PERHATIAN !

Blog dan isi kandungan blog ini hanya untuk layaran, perkongsian, dan bacaan pengunjung-pengunjung blog https://cucutokraja.blogspot.com yang beragama BUDDHA dan BUKAN beragama ISLAM sahaja.

Kandungannya mungkin akan menimbulkan KETIDAKSELESAAN kepada sesetengah golongan. Sila TINGGALKAN laman ini sekiranya anda bukanlah daripada golongan seperti yang dinyatakan di atas.

Keprihatian dan kerjasama anda semua amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

This blog and shared @ posted blogposts are strictly for NON-MUSLIM viewing purposes only. All articles / posts are strictly writer's personal view per se. Writer does not nnecessarily endorse the views or opinions given by any third party content provider.

TQVM


Thursday, December 10, 2009

“ Rahsia Kekeramatan Phor Than Kong, Wat Uttamaram, Batu 3, Bangsek”



Phor Than Kong @ Chau Khun Khron @ Khron Ratchanaren @ Tok Raja ( BE 2419 - 2505 ), namanya acapkali menitir di bibir-bibir penganut agama Buddha dan pencinta barangan mistik di negara kita ( Malaysia ) dan negara-negara serantau. ( Selatan Thailand dan Singapura ). Tidak banyak dokumen yang didokumenkan dan mengdokumenkan tentang kisah-kisah dan peristiwa-peristiwa yang mengisarkan kehebatan mendiang Phor Than Kong kita. Perkara dan hal yang acapkali mencuit cuping telinga kita adalah cerita-cerita yang diperturunkan secara lisan daripada warga-warga  emas yang hidup sezaman dengan mendiang Phor Than Kong.

Sejajar dengan itu, ramai peminat barangan mistik Thai yang tertanya-tanya akan rahsia kehebatan dan kekeramatan Phor Than Kong. Apakah elemen-elemen yang mengangkat Phor Than Kong sebagai ketua sami yang keramat ? Adakah kerana .......... ...........


i)    tongkat Mahathera sakti yang dimiliki beliau ?
ii)   pidta phakhawan beliau ?
iii)   ilmu dan ayat-ayat yang dipelajari beliau ?
iv)  memang beliau ditakdirkan lahir sebagai seorang yang keramat ?
v)   amalan yang beliau lakukan semasa hayatnya ?


Itulah persoalan-persoalan yang sering bermain di bibir-bibir peminat dan pengumpul barangan mistik Thai. Persoalan-persoalan yang kadang kala gagal untuk dijawab dan diperolehi jawabannya. Ramai antara kita yang sering tertanya-tanya dan membuat pelbagai andaian mengikut akal logik fikiran masing-masing yang kadang kala menyeleweng daripada fakta sebenar. Kupasan serta perkongsian idea ini diharapkan dapat menjawab sedikit-sebanyak persoalan yang sering diutarakan buat sekian lama. 

Kupasan yang bakal saya utarakan di sini adalah berdasarkan kepada cerita lisan yang seperti diperturunkan oleh mendiang Phor Mor Kiaw dari Lubuk Stong , mendiang Phor Mor Nak Chau Thong ( sebagaimana yang diceritakan kembali oleh cucunya, Mor Hua dari Tumpat, Kelantan ), dan Phor Mor Chau Nan.  Cerita -cerita yang diperturunkan telah diubahsuai agar sesuai dengan peredaran semasa. Saya juga sedang berusaha untuk mengUPLOADkan video clips temu bual ringkas saya tentang sejarah kegemilangan mendiang Phor Than Kong dengan waris tunggal mendiang Nak Chau Thong, Chau Nan, dan Long Chei yang juga merupakan bekas Dek Jom Phor Than Kong tertua yang masih hidup.

Menurut mendiang Phor Mor Kiaw (perbualan saya dengan mendiang semasa hayat beliau). Phor Than Kong merupakan seorang sami yang maha hebat yang bukan saja dihormati malah disanjung tinggi oleh penduduk setempat dan penganut agama Buddha pada eranya. Malah penduduk-penduduk yang berketurunan Melayu sendiri juga amat menghormati beliau sebagai seorang sami yang warak dan banyak berbakti kepada masyarakat setempat terutamanya dalam dunia perbomohan yang pada ketika itu merupakan DOKTOR dan PAKAR RUJUK selok belok berkaitan kesihatan fizikal dan spiritual.

