PERHATIAN !

Blog dan isi kandungan blog ini hanya untuk layaran, perkongsian, dan bacaan pengunjung-pengunjung blog https://cucutokraja.blogspot.com yang beragama BUDDHA dan BUKAN beragama ISLAM sahaja.

Kandungannya mungkin akan menimbulkan KETIDAKSELESAAN kepada sesetengah golongan. Sila TINGGALKAN laman ini sekiranya anda bukanlah daripada golongan seperti yang dinyatakan di atas.

Keprihatian dan kerjasama anda semua amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

This blog and shared @ posted blogposts are strictly for NON-MUSLIM viewing purposes only. All articles / posts are strictly writer's personal view per se. Writer does not necessarily endorse the views or opinions given by any third party content provider.

TQVM


Tuesday, November 10, 2009

Tok Raja - The Real Meaning from the Expert Views !

Below article was extracted from the essay entitled "Jampi Siam Lawan Jampi Melayu". The essay was written by Dr. Muhammed Yusoff Ismail, the expert in Buddhisme.


The main purpose of this posting is none other than to share the idea of the real meaning of "TOK RAJA" phrase as stated in my previous post. Just read and browse thru the extract and get the whole idea on TOK Raja phrase thru the eyes of the expert.


"..............Sebenarnya bidang agama Buddha dan masyarakat minoriti Siam menjadi minat saya semenjak tahun 1977 (MA dan PhD saya masing-masingnya dari Monash University dan Australian National University adalah berkenaan dengan orang Siam di Kelantan dan agama Buddha; tesis kedoktoran saya diasaskan kepada kerja lapangan selama dua tahun tinggal bersama dengan bikkhu Siam di biara di Kelantan).


Saya juga telah menulis beberapa makalah dan sebuah buku berkenaan dengan organisasi sosial agama Buddha di Kelantan, juga tentang ilmu perbomohan Siam dalam konteks penerimaan orang Melayu. Artikel tersebut bertajuk Pengaruh Siam dan Buddha terhadap sistem kepercayaan tradisional orang Melayu Kelantan. (Akademika 49 (Julai) 1996: 23-37).

Dalam semua penulisan yang diterbitkan oleh saya telah menggunakan istilah bikkhu untuk menggantikan `sami’ kerana istilah bikkhu adalah lebih tepat. Dari segi etimologinya istilah tersebut berasal daripada perkataan Pali bhikkhati bermakna `pemberian’ atau `sedekah’ kerana gaya hidup golongan bikkhu ialah menerima `sedekah’ daripada orang awam; tidak berumah tangga annagaram Ñ bahkan mereka tidak boleh berkahwin, kalau berkahwin mesti bercerai dahulu sebelum boleh ditahbiskan menjadi bikkhu. Istilah bikkhu juga digunakan dengan meluas di Indonesia kerana ada penduduk pribumi Indonesia, terutama di bahagian tertentu Pulau Jawa menganut agama Buddha.

Istilah `sami’ yang digunakan oleh DBP sebenarnya kurang tepat. Sami adalah terjemahan daripada istilah Hindu yang bermakna priest (yang boleh berkahwin dan yang mempunyai cara hidup yang jauh berbeza daripada gaya hidup seorang bikkhu). Bikkhu diterjemahkan kepada monk dalam bahasa Inggeris dan ini selari dengan gaya hidup mereka yang celibate iaitu tidak berkahwin dan tinggal dalam kawasan yang berjauhan dengan penduduk awam.

Istilah `kuil’ juga ada sedikit kesilapan dalam penggunaan umumnya, kerana istilah ini lebih merujuk kepada temple, sedangkan tempat tinggal bikkhu dipanggil vihara dalam bahasa Pali. Dalam bahasa Indonesia `biara’ digunakan. Saya menggunakan istilah `biara’ dalam penulisan saya supaya dapat dibezakan daripada `kuil’. Biasanya di kuil tidak ada agamawan yang bermastautin di sana seperti bikkhu yang menetap di biara. Persatuan Buddhis Malaysia juga menggunakan istilah bikkhu dan `biara’ secara meluas.

Istilah tok ca adalah istilah tidak formal yang biasa digunakan oleh orang Melayu untuk merujuk golongan bikkhu. Selain tok ca, istilah `tok raja’ juga digunakan di Kelantan. `Tok raja’ merupakan terjemahan daripada perkataan phra. Istilah phra digunakan dengan meluas oleh orang Siam untuk merujuk kepada bikkhu. Orang Siam sendiri tidak menggunakan istilah tok ca atau `tok raja’ sebagai ganti nama kedua kepada bikkhu. Sebaliknya mereka biasa-nya menggunakan istilah Phor Luang, Than atau Khun kepada bikkhu bergantung kepada kedudukan mereka dalam hierarki Sangha dan kelulusan dari segi tahap pengajian agama (gred Barian, `nak tham’ 1 hingga 3)........".

Dr. Mohammed Yusoff Ismail, pakar penyelidik agama Buddha dari Universiti Kebangsaan Malaysia.


(myis@pkrisc.cc.ukm.my)

No comments:

Post a Comment