PERHATIAN !

Blog dan isi kandungan blog ini hanya untuk layaran, perkongsian, dan bacaan pengunjung-pengunjung blog https://cucutokraja.blogspot.com yang beragama BUDDHA dan BUKAN beragama ISLAM sahaja.

Kandungannya mungkin akan menimbulkan KETIDAKSELESAAN kepada sesetengah golongan. Sila TINGGALKAN laman ini sekiranya anda bukanlah daripada golongan seperti yang dinyatakan di atas.

Keprihatian dan kerjasama anda semua amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

This blog and shared @ posted blogposts are strictly for NON-MUSLIM viewing purposes only. All articles / posts are strictly writer's personal view per se. Writer does not necessarily endorse the views or opinions given by any third party content provider.

TQVM


Sunday, July 1, 2012

POWER   OH   POWER   II


Intipati perbincangan tentang POWER  ( KUASA MAGIS / MISTIK ) pada kali ini berkisar kepada kepercayaan yang ditanam dalam diri kita tentang ilmu dan kuasa yang dimiliki oleh GURU ( sami / achan /sifu / pawang / bomoh / pengamal paranormal ) dan mereka-mereka yang seangkatan dengannya.

POWER – Pelbagai lapisan masyarakat sama ada dari golongan adiwangsa mahupun marhaen dari seantero dunia dewasa ini tidak dapat lari daripada polemik serta mauduk yang membahas tentang POWER, SUPER POWER dan SUPER DUPER POWER yang dimiliki oleh seseorang GURU. Marcapada ini, para GURU ini menggunakan pelbagai uslub untuk MENGIKLANKAN DIRI mereka dalam majalah picisan dan mengaku bahawa mereka memiliki kuasa magis istimewa yang tidak diperolehi /dimiliki oleh pengamal GURU lain. Mereka mengakui dan menggelarkan diri mereka sebagai GURU yang MEMILIKI / DIANUGERAHI kuasa SUPER DUPER POWER ! Guru sebegini didatangkan khas daripada negara luar. Pengikut-pengikut fanatiknya pula secara tidak disedari turut berkongkalikung dan bersubahat untuk menjayakan visi serta misi GURU terbabit untuk diiktiraf sebagai GURU SUPER DUPER POWER !

Mauduk utama yang saya ingin kongsikan di sini ialah sesungguhnya ilmu yang dimiliki oleh para GURU yang menggembar-gemburkan diri sebagai GURU SUPER DUPER POWER itu sebenarnya tidak ke mana ilmunya. KEHEBATAN mereka hanyalah indah khabar dari rupa hanya demi mendapatkan populariti dan mengaut keuntungan daripada mereka ( pengikut fanatik ) yang daif dengan makna sebenar POWER !

Pada pandangan peribadi saya yang juga masih daif dalam topik sebegini, POWER  atau KUASA MAGIS / MISTIK semua itu hanyalah PLACEBO effect semata-mata ! Yakni, kokok berderai-derai tetapi ekornya masih bergelumang dengan tahi ---- maksudnya, kehebatan para GURU seperti yang diiklankan dalam majalah dan akhbar picisan adalah omongan kosong semata-mata. Iklan yang dipaparkan adalah salah satu strategi untuk mengaut keuntungan dan menggalakkan para pengikut MELABUR / MEMBELI barangan mistik serta SERVIS yang disediakan.

Izharnya, kehebatan para  GURU ( sami / achan /sifu / pawang / bomoh / pengamal paranormal ) pada dasarnya diukur pada elemen-elemen seperti berikut:

(i)     Kostum / kain yang membaluti tubuh para  guru berkenaan. Sesiapa sahaja yang mengenakan jubah kuning, jubah hitam ataupun kostum khas serba putih, jubah bercorak belulang ( kulit ) harimau, ataupun  mengenakan kain basahan drp negara Thai.