Phor Than Kong juga amat disegani oleh para pengamal perubatan / bomoh dalam kalangan bomoh Melayu dan Siam. Phor Than Kong diangkat dan dianggap sebagai BAPA kepada dunia perbomohan pada ketika itu. Pengamal perubatan Siam / bomoh terutamanya akan melalui proses MENGKHATAM ilmu perbomohan dengan mendiang Phor Than Kong sebelum diangkat sebagai bomoh sejati. Mana-mana bomoh yang gagal diterima dan menuntut ilmu perbomohan dengan mendiang akan dianggap sebagai bomoh gelangdangan atau bomoh yang tidak bertauliah.

Menurut mendiang Phor Mor Kiaw, kehebatan dan ketokohan mendiang Phor Than Kong adalah hasil titik peluhnya yang tidak pernah mengenal erti jemu untuk menuntut ilmu daripada guru-guru yang hebat. Phor Than Kong dikatakan pernah berguru dengan guru di Wat Khao Ork dan beberapa guru di daerah Phatalung. Mengikut mendiang Phor Mor Kiaw, daerah Phatalung merupakan daerah terakhir beliau menuntut ilmu kesaktian. Hal ini adalah kerana semasa berada di daerah Phatalung lah beliau telah DISEDARKAN oleh seorang guru dengan mengatakan………………

“ Apa lagi yang kamu ingin pelajari ? Ilmu yang kamu miliki itu sudah melebihi apa yang aku miliki, balik dan berbaktilah kepada masyarakat. Tiada apa lagi yang aku dapat perturunkan”

Bertitik tolak daripada peristiwa itulah, Phor Than Kong secara rasminya BERHENTI untuk mengembara dan menuntut ilmu agama Buddha dan perbomohan khasnya. Berbalik tentang guru di Phatalung yang telah MENYEDARKAN Phor Than Kong, mendiang Phor Mor Kiaw tidak menyatakan akan nama guru terbabit dan tempat yang spesifik yang dimaksudkan. Menurut Phor Mor Kiaw lagi, cerita terbabit diceritakan kembali oleh anak-anak murid tua mendiang Phor Than Kong setelah kemangkatan beliau.
Menurut mendiang Phor Mor Kiaw lagi, kehebatan mendiang Phor Than Kong sememangnya disokong dengan keampuhan ilmu yang dimilikinya. Bercakap tentang keampuhan ilmu Phor Than Kong, mendiang Phor Mor Kiaw menjelaskan bahawa selain ilmu perbomohan Siam, ilmu Menora dan pendamping ( belaan spiritual berbentuk hala / harimau jadian – TAR YAI SEUR, ular gergasi – TAR YAI NGUU dan jin – YAK dalam bahasa Thai ). Phor Than Kong juga mewarisi dan memiliki ilmu perbomohan Melayu yang menjadi amalannya sejak berusia belasan tahun lagi.

Phor Than Kong memiliki ilmu perbomohan Melayu yang begitu ampuh sehingga ramai dalam kalangan bomoh Melayu datang berguru dengan mendiang. Mendiang Phor Mor Kiaw juga tidak ketinggalan. Phor Mor Kiaw sempat menurunkan beberapa ilmu perbomohan Melayu yang dipelajari beliau daripada Phor Than Kong kepada saya.

Di bawah merupakan petikan beberapa potong ayat-ayat perbomohan Melayu yang digunakan oleh mendiang Phor Than Kong semasa beliau mengubati mangsa yang terkena buatan orang seperti santau dan minyak mati dibunuh ( minyak dagu / Namman Phrai ). Ayat perbomohan Melayu ini akan dibaca terlebih dahulu sebelum diikuti dengan ayat-ayat dari ilmu perbomohan Siam.

Contoh 1 : ( untuk tatapan bukan Islam sahaja )
 

Bismillahirohmanirohim 3X.
Assalamualaikum,
Hei Racun Racan, Aku Tahu Asal Usulmum, Aku Hei………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………
Kalu Mum Tok Tubik Dari Mum Derhaka Pada Allah, Pada Muhammad.
Dengan Berkat Doa…………………………………………………………………………


Doa-doa terbabit akan diikuti pula dengan ayat-ayat perbomohan Siam seperti petikan yang berikut:

Nammo Tassa Bhagavato, Arahanto Samma Sammbudhassa 3X

Om Pradan Maha Pradan,
Pradan ……….Thang Ha Roi,
Pradan ……...Thang Ha Phan,
………………………………………………………………….
.…………………………………………………………………
………………………………………………………………….


