PERHATIAN !

Blog dan isi kandungan blog ini hanya untuk layaran, perkongsian, dan bacaan pengunjung-pengunjung blog https://cucutokraja.blogspot.com yang beragama BUDDHA dan BUKAN beragama ISLAM sahaja.

Kandungannya mungkin akan menimbulkan KETIDAKSELESAAN kepada sesetengah golongan. Sila TINGGALKAN laman ini sekiranya anda bukanlah daripada golongan seperti yang dinyatakan di atas.

Keprihatian dan kerjasama anda semua amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

This blog and shared @ posted blogposts are strictly for NON-MUSLIM viewing purposes only. All articles / posts are strictly writer's personal view per se. Writer does not necessarily endorse the views or opinions given by any third party content provider.

TQVM


Thursday, August 30, 2012

Secubit Kisah Kekeramatan Gemulah Phor Mor Kaew

Perkongsian infomasi dan pengalaman benar yang ingin saya utarakan pada kali ini adalah berkisar tentang kisah-kisah kekeramatan Gemulah Phor Mor Kaew – mendiang datuk yang juga merupakan guru kepada saya !

Perkongsian sekelumit kisah kekeramatan ini adalah berdasarkan kepada CERITERA PILIHAN sebahagian daripada  ratusan ceritera HEBAT yang diceriterakan kembali oleh Gemulah Phor Mor Kaew atau lebih mesra dengan panggilan Phor Kae semasa hayatnya dikandung badan. Ceritera-ceritera ini juga dipetik daripada pengalaman sebenar beberapa rakan seperjuangan yang mengalami sendiri kisah-kisah keramat yang berkait dengan Phor Kae ! Bukan berniat untuk MENUNJUK-NUNJUK tetapi dengan nawaitu MENUNJUKKAN perkara yang SEBENARNYA ! Jom berceritera sket !!!!!

Kisah Kekeramatan Phor Kae 01

Kisah ini diceritakan kembali oleh insan yang mengalami sendiri pengalaman KEKERAMATAN Phor Kae selepas berkunjung ke rumah saya di Din Daeng ( Tanah Merah ). Ceriteranya bermula apabila pemuda kacukan siam ini bertandang ke rumah saya ( Rumah ayah sebenarnya !!! ) kerana dia merupakan kawan baik kepada abang saya. Pemuda A ( saya namakan Pemuda A kerana terdapat 2 kisah yang hampir sama yang melibatkan 2 orang pemuda ) ini kerap menghabiskan masanya dengan duduk bersembang-sembang dengan abang saya di luar rumah sehingga larut malam terutamanya pada hujung-hujung minggu. Kehadiran sahabat baik abang saya itu tidak menjadi sesuatu yang unik dan luar biasa kerana dia sudah TERLALU BIASA dengan keluarga kami.

Alkisah bermula pada keesokan paginya Pemuda A datang ke rumah kami dan bertanyakan soalan-soalan yang tidak pernah kami fikirkan selama ini. Soalan-soalan yang membangkitkan kesedaran serta keinsafan bahawa……. SESUNGGUH DAN SEBENARNYA, PHOR KAE BERADA DALAM KALANGAN INSAN-INSAN YANG TERPUJI !  

 Antara soalan-soalan yang ditanya / soal ialah ;

1.       Siapakah orang tua bongkok yang tinggal bersama kami ?
  2.     Siapakah gerangan orang tua yang berkain pelekat yang kelihatan mundar mandir dalam  rumah kami ? 

3.      Di manakah orang tua itu ? kerana dia tidak pernah melihat kelibatnya ?
      4.      Adakah dia seorang bomoh ?

Kami tergamam dengan persoalan yang diutarakan. Mulut kami terkunci rapat. Lidah menjadi kelu seribu bahasa. Menurut pemuda terbabit, sudah dua kali ORANG TUA BONGKOK itu datang MENEMUInya di dalam mimpi. Tetapi semalam agak pelik kerana ORANG TUA BONGKOK itu mengajarnya MON / KHATA. Katanya ORANG TUA BONGKOK itu tersenyum dan menyuruhnya membaca sepotong ayat untuk KHAN TUAR / JAGA tubuh kerana sering balik lewat malam. Saya meminta pemuda itu membaca kuat MON / KHATA yang diajar oleh ORANG TUA itu, alangkah terkejutnya saya apabila MON yang dibacanya itu ialah MON yang diamal dan digunakan oleh Gemulah Phor Kae.