(ii)            Memiliki serta menggunakan perantaraan seperti barang serta objek mistik / pelik / tidak pernah dilihat. Memiliki serta menggunakan perantaraan seperti  tengkorak , tulang, kulit ( manusia dan binatang ). Termasuklah menghasilkan barang-barang mistik seperti Namman Prai ( minyak mati dibunuh ),  Lookrok ( toyol @ anak kerak ), Takrut ( tangkal ), Sampoo YING @ BARANG ( amulets yang dihasilkan daripada bahan2 yang diambil daripada mayat )  dll

(iii)       Kejayaan menganjurkan satu majlis ritual magis yang dihadiri oleh ratusan dan ribuan pengikut fanatik, termasuklah mengadakan ritual KEBAL (Kongkraphan Catri - invulnerability -  ditikam dan ditembak tak lut / cedera) dengan mengadakan demostrasi secara langsung dengan mennguris,  menikam dan menetak dengan tanpa meninggalkan kesan luka atau calar pada anggota badan )
 
(iv)          Mengadakan ritual-ritual tertentu ( wai kroo, plugsaeg, putapisek, withi ) yang didakwa RARE dan tidak diamalkan oleh para GURU  yang lain terutamanya di kawasan keramat, gua, kubur lama dengan merendamkan diri dalam minyak yang mendidih, mandi minyak panas dan juga memakan kaca serta menelan bara api.

(v)      Mengadakan ritual-ritual khas seperti Khrop Sian, Sak Yant dan lain-lain ritual  yang berjaya MEMANGGIL roh-roh serta semangat-semangat keramat untuk MENURUN atau memasuki jasad seseorang pengikut fanatik ( hanuman, semangat serta roh-roh haiwan, roh-roh yang dianggap keramat ) yang akhirnya melompat-lompat, terpekik-pekik  dan terjerit melolong tanpa sebarang tujuan atau hala tuju.

Sementelahan dengan itu, demi merealisasikan impian untuk mengaut keuntungan dan membantu pemilik premis barangan mistik menangguk di air keroh dan menjana kemewahan. GURU terbabit dibawa keluar daripada kepompong dirinya yang sebenar. Daripada ceruk pedalaman di negara asal mereka, guru ini DIBAWA keluar, DIUNDANG dan DIDATANGKAN khas dengan sambutan karpet merah ke negara kita. GURU terbabit diangkat, disanjung, dan disembah sebagai GURU MAHA AGUNG. Kononnya guru terbabit ialah salah seorang guru yang maha hebat takkala berada di negara asalnya.

Posters dan flyer  tentang guru terbabit diedarkan. Wajah serta cerita-cerita kehebatan guru terbabit diwara-warakan dalam akhbar-akhbar picisan termasuklah penggunaan kemudahan Jalur Lebar dan internet untuk MENGIKLANKAN kehadiran guru terbabit. Kita pun berduyung-duyunglah MEMBANJIRI kedai-kedai menjual barangan mistik yang menjadi  orang perantaraan yang bertanggungjawab untuk membawa masuk guru terbabit ke negara kita kononnya untuk   berjumpa dan mendapatkan khidmat mistik dengan GURU terbabit.

Sudah terang lagi bersuluh, itulah senario yang melanda negara kita pada hari ini. Kita semakin lalai, alpa dan samar tentang arus perubahan yang melanda dunia barangan mistik yang rata-ratanya dikaitkan dengan agama Buddha. Walaupun ia jelas dan nyata bertentangan dengan ajaran Buddha yang sebenar-benarnya.  Kita terpukau dan dikaburi  dek  ilmu magis guru terbabit. Kita gagal menilai dengan kepala hati kita yang waras, kita lebih cenderung untuk menerima bulat-bulat setiap ritual yang diadakan sebagai tanda kehebatan guru terbabit.