Selain melalui proses pengubatan dan ritual yang rigid. Proses untuk mempelajarinya juga begitu rumit. Saya sendiri terpaksa menunggu hari yang afdal / sesuai untuk diperturunkan ilmu terbabit. ( Sabtu, Hari Kelima belas mengikut calendar Cina ). Tarikh sedemikian yang hanya kadang-kadang muncul sehari dalam jangka masa setahun. Sebagai contoh, sepanjang tahun 2009, sabtu hari ke lima belas mengikut kalendar Cina hanya jatuh 3 hari dalam setahun iaitu jatuh pada 10/01/09, 09/05/09, dan 03/10/09. Selain itu, antara peralatan yang diperlu kan sebelum proses penurunan ilmu terbabit ialah sehelai baju bewarna hitam, benang mentah ( dai dip ) dan kain putih sepanjang 6 meter.

Contoh keratan akhbar yang menunjukkan sebahagian daripada proses pengubatan TUTUNG / mengeluarkan santau yang menggunakan daun keladi. Kaedah yang sama yang digunakan oleh Phor Than Kong semasa hayatnya. Yakni, menggunakan khata akhom / ayat sebagaimana yang dikongsikan di atas.




Contoh 2 : ( untuk tatapan bukan Islam sahaja )

Bismillahirohmanirohim 3X.
Assalamualaikum, Mak Bumi,
Akulah Anak Panah Sang Rajuna,
Aku Panah Langit, Langit Tembus,
Tembus ………………………………………………
…………………………………………………………….
Hei, Jin dan Manusia,
Mum Pindah Balik Ke Tempat Asalmum,
…………………………………………………………….
…………………………………………………………….
……………………………………………………………..
Kalu Mum Tak Balik,
Mum Derhaka Kepada Allah,
…………………………………………………………….
…………………………………………………………….
……………………………………………………………

Contoh potongan ayat perbomohan Melayu di atas adalah ayat yang digunakan oleh Mendiang Phor Than Kong untuk menyembuhkan pesakit yang terkena gangguan misteri yang berkaitan dengan unsur-unsur penunggu / rasukan.

Perbincangan di sini masih lagi berkisar tentang elemen-elemen yang mengangkat mendiang Phor Than Kong sebagai seorang sami yang Maha Hebat pada eranya. Mengikut mendiang Phor Mor Kiaw lagi, selain gabungan ilmu perbomohan Melayu dan Siam yang menyerlahkan kehebatan Phor Than Kong. Pendamping-pendamping yang mendampingi belaiu juga tidak boleh dipandang enteng.

Dalam kepercayaan penganut agama Buddha, manusia mulia yang bebas daripada kelahiran semula akan menjelma sebagai TAR YAI yakni, mereka-mereka ini diangkat menjadi roh-roh terpuji dan bertaraf wali / malaikat / keramat / dewa dewi yang akan menjelma dalam pelbagai bentuk haiwan jadian ( biasanya hala-harimau putih / belang jadian, ular gergasi, burung garuda, kala jengking dan lain-lain ).

Menurut mendiang Phor Mor Kiaw lagi, kehebatan Phor Than Kong disokong dengan kehadiran TAR YAI keturunan keluarga beliau yang menjelma sebagai HALA / HARIMAU JADIAN dan ULAR GERGASI. Kedua-dua pendamping beliau ini akan diseru / dipanggil setiap kali upacara keagamaan dan perbomohan hendak dijalankan.

Sekiranya anda berkesempatan untuk mengunjungi dan melawat Wat Uttamaram di Kampung Teresek ( untuk mereka yang bukan beragama Islam sahaja ). Cubalah anda tinjau-tinjau di bawah meja penyembahan utama yang terletak di sebelah kiri balai utama wat, anda akan dapat melihat patung harimau yang bermata merah yang diperbuat daripada kayu dan patung ular gergasi yang diletakkan di dalam bakul rotan. Menurut mendiang Phor Mor Kiaw, patung-patung terbabit sudah sekian lama berada di dalam wat cuma tempatnya sahaja yang berpindah randah, semenjak zaman Phor Than kong lagi.

