PERHATIAN !
Blog dan isi kandungan blog ini hanya untuk layaran, perkongsian, dan bacaan pengunjung-pengunjung blog https://cucutokraja.blogspot.com yang beragama BUDDHA dan BUKAN beragama ISLAM sahaja.
Kandungannya mungkin akan menimbulkan KETIDAKSELESAAN kepada sesetengah golongan. Sila TINGGALKAN laman ini sekiranya anda bukanlah daripada golongan seperti yang dinyatakan di atas.
Keprihatian dan kerjasama anda semua amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
This blog and shared @ posted blogposts are strictly for NON-MUSLIM viewing purposes only. All articles / posts are strictly writer's personal view per se. Writer does not necessarily endorse the views or opinions given by any third party content provider.
TQVM
Wednesday, July 11, 2012
Pidta ‘Phon Tok Mok Khak Rak’
Pidta ‘Phon Tok Mok Khak Rak’ BE 2536 - Than Dam, Wat Mai Naparam. Takbai.
Narathiwat.
Featuring another little collection
of mine – Rare and very hard to find Phra Pidta ‘Phon Tok Mok Khak Rak’ BE 2536
by late LUANG PHOR DAM / THAN DAM of Wat Mai Naparram, Takbai Narathiwat.
Thailand. These two BE 2536 pidta were self collected / rented in BE 2542/43. I
went to Wat Mai Naparam with my guru – Phor Mor Chau Nan. Phor Mor Chau Nan was
the one who sought ALUYAK from late Than Dam to rent these left over BE 2536 pidta
( kept by Than Dam in his room ) and other
new stuffs made by Than Dam because I can’t converse well in Thai !
taken in differ dimme of light
The feature pidta is Phra Pidta ‘Phon Tok Mok Khak Rak’, the very first and early batch of Pidta Bangsek ( following the Bangsek’s
pidta designed by late Phor Than Kong ) made by Than Dam. The first and the
finest workmanship pidta ever made from Southern monk. In a glance it looks like
Than Kong’s Mee Hoo ( with ear ) Pidta Phakhawan. But to be honest, it was not
made and crafted by Luang Phor Dam himself but was made by Luang Phor Dam
assistant. Hand crafted by Luang Phor Dam’s close disciple! No hard feeling !
This is a very rare and hard to find
indeed 4 in 1 Pidta ( 3.5 inches bucha
statue ) . This 4 in 1 pidta statue made
of wanj material, the same wanj used in creating Phra Pidta ‘Phon Tok Mok Khak
Rak’. According to Than Dam this kammakan batch pidta was made at the same time
with Phra Pidta ‘Phon Tok Mok Khak Rak’. This special 4 in 1 batch pidta was made only
9 pieces and to be given away to the committee who helped him to make the BE
2536 Phra Pidta ‘Phon Tok Mok Khak Rak’.
close up pic
This piece was kept by Than Dam and
Phor Mor Chau Nan requested it from Than Dam to be rented out together with his
newly made Mai Thaw Thep Satra @ tongkat ( 1 pc of BE 2541 batch – with steel
head / bottom, 2 pieces of BE 2541 batch with wanj Phra Pidta ‘Phon Tok Mok
Khak Rak’ head / bottom ) dan special BE 2542 batch of Lek Nampee Pidta @ Din
Nam Lom Fai Pidta ( soil, water, wind, fire elements ).
various angles close up pics
Merely Sharing !
sabbe satta sukhita hontu !
Sadhu ! Sadhu !
Wiesukhihotu 12 !
Sunday, July 1, 2012
POWER OH
POWER II
Harapkan cerah hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah peribahasa yang dapat menggambarkan keadaan selepas berjumpa dan memperolehi barangan mistik yang dibekalkan oleh guru terbabit. Kesannya hanya umpama indah khabar dari rupa ataupun guruh berdentum tetapi hujan tak menjadi. Barangan mistik serta khidmat mistik yang ditawarkan akhirnya mengecewakan kita apabila ianya TIDAK MENJADI sebagai mana yang kita hajati / impikan ………
Intipati perbincangan tentang
POWER ( KUASA MAGIS / MISTIK ) pada kali
ini berkisar kepada kepercayaan yang ditanam dalam diri kita tentang ilmu dan
kuasa yang dimiliki oleh GURU ( sami / achan /sifu / pawang / bomoh / pengamal
paranormal ) dan mereka-mereka yang seangkatan dengannya.
