· Saya perlukan pertolongan …….. !
· Berapakah pengeras untuk ……?
· Saya ada masalah ……..
iii. Memikat dan menambat hati pasangan.
iv. Penggerun dan penunduk musuh.
v. Mencari dan menawarkan perbuatan khianat.
vi. Mengunci nafsu pasangan.
vii. Penunduk prosiding mahkamah.
viii. dan lain-lain.
Betulkan
? Apabila diamati dan disoroti kembali berita-berita @ peristiwa-peristiwa yang
melibatkan prosiding mahkamah. Berbekalkan RM,
maka seseorang yang dihadapkan ke mahkamah akan BERJAYA mengupah peguam
TERPILIH untuk mewakili mereka dalam
prosiding mahkamah. Manakala, insan malang yang tidak mampu untuk mengupah
peguam maka mereka akan DIWAKILI oleh khidmat Public Prosecutor Kekadang insan-insan
malang ini tidak diwakili oleh mana-mana peguampun. Hahahahahaha gamble sorang2
! 2. Vichah Pak Ma
( Ilmu Kunci Mulut Anjing )
3 Vichah Mak Prue
( Ilmu Sirih Bertemu Urat )
4 Vichah Pla Dut
( Ilmu Ikan Keli )
Kertas / wafak berupa seekor
kura-kura tersebut akan dilukis di atas kertas minyak atau wau. Nama kepada
OPPONENT @ MUSUH @ PEGUAM yang ditujukan akan ditulis di tengah kertas jampi. Kertas jampi kemudian akan LONG AKHARA JANT ( menulis ayat-ayat dan jampi-jampi ) dilakukan sambil mantra-mantra
khas dibacakan untuk memuja semangat serta menyeru nama MUSUH agar takut,
mengalah, tergamam dan mulutnya terkunci sepanjang berlangsungnya prosiding mahkamah. Terutamanya apabila melihat atau mendengar nama defendan disebut.
Siput Gondang Mati Beragan yang
telah dipuja ini akan dibawa dan ditanam sama ada di kawasan kubur orang mati
dibunuh @ mati bunuh diri @ mati semasa bersalin @
mati lemas @ mati kemalangan. Semasa
proses menanam cengkerang siput terbabit, proses pemujaan perlu dilakukan
sekali lagi berserta dengan PERSEMBAHAN khas ( makanan khas spt telur ayam
kampung mentah, daging mentah, arak @ tapai beras, bertih beras dll ). Apabila melibatkan bahan-bahan
persembahan dan pemujaan, sudah tentulah ia melibatkan MAKHLUK-MAKHLUK
dari dunia “SEBERANG’ untuk datang MENGAMBIL PERSEMBAHAN dan MENJAMU
SELERA seterusnya MEMBANTU MELAKSANAKAN TUGAS YANG DISURUH ! Melibatkan Para Jin dan mereka yang
seangkatan dengannya kot ?( Ilmu Kunci Mulut Anjing )
( Ilmu Sirih Bertemu Urat )
Vichah Pak Ma dan Vichah Mak Prue Lai Satru ini digunakan bersama untuk nawaitu yang sama yakni, mengunci dan melemahkan pihak lawan semasa prosiding mahkamah. Vichah Pak Ma digunakan untuk mengunci mulut pihak lawan agar kaku dan kelu. Ilmu Kunci Mulut Anjing ini menggunakan azimat / tangkal kertas yang telah
dilakarkan dengan gambar seekor anjing
berserta ayat-ayat SUMPAHAN @ PEMUJAAN. Nama kepada pihak lawan akan ditulis di
bahagian badan anjing terbabit sambil beberapa potong ayat mentera khas
dibacakan ( pada hari dan masa yang tertentu sebanyak bilangan yang tertentu ) demi
menjamin keampuhan Vichah Pak Ma ini. Kertas
azimat berupa anjing tadi akan dibakar
sehingga hangus dan abunya akan digaulkan bersama nasi untuk dijadikan 3 kepal
nasi. Nasi 3 kepal terbabit akan diSUAP @ diBERIkan kepada anjing ( mengikut jantina,
warna dan pemilik yang tertentu sahaja ). Setelah ketiga-tiga kepalan nasi tadi
dihabiskan oleh anjing, maka SI TERTUDUH @ PENDAKWA akan menggunakan *amp;$#+;%#* ( anggota badan ) sambil membacakan mantera
khas lalu menepuk-nepuk mulut anjing sebanyak *amp;* kali ( bilangan tertentu ) dan
menyebut ………Adalah diyakini bahawa sekiranya ilmu ini berjaya ditujukan kepada pihak lawan @ musuh. Nescaya mereka akan menjadi JANG-NGANG atau TERCENGANG-CENGANG dan MEMBISU SERIBU BAHASA selama berlangsungnya prosiding mahkamah.
