PERHATIAN !

Blog dan isi kandungan blog ini hanya untuk layaran, perkongsian, dan bacaan pengunjung-pengunjung blog https://cucutokraja.blogspot.com yang beragama BUDDHA dan BUKAN beragama ISLAM sahaja.

Kandungannya mungkin akan menimbulkan KETIDAKSELESAAN kepada sesetengah golongan. Sila TINGGALKAN laman ini sekiranya anda bukanlah daripada golongan seperti yang dinyatakan di atas.

Keprihatian dan kerjasama anda semua amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

This blog and shared @ posted blogposts are strictly for NON-MUSLIM viewing purposes only. All articles / posts are strictly writer's personal view per se. Writer does not nnecessarily endorse the views or opinions given by any third party content provider.

TQVM


Tuesday, October 27, 2009

Fenomena Melesapnya "Phra Kreung" !

Kebanyakan penganut agama Buddha secara lumrahnya akan memakai / mengalungkan "Phra Kreung" pada leher dan menyangkut "Phra Kreung" pada poket baju baju masing-masing dengan tujuan untuk melindungi diri dari bahaya mahupun malapetaka !

Kupasan yang ingin dilontarkan di sini ialah berkaitan dengan fenomena pecah rumah dan kecurian yang berleluasa dan bermaharajalela. Pemilik-pemilik "Phra Kreung" di Kelantan semenjak dua menjak ini "sweating from head to toes".....mereka ini terpaksa tidur tanpa dengkuran lagi, terpaksa memeluk erat "Phra Kreung" mereka, ada yang menempah "porch bag" khas untuk diikatkan pada tubuh badan mereka, malah ada yang mengusung beti besi untuk diletakkan di dalam rumah.

"Phra Kreung" yang dianggap keramat dan mempunyai superb super power pun tidak dapat melindungi dirinya sendiri. Terpaksa akur kepada pemecah-pemecah masuk rumah yang semakin bercambah bertanduk ini. "Phra Kreung" dicuri dan dijual kembali kepada "penggila-penggila" Phra Kreung" dengan harga yang berlipatganda.

Mereka yang tangan panjang ini pada kebiasaannya menjadikan rumah kediaman yang menyimpan "barang-barang baik" sebagai sasaran mereka. Pada awalnya mereka akan berpura-pura untuk melihat, belajar, dan berkongsi pengalaman bersama pemilik-pemiliknya. Apabila matahari terbenam dan bulan menonjolkan mukanya maka habislah rumah tuan punya "Phra Kreung" tadi diselongkar. Habis "Phra Kreung" keramat..... antik..... mahal..... disapu !

Antara "Phra Kreung" yang menjadi sasaran pemecah rumah ini adalah seperti; Phra Somdej Wat Rakhang /Bangkhunprom, Luang Phor Thuad Wat Chang Hai, Pitta Phakhawan Luang Phor Khron (Tok Raja), tongkat, takrut Phor Than Lek, Pha Yant Tok Raja dan tidak ketinggalan patung-patung bucha peringatan luang Phor Khron dan Phor Than Na Dham. Menurut sumber pengintipan dan hasil tangkapan yang dibuat oleh daripada pihak polis, "Phra Kreung" yang dikebas ini dijual kembali dengan harga yang berlipat ganda di negeri-negeri Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Singapura.

Seorang rakan dan juga sahabat dari negeri Cik Siti Wan Kembang ( Kelantan ) memberitahu saya yang Phra Pitta Long Phor Khron dia lepas selepas rumahnya dipecah masuk, siang hari lagi tu ! Pidtanya lepas begitu sahaja setelah dia berkenalan rakan sebusinessnya yang juga merupakan peminat yang minat gila kepada "Phra Kreung" keramat Luang Phor Khron.

Ketua sami Kelantan yang baru, Chau Khun Eak ( Vichanvuthikun ) dari Wat Phikulthong, Kampung Terbak sendiri dikejutkan dengan penggila-gila "Phra Kreung" ini, mereka ini dengan beraninya memecah masuk ruangan sembahyang utama dan mengusung patung bucha antik yang berusia ratusan tahun itu. Mujurlah Saksir Phor Than Na Dham, mengejutkan Chau Khun Eak dan apabila membuka jendela dan menjengah keluar dilihatnya beberapa orang sedang mengusung satu patung Buddha antik ke dalam van mereka. Mujurlah Chau Khun Eak "Dikejutkan".... kalau tidak habislah patung Phor Than Na Dham yang keramat itu. Oleh sebab yang demikian maka, ruangan utama yang meletakkan patung Phor Than Na Dham itu telah di'steel'kan dan dimanggakan dengan ibu kunci yang besar.