POWER – Pelbagai lapisan masyarakat
sama ada dari golongan adiwangsa mahupun marhaen dari seantero dunia dewasa ini
tidak dapat lari daripada polemik serta mauduk yang membahas tentang POWER,
SUPER POWER dan SUPER DUPER POWER yang dimiliki oleh seseorang GURU. Marcapada
ini, para GURU ini menggunakan pelbagai uslub untuk MENGIKLANKAN DIRI mereka dalam
majalah picisan dan mengaku bahawa mereka memiliki kuasa magis istimewa yang
tidak diperolehi /dimiliki oleh pengamal GURU lain. Mereka mengakui dan
menggelarkan diri mereka sebagai GURU yang MEMILIKI / DIANUGERAHI kuasa SUPER
DUPER POWER ! Guru sebegini didatangkan khas daripada negara luar.
Pengikut-pengikut fanatiknya pula secara tidak disedari turut berkongkalikung dan
bersubahat untuk menjayakan visi serta misi GURU terbabit untuk diiktiraf
sebagai GURU SUPER DUPER POWER !
Mauduk utama yang saya ingin
kongsikan di sini ialah sesungguhnya ilmu yang dimiliki oleh para GURU yang
menggembar-gemburkan diri sebagai GURU SUPER DUPER POWER itu sebenarnya tidak
ke mana ilmunya. KEHEBATAN mereka hanyalah indah khabar dari rupa hanya demi
mendapatkan populariti dan mengaut keuntungan daripada mereka ( pengikut
fanatik ) yang daif dengan makna sebenar POWER !
Pada pandangan peribadi saya yang juga
masih daif dalam topik sebegini, POWER
atau KUASA MAGIS / MISTIK semua itu hanyalah PLACEBO effect
semata-mata ! Yakni, kokok berderai-derai tetapi ekornya masih bergelumang
dengan tahi ---- maksudnya, kehebatan para GURU seperti yang diiklankan dalam
majalah dan akhbar picisan adalah omongan kosong semata-mata. Iklan yang
dipaparkan adalah salah satu strategi untuk mengaut keuntungan dan menggalakkan
para pengikut MELABUR / MEMBELI barangan mistik serta SERVIS yang disediakan.
Izharnya, kehebatan para GURU ( sami / achan /sifu / pawang / bomoh /
pengamal paranormal ) pada dasarnya diukur pada elemen-elemen seperti berikut:
(i) Kostum
/ kain yang membaluti tubuh para guru
berkenaan. Sesiapa sahaja yang mengenakan jubah kuning, jubah hitam ataupun kostum
khas serba putih, jubah bercorak belulang ( kulit ) harimau, ataupun mengenakan kain basahan drp negara Thai.
(ii) Memiliki
serta menggunakan perantaraan seperti barang serta objek mistik / pelik / tidak
pernah dilihat. Memiliki serta menggunakan perantaraan seperti tengkorak , tulang, kulit ( manusia dan
binatang ). Termasuklah menghasilkan barang-barang mistik seperti Namman Prai (
minyak mati dibunuh ), Lookrok ( toyol @
anak kerak ), Takrut ( tangkal ), Sampoo YING @ BARANG ( amulets yang
dihasilkan daripada bahan2 yang diambil daripada mayat ) dll
(iii) Kejayaan
menganjurkan satu majlis ritual magis yang dihadiri oleh ratusan dan ribuan
pengikut fanatik, termasuklah mengadakan ritual KEBAL (Kongkraphan Catri -
invulnerability - ditikam dan ditembak
tak lut / cedera) dengan mengadakan demostrasi secara langsung dengan
mennguris, menikam dan menetak dengan
tanpa meninggalkan kesan luka atau calar pada anggota badan )
(iv) Mengadakan ritual-ritual tertentu ( wai kroo, plugsaeg,
putapisek, withi ) yang didakwa RARE dan tidak diamalkan oleh para GURU yang lain terutamanya di kawasan keramat, gua,
kubur lama dengan merendamkan diri dalam minyak yang mendidih, mandi minyak
panas dan juga memakan kaca serta menelan bara api.