Harapkan cerah hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah peribahasa yang dapat menggambarkan keadaan selepas berjumpa dan memperolehi barangan mistik yang dibekalkan oleh guru terbabit. Kesannya hanya umpama indah khabar dari rupa ataupun guruh berdentum tetapi hujan tak menjadi. Barangan mistik serta khidmat mistik yang ditawarkan akhirnya mengecewakan kita apabila ianya TIDAK MENJADI sebagai mana yang kita hajati / impikan ………

KEBAL = Luka hanya tertusuk dek duri ikan
TIDAK LUT SENJATA= Luka hanya tertusuk dek jarum peniti
PENDINDING  = Kedai / Rumah masih lagi dikopak dinding / siling
PENUNDUK  = Masih lagi menerima dan mengikut arahan majikan sambil menangguk
PENGGERUN = Kita yang masih gerun, bukannya orang yang gerun.
PELARIS  =  Masih bertimbun barangan yang tidak laris
PEMANIS  =  Ramai yang masih menjauhkan diri
PEMIKAT  = Masih lagi tiada yang berminat
PERINGAN JODOH =  Masih lagi membujang 
PERUKUN  RUMAHTANGGA  =  Keluarga masih lagi porak peranda
PENGASIH  =  Rakan sekerja /teman masih menyisih
PENGUBAH NASIB = Masih lagi mengeluh kerana masih ramai yang senasib

GURU datang silih berganti, kita juga turut sekaki. Dari seorang guru berjubah kuning, ke jubah putih. Daripada juban putih ke jubah belang harimau. Dari jubah berbelang ke jubah serba hitam. Namun, nasib kita tetap tidak berubah. Dari mandi bunga hinggalah ke menusuk badan dengan pelbagai corak tatu.Namun, nasib masih kita masih kaku membatu. Di mana silapnya semua itu ? Adakah sebab Guru ? Tatu ? Hantu ? Temanku? Pasanganku ?  Musuhku ? Pesaing businessku ? Ibu bapaku ? Nasibku ? Takdirku ? atau memang aku dah tertipu ????

Sebagai akibat ketaksuban kita, ratusan dan ribuan ringgit melayang keluar dari negara kita ke negra guru terbabit. Kita mengumpul resit hutang yang penjang lebar, guru dan pemilik kedai barangan mistik tersenyum lebar. Barangan mistik yang DITINGGALKAN  ( Minyak dan Tangkal Mati Dibunuh, MInyak dan Tangkal Musang, Minyak  dan Tangkal itu dan ini, ini dan itu, itu dan ini, itu itu dan ini ini ………entah apa-apa entah itu  ! ) akhirnya kita juga yang menggigit jari, ditinggalkan dengan pelbagai masalah baru yang tidak diingini !

PLACEBO effect semata-mata ! Yakni, kokok berderai-derai tetapi ekornya masih bergelumang dengan tahi.

Tuntasnya, cuba kita renung-renungkan kembali, adakah GURU ( sami / achan /sifu / pawang / bomoh / pengamal paranormal ) pada  zaman silam yang TERSOHOR / POPULAR juga memiliki karektor dan kriteria yang sama ? Mengambil beberapa SAMI AGUNG dari Malaysia dan Thailand sebagai contoh; Somdej Toh, Khron Ratchanaren @ Tok Raja, LP Doem,  LP Sod Wat Paknam, Achan Mun, Achan Chah, LP Waeng yang diangkat tinggi kerana dianggap telah mencapai  taraf wali-wali agung di sisi Buddha. Ikhtisar  serta persoalan pokok  ingin diutarakan ialah;

i)         Adakah para guru sebagaimana yang dicanangkan dia atas pada zaman keagungan mereka pernah dijemput untuk melariskan jualan barangan mistik di kedai-kedai menjual barangan mistik ?

ii)               Adakah mereka juga mengamalkan ritual-ritual serta amalan yang sama  seperti di atas ?

iii)           Adakah  para guru terbabit menghasilkan barangan mistik yang dikenakan harga yang melambung tinggi ?

iv)         Adakah para guru agung sebagaimana dicadangkan di atas menggembar-gemburkan dan mewara-warakan kehebatan serta keampuhan ilmu yang mereka miliki ?