Gambar-gambar patung harimau jadian dan ular jadian gergasi.


Gambar-gambar di bawah yang dirakam semasa saya mengunjungi Wat Uttamaram pada penghujung bulan November 09. Pada ketika itu, air sungai di belakang bagunan utama wat hampir melimpah naik. Namun saya bernasib baik kerana masih sempat merakam gambar dua patung harimau jadian Phor Than Kong yang dibina menghadap sungai terbabit. Mengikut Phor Than Kong, patung harimau tersebut melambangkan kewujudan hala belaannya yang sedang mengawasi dan mengawal kawasan sungai dan pintu masuk ke watnya.


 


Di bawah merupakan contoh petikan ayat-ayat yang digunakan oleh Phor Than Kong semasa menyeru TAR YAI beliau sebelum sesuatu proses pengubatan spiritual dijalankan.

Contoh 3 : ( untuk tatapan bukan Islam sahaja )

Nammo Tassa Bhagavato, Arahanto Samma Sammbudhassa 3X

Di Chak ……………………………..
Di Chak Khun Sien, …………………….
Kru Ran, Kru Rien, Phor Mae, TAR YAI...........
...............................................
...............................................

Phut Thang Ara Te Nar,
Tham Mang Ara Te Nar,
Sang Khang Ara Te Nar,
........TAR YAI SEUR TOK KAE HOK.( Nama tar yai )
.......TAR YAI SEUR SI KHAW........( Nama tar yai ) 
.......NGU NOR HUK SI KAR...........( Nama tar yai )
......YAK SIE KAR SU PAR BURUT 7 KHUN......( Nama tar yai )
...............................................
...............................................
...............................................
Wa Yoo,
Tha Thuk,
P...…………...,
Paein. ( Ilmu Biar Jadi / Must Fulfil - completed )

Selain unsur-unsur sebagaimana yang dikupas di atas, elemen terakhir yang tidak boleh dikesampingkan ialah;


AMALAN dan KEYAKINAN


Dalam melakukan apa-apa sahaja, AMALAN dan KEYAKINAN tentang sesuatu perkara itu merupakan elemen yang maha penting. Ramai antara kita dewasa ini mengakui memiliki ilmu dan tangkal yang dihasilkan oleh Phor Than Kong tetapi apabila kita menggunakannya, kita dapati kesan dan kuasanya tidak seperti yang digembar-gemburkan. Persoalan yang sering berlegar di benak kita ialah....adakah ianya tangkal / ayat tulen daripada Phor Than Kong ? Mengapa tidak menjadi ? Kenapa tiada power ?

Menurut mendiang Phor Mor Kiaw. Perkara yang mempengaruhi kemenjadian / kehebatan sesuatu tangkal / ayat ialah AMALAN dan KEYAKINAN.

AMALAN -

- mengamalkan / mengikuti ajaran agama Buddha. Melakukan perkara yang disuruh dan mengelakkan perkara yang ditegah. Terutamanya Hukum Panca Sila.

- mengamalkan ilmu yang dipelajari. Melakukan ritual-ritual rutin dan wajib untuk "menjaga" kuasa magis ilmu yang pelajari. Antara ritual rutin dan wajib ialah amalan membaca / bacaan ayat-ayat suci Buddha dan magis setiap kali selesai beribadah. Amalan sebegini biasanya dilakukan pada waktu selepas maghrib atau lewat tengah malam dengan jumlah bacaan yang tertentu.

- mengamalkan bacaan dan amalan ilmu yang betul. Ramai antara kita yang mengamalkan ilmu yang salah ( bacaan yang tidak betul - pronunciation / sebutan yang mengelirukan ). Ilmu yang tidak lengkap dan potongan ayat yang diterjemahkan ke dalam bahasa lain yang terpesong maksud dan pengertiannya. Amalan bacaan yang salah sebegini boleh menyebabkan berlakunya GILA ISIM - 走火入魔

- mengamalkan amalan berguru dengan guru ( manusia ) dan bukannya berguru dengan buku ( hanya sekadar dengan merujuk buku dan bahan bacaan ). Amalan berguru dengan guru merupakan tuntutan yang senantiasa menjadi peringatan Phor Than Kong.