(v) Mengadakan
ritual-ritual khas seperti Khrop Sian, Sak Yant dan lain-lain ritual yang berjaya
MEMANGGIL roh-roh serta semangat-semangat keramat untuk MENURUN atau memasuki
jasad seseorang pengikut fanatik ( hanuman, semangat serta roh-roh haiwan,
roh-roh yang dianggap keramat ) yang akhirnya melompat-lompat, terpekik-pekik dan terjerit melolong tanpa sebarang tujuan
atau hala tuju.
Sementelahan dengan itu, demi merealisasikan impian untuk mengaut
keuntungan dan membantu pemilik premis barangan mistik menangguk di air keroh
dan menjana kemewahan. GURU terbabit dibawa keluar daripada kepompong dirinya
yang sebenar. Daripada ceruk pedalaman di negara asal mereka, guru ini DIBAWA
keluar, DIUNDANG dan DIDATANGKAN khas dengan sambutan karpet merah ke negara
kita. GURU terbabit diangkat, disanjung, dan disembah sebagai GURU MAHA AGUNG.
Kononnya guru terbabit ialah salah seorang guru yang maha hebat takkala berada
di negara asalnya.
Posters dan flyer tentang guru
terbabit diedarkan. Wajah serta cerita-cerita kehebatan guru terbabit
diwara-warakan dalam akhbar-akhbar picisan termasuklah penggunaan kemudahan
Jalur Lebar dan internet untuk MENGIKLANKAN kehadiran guru terbabit. Kita pun
berduyung-duyunglah MEMBANJIRI kedai-kedai menjual barangan mistik yang
menjadi orang perantaraan yang
bertanggungjawab untuk membawa masuk guru terbabit ke negara kita kononnya
untuk berjumpa dan mendapatkan khidmat
mistik dengan GURU terbabit.
Sudah terang lagi bersuluh, itulah senario yang melanda negara kita pada
hari ini. Kita semakin lalai, alpa dan samar tentang arus perubahan yang
melanda dunia barangan mistik yang rata-ratanya dikaitkan dengan agama Buddha.
Walaupun ia jelas dan nyata bertentangan dengan ajaran Buddha yang
sebenar-benarnya. Kita terpukau dan
dikaburi dek ilmu magis guru terbabit. Kita gagal menilai
dengan kepala hati kita yang waras, kita lebih cenderung untuk menerima
bulat-bulat setiap ritual yang diadakan sebagai tanda kehebatan guru terbabit.
Harapkan cerah hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah peribahasa yang dapat menggambarkan keadaan selepas berjumpa dan memperolehi barangan mistik yang dibekalkan oleh guru terbabit. Kesannya hanya umpama indah khabar dari rupa ataupun guruh berdentum tetapi hujan tak menjadi. Barangan mistik serta khidmat mistik yang ditawarkan akhirnya mengecewakan kita apabila ianya TIDAK MENJADI sebagai mana yang kita hajati / impikan ………
KEBAL = Luka hanya tertusuk dek duri ikan
TIDAK LUT SENJATA= Luka hanya tertusuk dek jarum peniti
PENDINDING = Kedai / Rumah masih
lagi dikopak dinding / siling
PENUNDUK = Masih lagi menerima
dan mengikut arahan majikan sambil menangguk
PENGGERUN = Kita yang masih gerun, bukannya orang yang gerun.
