua-dua ibu bapa dalam apa-apa juga perkara yang kita lakukan adalah pencetus kepada kuasa MAGIS YANG SUPER POWER !

Zaman dahulu kala, orang menghormati ibu bapa, ibu bapa dianggap mulia dan suci malah dalam masyarakat Cina, taraf ibu bapa dianggap semulia Tuhan / Buddha. Bagi mendapatkan barangan mistik yang power, tidak perlu bergantung kepada kain kafan, tali gantung atau chivorn sami cukuplah apa yang ada pada kedua-dua orang tua yang melahir dan membesarkan kita.

天大,
地大.
父母最大.


Oleh sebab itulah, pemuda-pemuda pada zaman dahulu menghormati dan meyanjung kedua ibu bapa mereka. Bagi memperoleh BARANG yang POWER mereka mengambil SEMUTAR dan KAIN LEPAS ( Pakaian  bagi majoriti lelaki Kelantan sehingga 100 tahun lepas. Kain pelekat lepas, semutar - sejenis lilitan kain di kepala ) yang dipakai oleh datuk dan ayah  untuk dijadikan azimat serta tangkal. Dewasa ini, kebanyakan golongan muda mengejar KAIN ELA  buatan kilang yang DICETAK  / COP dengan azimat tertentu dan yang dijual dengan harga yang tinggi melambung tapi powernya umpama, 'Kokok Berderai-Berai, Ekor Bergelumang Tahi' - Cakap sahaja, hasilnya tiada !

Tidak keterlaluan jika dikatakan, ramai antara kita - golongan muda terutamanya sudah tidak kenal apa itu SEMUTAR , KAIN LEPAS dan BENGKUNG  !


Contoh gambar kaum lelaki Kelantan bersemutar di kepala.

Akhirulkalam, ingatlah ibu bapa mengajar dan mendidik kita, mohonlah POWER daripada kedua ibu bapa kita. POWER kedua ibu bapa kita melebihi power BUDDHA, DHAMMA dan SANGHA. Memiliki POWER, Buddha, Dhamma, dan Sangha tanpa diiringi  POWER Ibu Bapa umpama pokok tidak berbunga.

Ingat ibu bapa, ingat sejarah. Ingat sejarah, maka ingatlah kita bahawa sejarah mengajar kita erti kehidupan, sejarah mencorakkan masa depan kita dan sejarah jugalah yang mendewasakan kita - Tanpa sejarah, kita tidak akan kenal siapa itu TOK RAJA BATU 3,  REPEK - KHRON RATCHANAREN. Tanpa sejarah, tiada ibu bapa !


sadhu ! sadhu !
sabbe satta sukhita hontuk !

wiesukhihotu10 !

2 comments:

  1. bro wie...im speechless to read this article..
    one word : power..
    i shared the same sentiment about this article
    and i can guess not all people can have that way of thinking..i think u are already spiritual awaken and wise enough to came out with this article..
    keep it up..
    i want to read more..

    cheers mate

    ReplyDelete
  2. Very wise bro...

    You have achieved a superior and enlihtened set of thinking compared to your peers.

    Keep it up!

    ReplyDelete

Disclaimer

Bear in mind .......

The information and photos provided via this blog are for general information and sharing purposes. I make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the information, documentation or guidance.

I will make no liable for any loss or damage (s), indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of the information, documentation or guidance provided.

Bear in mind that......Any reliance made on such information is therefore strictly at readers risk.I held no responsible for any contents linked or referred to from this page(s). Furthermore, I'm not liable for any postings or messages published by users of discussion boards, guest books or mailing lists provided on this page(s). All contents is subject to the copy right and intellectual property of the author. All internet users may access or use content individually or internally without restriction. But content may not be resold, reprint, republish neither in whole nor in part, without any written permission from the author. By using or downloading content you are accepting these terms and conditions.