Akhirulkalam, konklusi ringkas yang dapat saya simpulkan di sini ialah pada zaman dahulu KEMASYHURAN  seseorang  GURU ( sami / achan /sifu / pawang / bomoh / pengamal paranormal ) itu dilihat pada kontribusi dan sumbangan yang tidak berbelah bagi terhadap Buddha, Dhamma dan Sangha .  KEAGUNGANnya diukur pada jasa yang beliau sumbangkan sebagai ketua kepada masyarkat setempat yang dinaunginya. KEHEBATANnya pula dinilai pada kealiman serta alaman yang dipratikkannya. KETOKOHANnya disanjung tinggi berdasarkan kepada nilai serta suri teladan – rol model yang ditonjolkan. KEAMPUHAN ilmu yang dimilikinya pula didasarkan kepada tahap  kemampuan beliau untuk  membantu meringankan beban dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh golongan marhaen yang dinaungi dan dipimpininya. KEDAULATANnya pula dihisab dari sudut penghormatan serta sanjungan yang diterima daripada pengikut-pengikut yang dipayunginya !
Tepuk dada tanya selera, GURU SUPER DUPER POWER bagaimanakah yang anda impikan ?
 
SEPULUH JARI DISUSUN dan AMPUN MAAF DIMOHON, tidak terlintas di hati saya untuk mengecam dan memperleceh ilmu serta kebolehan sesetengah guru. Saya akui sememangnya terdapat RAMAI guru  yang didatangkan dari negara jiran kita yang sememangnya hebat dan POWER serta banyak membantu mereka-mereka yang menghadapi masalah ( pelbagai ! ). Reusi Amnaj, Reusi Sompit, Achan Marn, Achan Aik, Achan Thong ( hanya menamakan beberapa orang GURU REUSI dan GURU BAJU PUTIH sebagai contoh, maaf sekiranya guru-guru pujaan anda yang power tidak disenaraipendekkan ! ). Sememangnya mereka ini merupakan GURU-GURU yang mempunyai POWER yang tidak boleh dipertikaikan, termasuklah ritual-ritual yang diamal dan lakukan !

Ruang lingkup perbincangan saya berkaitan POWER adalah khas untuk GURU-GURU YANG TIDAK BERTAULIAH, tetapi begitu berani mempromosikan serta mengakui bahawa mereka adalah antara guru yang maha hebat.  Ada juga antara guru-guru terbabit yang sememangnya telah DIKECAM dan DIHALAU keluar dari negera asal mereka kerana tembelang mereka sudah pecah tembelang ! Di negara asal mereka, mereka ini hanya umpama insan gelandangan yang merempat yang tidakmempunyai tempat dalam kalangan penduduk setempat. 

Di negara asal mereka juga, mereka tidak mendapat tempat dalam kalangan penduduk setempat. Rasionalnya...... baru setahun jagung sudah mula menunjukkan taring ! Yakni, baru beberapa tahun berguru / wai kroo dan baru belajar bertatih serta menghafal ABC.... mereka ini sudah mula berdiri tegak dan mengakui diri hebat dan mampu membuat, melakukan itu dan ini, ini dan itu, begitu dan begini ..... entah apa apa entah ! Sementelahan apabila mereka TOUCH DOWN dan menjejakkan kaki di tanah tumpah darah kita, mereka ini disanjung dan dipuja bagai raja, walaupun pada hakikatnya mereka ini hanyalah RAJA KAPUR ! ( Raja Temberang dan Penipu ! ). Mereka-mereka ini mula menebarkan sayapnya membuka empayar baru dunia mistik untuk menangguk di air keruh bagi mengaut keuntungan ! 

…………………….. with that I rest my case !

 Merely sharing of thought !

Sabbe satta sukhita hontu !
Sadhu ! Sadhu !

Wiesukhihotu 12 !

No comments:

Post a Comment