PELARIS = Masih bertimbun barangan yang tidak laris
PEMANIS = Ramai yang masih menjauhkan diri
PEMIKAT = Masih lagi tiada yang berminat
PERINGAN JODOH = Masih lagi membujang
PERUKUN RUMAHTANGGA =
Keluarga masih lagi porak peranda
PENGASIH = Rakan sekerja /teman masih menyisih
PENGUBAH NASIB = Masih lagi mengeluh kerana masih ramai yang senasib
GURU datang silih berganti, kita juga turut sekaki. Dari seorang guru
berjubah kuning, ke jubah putih. Daripada juban putih ke jubah belang harimau.
Dari jubah berbelang ke jubah serba hitam. Namun, nasib kita tetap tidak berubah.
Dari mandi bunga hinggalah ke menusuk badan dengan pelbagai corak tatu.Namun,
nasib masih kita masih kaku membatu. Di mana silapnya semua itu ? Adakah sebab Guru
? Tatu ? Hantu ? Temanku? Pasanganku ? Musuhku ? Pesaing businessku ? Ibu bapaku ? Nasibku
? Takdirku ? atau memang aku dah tertipu ????
Sebagai akibat ketaksuban kita, ratusan dan ribuan ringgit melayang
keluar dari negara kita ke negra guru terbabit. Kita mengumpul resit hutang
yang penjang lebar, guru dan pemilik kedai barangan mistik tersenyum lebar.
Barangan mistik yang DITINGGALKAN (
Minyak dan Tangkal Mati Dibunuh, MInyak dan Tangkal Musang, Minyak dan Tangkal itu dan ini, ini dan itu, itu dan
ini, itu itu dan ini ini ………entah apa-apa entah itu ! ) akhirnya kita juga yang menggigit jari,
ditinggalkan dengan pelbagai masalah baru yang tidak diingini !
PLACEBO effect semata-mata ! Yakni, kokok
berderai-derai tetapi ekornya masih bergelumang dengan tahi.
Tuntasnya, cuba
kita renung-renungkan kembali, adakah GURU ( sami / achan /sifu / pawang /
bomoh / pengamal paranormal ) pada zaman
silam yang TERSOHOR / POPULAR juga memiliki karektor dan kriteria yang sama ?
Mengambil beberapa SAMI AGUNG dari Malaysia dan Thailand sebagai contoh; Somdej
Toh, Khron Ratchanaren @ Tok Raja, LP Doem, LP Sod Wat Paknam, Achan Mun, Achan Chah, LP
Waeng yang diangkat tinggi kerana dianggap telah mencapai taraf wali-wali agung di sisi Buddha. Ikhtisar serta persoalan pokok ingin diutarakan ialah;
i) Adakah para guru sebagaimana yang dicanangkan
dia atas pada zaman keagungan mereka pernah dijemput untuk melariskan jualan
barangan mistik di kedai-kedai menjual barangan mistik ?
ii) Adakah
mereka juga mengamalkan ritual-ritual serta amalan yang sama seperti di atas ?
iii) Adakah
para guru terbabit menghasilkan barangan
mistik yang dikenakan harga yang melambung tinggi ?
iv) Adakah
para guru agung sebagaimana dicadangkan di atas menggembar-gemburkan dan
mewara-warakan kehebatan serta keampuhan ilmu yang mereka miliki ?
Akhirulkalam,
konklusi ringkas yang dapat saya simpulkan di sini ialah pada zaman dahulu KEMASYHURAN seseorang
GURU ( sami / achan /sifu / pawang /
bomoh / pengamal paranormal ) itu dilihat pada kontribusi dan sumbangan yang
tidak berbelah bagi terhadap Buddha, Dhamma dan Sangha . KEAGUNGANnya
diukur pada jasa yang beliau sumbangkan sebagai ketua kepada masyarkat setempat
yang dinaunginya. KEHEBATANnya pula dinilai pada
kealiman serta alaman yang dipratikkannya. KETOKOHANnya
disanjung tinggi berdasarkan kepada nilai serta suri teladan – rol model yang
ditonjolkan. KEAMPUHAN ilmu yang dimilikinya pula
didasarkan kepada tahap kemampuan beliau
untuk membantu meringankan beban dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh golongan marhaen yang dinaungi dan
dipimpininya. KEDAULATANnya pula dihisab dari
sudut penghormatan serta sanjungan yang diterima daripada pengikut-pengikut
yang dipayunginya !