- mengamalkan pantang larang. Pantang larang perlu diikuti agar ilmu yang dipelajari / dimiliki tidak "tawar" atau hilang kuasa magisnya. Sebagai contoh, menghormati orang tua ( ibu bapa ), tidak melawan guru, tidak berzina, tidak berdusta / bercakap bohong, tidak bongkak dan menunjuk-nunjuk, tidak memakan haiwan yang tidak disembelih, tidak memakan haiwan du alam ( katak, kura-kura dan sebagainya ,tidak menyeluk periuk nasi dengan menggunakan tangan, tidak melalui bahagian bawah ampaian, tidak membenarkan sesiapa melalui / melintas pada bahagian belakang semasa duduk dan lain-lain.

KEYAKINAN.

- yakin dengan kekuasaan Buddha dan ajarannya.
- yakin dengan kitab suci agama Buddha - Tripitaka dan kandungannya.
- yakin dengan ilmu yang diperturunkan.
- yakin dengan ilmu yang dipelajari.
- yakin dengan kekuasaan ilmu putih ( baik ) mengatasi ilmu hitam ( jahat )

Menurut mendiang Phor Kae Keaw @ Phor Mor Keaw lagi, beliau sering kali mengikuti Phor Than Kong untuk pergi berubat mereka yang mengalami masalah kerasukan dan  diganggu oleh elemen-elemen spritual   (  hantu, jin, terkena buatan orang, tersampuk, masalah saka dan lain-lain ). Phor Mor Keaw pernah menceritakan bahawa..............

KISAH  1

Pada suatu hari, ada sepasang suami isteri berbangsa Melayu membawa anak kecil mereka yang dikatakan akan mengangis dan terjerit-jerit apabila menjelangnya waktu maghrib ( selepas 7.00pm ). Situasi sedemikian hanya berakhir apabila tibanya waktu isyak ( selepas 9.00pm ).  Apabila mengadap Phor Than Kong, Phor Than Kong hanya tersenyum sambil mengatakan ..........

" Tak ada dah tu, baik dah tu, baliklah. Tak payah buat air tawar ( nambun ) atau tangkal ( takrut ). Baliklah ! ". Kedua-dua pasangan itu seolah-olah tidak yakin dan cuba memujuk phor Than Kong., sambil menyatakan bahawa mereka sudah puas berubat dan sudah ramai bomoh serta sami yang mereka temui  tetapi masih gagal. Phor Than Kong terus menyambung.......... " Percayalah ( yakinlah ) dengan Tok Raja ( sami ), Tok Raja ( sami ) tak bijak ( pandai / hebat ). Tok Raja ( sami ) hanya posmen Tuhan ( perantaraan antara Buddha dan manusia ). Kalau tak percaya Tok Raja, percayalah dengan Tuhan Allah. 

Kedua-dua pasangan itu pulang dan pada keesokan harinya mereka datang dan membawa pulut kuning serta ayam panggang untuk dihadiahkan kepada Phor Than Kong,  Phor Than Kong tersenyum sambil menyatakan.........." Bukan Tok Raja ( sami ) yang tolong, Tuhan Allah yang tolong. Kita buat apa-apapun kena percaya dan yakin dengan Tuhan "

KISAH  2
Seorang warga emas ( berumur lebih 50 tahun ) keturunan Cina yang berasal dari Pahang datang mengadap Phor Than Kong sambil mengatakan masalahnya isterinya yang sering lupa ( dirasuk ) dan bercakap dalam bahasa Jawa @ Indonesia yang sukar untuk difahami. Dia sudah berubat dengan ramai bomoh tetapi masih gagal untuk diubati. Katanya dia disuruh oleh bomoh Melayu untuk datang berjumpa dengan Phor Than Kong. Dia kata dia terpaksa merantai isterinya dan isterinya berada dalam teksi dan tidak dibawa turun kerana takut melarikan diri dan mencederakan orang ramai.