Usah mengambil contoh yang jauh....bersebelahan dengan rumah pusaka saya di negeri Cik Siti Wan Kembang ini sebagai contoh. Abang ipar saya dikunjungi seorang salesman yang juga rakannya dari Kuala Lumpur dan meminta untuk masuk dan melihat "altar buchanya", semasa di altar, beliau duduk melutut dan khusyuk bertafakur, maka abang ipar saya membiarkannya buatseketika. Selesai bertafakur rakannya tersebut terus keluar dan meninggalkan ruangan bucha tersebut. Setelah selesai segala urus niaga, maka rakan seperniagaan abang ipar saya yang "alim" itu terus mengangkat punggung dan berlalu pergi ! Sementelahan jugalah dengan "Phra Kreung" kesayangan abang ipar saya yang sekian lama diletakkan di atas bucha altar...maka melayanglah "Phra Sivali Mahthera" dan "Look Om" hasil ciptaan Mendiang Chau Khun Chan itu. Rakan seperniagaan yang "alim kucing" terbabit terus menghilangkan diri sampai sekarang.

Phra kreung yang baik dan keramat tak senang dicari. Pada zaman pascamerdeka ini kita jangan mengharapkan sangat pada Phra Kreung yang baik dan keramat itu menjaga dan menyelamatkan kita. Kita yang harus menjaganya dengan baik ( dunia sudah terbalik ! ).

Wahai pembaca yang budiman......

Banyak sangat persoalan yang sering berlegar-legar di fikiran saya. Adakah saya terlalu menonjolkan diri ? Terlalu menunjuk-nunjuk ? Adakah saya terlalu obsess dengan "Phra Kreung" yang diwariskan kepada saya. Apakah "Phra Kreung" saya selamat, setelah perkongsian tentang didedahkan di ruang siber ini ?

Bertitik tolak daripada kejadian itulah, maka saya terpaksa menarik balik beberapa post yang dahulunya dipaparkan untuk tontonan semua dan mengambil keputusan untuk menolak beberapa permintaan pembaca dan pelayar setia blog saya untuk bersua muka bertentang mata bagi berkongsi serta melihat dengan mata kepala sendiri keunikan "Phra Kreung" yang saya miliki.

Sepuluh jari saya susun, ampun saya mohon ! Jika dikurniakan usia yang lanjut, di lain kesempatan MUNGKIN !

Akhir kata daripada saya.......lindungilah "Phra Kreung" anda sebelum anda dilindungi oleh "Phra Kreung" anda !


wisukhihotu 09 !

2 comments:

  1. Kadang-kadang keadaan memaksa seorang melakukan kejahatan,kadang-kadang tidak pula,sekadar minat sahaja. Begitulah apa yang berlaku kepada orang yang mencuri phra krueng ini.
    Jika dikatakan phra krueng tidak ada power atau tidak saksit memang silap.Ayat yang telah buddha sabda biasanya ada power dan mampu berlawan dengan kejahatan atau kecelakaan.Phra kreung inn biasa sudah di suatmon atau prukser dengan mengambil masa yang lama.Salahlah kalau kita katakan tidak ada power.
    Malasahnya pencuri pun pandai menggunakan cara tersendiri untuk menjemput phra kreung itu.Mungkin menggunakan ayat-ayat buddha yang power dan menjemput pergi dari itu,itu kemungkinan sahaja.Jadi,pakailah pengalaman anda dalam bicara perkara ini.

    ReplyDelete
  2. ya benar tuan, tapi mengikut pengalaman saya yang tak seberapa ini. Tidak kira dalam apa juga situasi dan cara sekalipun, perbuatan mengambil sesuatu yang bukan milik kita ( mencuri dlm kata dunia moden ) adalah tetap menjadi kesalahan dan melanggar hukum Panca Sila yang selalu kita lafazkan.

    Hanya orang yang tidak memahami dan mengamalkan Panca Sila sahaja yang melakukan aktiviti sedemikian. Terdesak dan terpaksa bukanlah alasan dan sebab yang boleh dimaafkan......kan tuan, kan ?

    Terima kasih tuan !

    ReplyDelete