Tepuk dada
tanya selera, GURU SUPER DUPER POWER bagaimanakah yang anda impikan ?
SEPULUH
JARI DISUSUN dan AMPUN MAAF DIMOHON, tidak terlintas di hati saya untuk mengecam dan memperleceh ilmu serta
kebolehan sesetengah guru. Saya akui sememangnya terdapat RAMAI guru yang didatangkan dari negara jiran kita yang
sememangnya hebat dan POWER serta banyak membantu mereka-mereka yang menghadapi
masalah ( pelbagai ! ). Reusi Amnaj, Reusi Sompit, Achan Marn, Achan Aik, Achan
Thong ( hanya menamakan beberapa orang GURU REUSI dan GURU BAJU PUTIH sebagai
contoh, maaf sekiranya guru-guru pujaan anda yang power tidak
disenaraipendekkan ! ). Sememangnya mereka ini merupakan GURU-GURU yang mempunyai
POWER yang tidak boleh dipertikaikan, termasuklah ritual-ritual yang diamal dan lakukan !
Ruang lingkup
perbincangan saya berkaitan POWER adalah khas untuk GURU-GURU YANG TIDAK
BERTAULIAH, tetapi begitu berani mempromosikan serta mengakui bahawa mereka
adalah antara guru yang maha hebat. Ada juga
antara guru-guru terbabit yang sememangnya telah DIKECAM dan DIHALAU keluar
dari negera asal mereka kerana tembelang mereka sudah pecah tembelang ! Di negara
asal mereka, mereka ini hanya umpama insan gelandangan yang merempat yang
tidakmempunyai tempat dalam kalangan penduduk setempat.
Di negara asal mereka juga, mereka tidak mendapat tempat dalam kalangan penduduk setempat. Rasionalnya...... baru setahun jagung sudah mula menunjukkan taring ! Yakni, baru beberapa tahun berguru / wai kroo dan baru belajar bertatih serta menghafal ABC.... mereka ini sudah mula berdiri tegak dan mengakui diri hebat dan mampu membuat, melakukan itu dan ini, ini dan itu, begitu dan begini ..... entah apa apa entah ! Sementelahan apabila mereka TOUCH DOWN dan menjejakkan kaki di tanah tumpah darah kita, mereka ini disanjung dan dipuja bagai raja, walaupun pada hakikatnya mereka ini hanyalah RAJA KAPUR ! ( Raja Temberang dan Penipu ! ). Mereka-mereka ini mula menebarkan sayapnya membuka empayar baru dunia mistik untuk menangguk di air keruh bagi mengaut keuntungan !
Di negara asal mereka juga, mereka tidak mendapat tempat dalam kalangan penduduk setempat. Rasionalnya...... baru setahun jagung sudah mula menunjukkan taring ! Yakni, baru beberapa tahun berguru / wai kroo dan baru belajar bertatih serta menghafal ABC.... mereka ini sudah mula berdiri tegak dan mengakui diri hebat dan mampu membuat, melakukan itu dan ini, ini dan itu, begitu dan begini ..... entah apa apa entah ! Sementelahan apabila mereka TOUCH DOWN dan menjejakkan kaki di tanah tumpah darah kita, mereka ini disanjung dan dipuja bagai raja, walaupun pada hakikatnya mereka ini hanyalah RAJA KAPUR ! ( Raja Temberang dan Penipu ! ). Mereka-mereka ini mula menebarkan sayapnya membuka empayar baru dunia mistik untuk menangguk di air keruh bagi mengaut keuntungan !
…………………….. with
that I rest my case !
Merely sharing
of thought !
Sabbe satta
sukhita hontu !
Sadhu ! Sadhu
!
Wiesukhihotu 12
!
Subscribe to:
Posts (Atom)