Selepas Vichah Pak Ma, vichah @ ilmu susulan yang dikombinasikan ialah ilmu Vichah Mak Prue ( Daun sirih bertemu urat ). llmu ini juga dipraktikkan untuk melemahkan musuh. Melalui ilmu daun sirih ini, tangkal khas yang berserta nama musuh akan ditulis di atas helaian daun sirih bertemu urat. Daun sirih ini akan dijampi mengikut jumlah dan hari yang tertentu untuk memastikan keampuhannya. Daun sirih yang dijampi ini kemudiannya akan diGAUL-GAULkan bersama najis sambil menyebut dan menyeru-nyeru nama musuh @ pihak lawan. Selesai dan berpuas hati dengan GAULAN dengan najis tadi, maka pelaku akan menghentak-hentakkan tumit kaki di atas lantai sambil menyebut ayat-ayat khas dan seterusnya menyimbah atau 'flush' najis terbabit.( Ilmu Ikan Keli )
‘Vichah Pla Dut’ ini merupakan ilmu tambahan yang digunakan
untuk MENGUNCI mulut musuh atau penentang kita semasa prosiding mahkamah. Namun
‘Vichah Pla Dut’ ini boleh dikira @
anggap sebagai ILMU HITAM. Hal ini dikatakan demikian kerana sekiranya ilmu
yang dikenakan @ dihantar ini MENGENA dan tidak dipulih @ tawarkan, ia boleh
membawa maut !
Antara
peralatan yang digunakan untuk mengenakan Vichah
Pla Dut ini ialah ikan keli liar, helaian rambut perempuan yang mati
dibunuh dan kertas mentera khas. Ikan keli yang digunakan hendaklah ikan keli liar
yang ditangkap menggunakan tangan – tanpa jaring atau peralatan atau mata kail.
Kertas azimat / tangkal yang telah ditulis nama musuh @ target dipuja dan
dibacakan mentera akan disumbat ke dalam mulut ikan keli dan mulut ikan keli
terbabit akan diJAHIT sebanyak 3 jahitan
pada bibir mulutnya dengan helaian rambut perempuan yang mati dibunuh @
bersalin pada malam Selasa dan dikebumikan pada hari Sabtu. Ikan keli itu
kemudian akan dipuja dan dilepaskan kembali ke sungai @ kali @ alur @ kolam ( Bagi kes-kes lain yang serius dan dengan niat untuk menganiayai, ikan keli terbabit akan disalai @ dipanggang @ dibakar hidup-hidup sambil mantera2 khas dibaca ). Mengikut kepercayaan ilmu mistik kuno, selagi rambut dan jahitan itu tidak
putus maka sepanjang itulah musuh yang dituju akan memBISU dan KELU terhadap
kita. Kaedah inilah yang digunakan untuk mengunci mulut lawan atau peguam @
hakim semasa prosiding mahkamah berjalan. Sekiranya ikan keli terbabit mati
kelaparan @ kelemasan adalah diyakinilah musuh yang kita SANTETkan itu akan
mati juga ! Jangan dibuat ya ……!
Sebagai contoh, penulis menyaksikan bagaimana mendiang Phor Kae mengubati pesakit yang telah disihir menggunakan ilmu Pla Dut sehingga menyebabkan insan yang disihir terbabit menjadi DUNGU @ BODOH @ PENDIAM. Segalanya bermula setelah berlakunya kekecohan perebutan tanah pusaka. Kesannya amat dahsyat, sedahsyat Ilmu Nasi Kangkang ( Nasi Kangkang versi Selatan Thai yang akan dikupas dalam posting yang akan datang, tunggu ya. Hahahahahaha ! )Akhirulkalam, bak kata omputih. Bear in mind, ingatlah bahawa……………
* BUKAN SEMUA orang yang dikenakan akan terKENA penangan ilmu terbabit.
* BUKAN SEMUA pengamal perubatan @ bomoh tahu akan dan boleh melakukan ilmu terbabit.
* BUKAN SEMUA kes dan prosiding mahkamah berjaya diselesaikan dengan amalan sebegini.
* BUKAN SEMUA apa yang saya kongsikan tu betul, sebab ia hanya perkongsian berdasarkan pengalaman naif saya semata !
Composing ends on 21 May 2018
Merely Sharing @ Perkongsian Semata !
Sabbe Satta Sukhita Hontuk !
Wiesukhihotu18 !
JANGAN TAKBUR,
JANGAN JADI HAMBA DUIT !
KALAU BETUL, KATAKAN BETUL.
KALAU SALAH, KATAKAN SALAH.
USAH BERMUKA-MUKA,
USAH MENJADI TALAM DUA MUKA,
USAH KERANA DUIT, PANGKAT, DAN KUASA,
KITA JADI HIPOKRIT,
YANG BETUL DIKATAKAN SALAH,
YANG SALAH DIKATAKAN BETUL !