Menurut Phor Mor Keaw, Phor Than Kong mendengus ( kerana marah ) dan menyuruh warga emas tadi membawa isterinya. Sesampai di hadapan, Phor Than Kong mengarahkan rantai yang merantai kakinya dibuka dan Phor Than Kong mengambil tongkatnya yang diselitkan dipinggang sambil menunjukkan bahagian kepala tongkatnya ke arah wanita itu dan mengarahkannya untuk tampil ( datang ) ke hadapan. Wanita itu mengikut arahan Phor Than Kong dan duduk bersimpuh ( kedudukan sembahyang bagi wanita ) dan mengangkat tangan menyembah Phor Than Kong. Phor Than Kong  tersenyum dan seterusnya menyuruh Phor Mor Keaw menyediakan air tawar ( nambun ). Phor Mor Keaw terkejut dan terdiam. Phor Than Keaw mengambil   batil ( bekas membuat nambun zaman dahulu ) dan menghulurkan kepada phor Than Kong. Sekali lagi Phor Than Kong tersenyum dan mengatakan " tham therd, tham namboon saksit ku  nern"      (  Buatlah air tawar, air tawar keramat aku itu ). Wanita terbabit meminum air tawar dan mula tersenyum. dan menangguk-angguk apabila Phor Than Kong meminta agar lelaki dan wanita itu tinggal di Wat Uttamaram dan esok baru balik ke Pahang.

KISAH 3
Berlakunya pergaduhan antara pemuda Siam dengan pemuda melayu ( awal 60an ) di luar Wat Uttamaram. Bunyi riuh rendah menyebabkan Phor Than Kong turun daripada ruangan samadhi di bangunan utama wat dan bertanya kepada Na Chau Thong tentang perkara yang berlaku. Na Chau Thong menyatakan bahawa pemuda Siam dan Melayu bergaduh dan pemuda Siam masuk untuk menyelamatkan diri di dalam wat. Katanya pemuda Melayu menyerang pemuda Siam secara beramai-ramai. Ramai yang cedera, pemuda-pemuda Melayu tidak berani untuk memasuki wat tetapi mula membaling batu ke dalam wat. Mendengar kata-kata Na Chau thong itu, Phor  Than Kong menyuruh Na Chau Thong mengambil batu yang dilemparkan ke dalam wat dan memberikan kepadanya. Phor Than Kong terus menjampi batu tersebut dan memberikan kepada Na Chau Thong sambil mengatakan.........................

" Baling batu itu ke arah pemuda Melayu sekiranya mereka mula menyerbu masuk ke dalam wat dan sebut ......SAKH HANUMAN SAKH " ( panah dlm bahasa Siam )

Na Chau Thong bertanya.........

" Tham thong ni dai leaw  ( Itu saja ) ?"

Phor Than Kong menjawab......

" Uh, saksit ku thert" ( Dengan kuasa keramat aku, tak perlu buat bomoh pun )

Belum sempat pun pemuda Melayu bertindak, Na Chau Thong terus membaling batu berkenaan dan menyebabkan pemuda Melayu bertumbuk dan bergaduh sesama sendiri sehinggalah pihak polis datang dan menyuraikan insiden terbabit.

Itu adalah sebahagian daripada cerita-cerita lisan yang berkisar tentang kehebatan / kekeramatan dan keyakinan Phor Than Kong akan ilmu yang dimilikinya. Cerita-cerita terbabit diceritakan semula dan dipaparkan di sini bukanlah untuk menyinggung perasaan mana-mana individu ataupun penganut-penganut agama lain.  Secara tuntasnya, tiada niat lain selain berkongsi akan kehebatan dan kekeramatan  mendiang Phor Than Kong.

Sebagai intiha, mempelajari dan memiliki ilmu yang maha hebat yang dipelajari daripada maha guru yang maha hebat tidak menentukan kehebatan dan keampuhan ilmu serta seseorang individu itu. Hanya ilmu yang diamal dengan penuh keyakinan yang dapat membezakan seseorang itu. Kita tidak perlu menjadi seorang bomoh / bhiku  ( sami ) untuk menjadi seorang yang hebat. Persis kata mendiang Phor Mor Keaw......

"Turunlah dari langit sekalipun, kalau tidak yakin dan beramal, ilmu langit itu sekalipun tidak akan menjadi. Hanya amalan dan keyakinan yang membezakan keampuhan ilmu yang kita miliki "

Merely sharing............................

Sadhu ! Sadhu !

wie.sukhihotu09 !

3 comments:

  1. Wow,interesting topic about tok raja. I believe in Po Mea Tar Jai bcz my village in Kedah also perform tis. And they called it Kumo and Nura. I wish to learn the katha from you. Good job bro, support ur bloggy...

    ReplyDelete
  2. Sye nak Tya ngn penulis,sekarang ini msh Ade k perubatan Kat sana??

    ReplyDelete