PERHATIAN !

Blog dan isi kandungan blog ini hanya untuk layaran, perkongsian, dan bacaan pengunjung-pengunjung blog https://cucutokraja.blogspot.com yang beragama BUDDHA dan BUKAN beragama ISLAM sahaja.

Kandungannya mungkin akan menimbulkan KETIDAKSELESAAN kepada sesetengah golongan. Sila TINGGALKAN laman ini sekiranya anda bukanlah daripada golongan seperti yang dinyatakan di atas.

Keprihatian dan kerjasama anda semua amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

This blog and shared @ posted blogposts are strictly for NON-MUSLIM viewing purposes only. All articles / posts are strictly writer's personal view per se. Writer does not necessarily endorse the views or opinions given by any third party content provider.

TQVM


Wednesday, April 25, 2018

"PECAH RUMAH !"

"Pecah Rumah" boleh membawa pelbagai konotasi yang berbeza dan merungkaikan pelbagai makna yang  tersirat.

PECAH RUMAH mencuri BARANG si anu,
PECAH RUMAH mencuri HARTA si polan,
PECAH RUMAH mencuri DUIT si anu anu,
PECAH RUMAH mencuri HATI si polan polan,

Namun "Pecah Rumah" yang ingin saya kongsikan di sini ialah bukan sebarangan "Pecah Rumah", aktiviti ini melibatkan "PECAH RUMAH CURI MISTIK" !

Sejak belakangan ini terdapat beberapa siri usaha dan kerja keras beberapa PARANORMAL yang cuba untuk PECAH RUMAH sekaligus mencuri @ menyedut 'KHADAM' Keris Pusaka saya dan terdapat beberapa siri percubaan untuk MENYEDUT dan MENAWARKAN POWER segala tangkal / wafak / barangan mistik kepunyaan saya. Hal ini berlaku demikian keran bertunjangkan NAWAITU TAKSUB yang ingin MENGUJI + +


+ keampuhan ilmu yang saya miliki  !

+ ilmu sendiri dengan CARA menguji saya !

KONONNYA mereka memanggil dan menyeru dari jarak jauh dengan memuja-muja nama-nama paparan barangan mistik daripada laman sesawang saya. Hahahaha janganlah tamak, bersyukurlah dengan apa yang ANDA ada. Tuhan murka tau !!!!


KESIAN saya, saya mana ada ilmu, saya tak tahu apa-apapun, saya ni budak baru belajar. ABC pun belum khatam lagi, nak sampai XYZ ? Huh nun jauh di sana. Persis kata peribahasa Melayu "Umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang !" Nak uji, ujilah MEREKA-MEREKA yang MAHA hebat yang mengakui dirinya sebagai - POWER & THE ONLY ONE !

Saya tak pandai, perkara yang mampu saya  buat ialah MEMOHON dan MENTAWAKALKAN DIRI kpd Buddha dan Para Guru untuk mengHANTARnya BALIK, sorry ya. Dia macam postman juga, biasanya kalau parcel yang dihantar tak sampai, maka terpaksalah posman mengREDIRECTkan BALIK kepada pengirimnya berdasarkan ALAMAT si pengirim yang TERTERA pada parcel yang dihantar dan kekadang TERPAKSAlah dikenakan sedikit "SUR-CHARGE"  sbb mungkin.......

.......setem tak cukup nilai !
.......alamat tak lengkap !
.......parcel yang dihantar melebihi had timbangan !

Hahahahahaha !


Sebagaimana yang sedia maklum, saya berblogging demi menyongsong arus globalisasi mutakhir yang melanda jagatraya ! Tiada sekelumit niat pun di sanubari saya untuk RIAK dan TAKABUR !

Hijau Rumput Di Tepian Mandi,
kembang Berseri Bunga Senduduk;
Elok diikut Si Resmi Padi,
Semakin Berisi Semakin Tunduk.

Buah Cempedak Di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan;
Ambo Budak Baru Jah Belajar,
Kalau Ambo Salah Tolong Tunjukkan.


PAROK GULO PADO NISE gu ! 

MERELY SHARING !
SABBE SATTA SUKHITA HONTUK !

No comments:

Post a Comment