Kami bertanyakan gambaran fizikal ORANG TUA BONGKOK yang dimaksudkan. Saya membawa keluar gambar gemulah Phor Kae dan Pemuda A itu tersentak dan menggaguk-anggukkan kepalanya sambil mengatakan ORANG TUA BONGKOK itulah yang dia JUMPA dalam mimpinya. Sekali lagi kami tersentak dan terdiam. Kami menjelaskan dengan panjang lebar kisah Phor Kae dan kejadian terbabit telah MENGINSAFKAN kami bahawa, walaupun Phor Kae telah lama meninggalkan kami tetapi rohnya masih tetap bersama kami ….. DULU, KINI dan SELAMANYA !
Rentetan daripada ceritera di atas, saya dikejutkan lagi dengan versi terbaru KEKERAMATAN Phor Kae yang tidak pernah didedahkan kepada saya dan umum terutamanya. Pada penghujung Mei 2012, saya dihubungi oleh seorang pemuda yang tinggal di Johor Bahru melalui laman sosial FACEBOOK. Pemuda B ( nama untuk pemuda kedua ) terbabit mengatakan bahawa dia berasal daripada Tanah Merah dan pernah / acap kali singgah / mengunjungi rumah saya kerana dia merupakan sahabat baik kepada adik perempuan bongsu saya ( sebelum masing-masing mendirikan rumahtangga dengan pasangan masing-masing )

Pemuda tadi mula menghantar pesanan melalui laman sosial dengan mengatakan dia kenal Phor Kae saya ( setelah membaca blog post saya tentang Phor Than Kong dan Phor Mor Keaw ) dan mendakwa pernah BERJUMPA dengan Phor Kae beberapa kali. Apabila disoal dengan lebih lanjut pemuda berkenaan mendakwa PERNAH BERJUMPA DENGAN PHOR KAE MELALUI MIMPI beberapa tahun yang lalu semasa mengunjungi rumah saya, terutamanya apabila pulang daripada cuti panjang.

Katanya Phor Kae mengikutinya pulang ke rumahnya dan beberapa kali cuba berkomunikasi dengannya dan yang terakhir ialah mengajarnya beberapa potong MON / KHATA / AYAT yang disuruh diamalkannya. Menurut pemuda terbabit, pada mulanya dia tidak mengenali Phor Kae saya, sebalinya hanya melihat ORANG TUA BONGKOK SABUT yang sering muncul dalam mimpinya sebaik sahaja pulang daripada rumah saya di Tanah Merah. Sebaik sahaja membaca blog post saya barulah dia sedar bahawa ORANG TUA BONGKOK SABUT itu ialah sebenarnya Phor Kae @ Phor Mor Kaew.

Pemuda B tadi berkongsi MON yang diajar oleh Phor Kae kepadanya, MENAKJUBKAN bahawa mon / khata yang sama diajar kepada Pemuda A ceritera di atas. Cuma mon Pemuda B dari Johor ini tidak lengkap dan selengkap mon yang diperolehi oleh pemuda A. Versi cerita Pemuda B menyamai versi Pemuda A, termasuklah cara Phor Kae berhubung dengan mereka berdua. Saya amat berterima kasih kepada Pemuda B yang berkongsi rahsia pengalaman yang dilaluinya semasa mengunjungi rumah saya di Tanah Merah beberapa tahun yang lalu. Dengan izin Pemuda B terbabit saya cuba berkongsi dengannya MON / KHATA Phor Kae yang lengkap sebagaimana diperturunkan kepada saya semasa hayatnya. Bukan berniat untuk menunjuk tetapi hanya MENUNJUKKAN apa yang SEBETULNYA ! ( Sesiapa sahaja yang sangsi dan ingin menghubungi Pemuda B untuk tujuan PENGESAHAN cerita saya, sila hubungi saya melalui emel ! I won’t let you down ! hahahahahaha )

Ceritera di atas seyogianya dijadikan iktibar kepada kami dan ceritanya secara tidak langsung mengukuhkan kewujudan SAKSIT PHOR MOR KAEW di rumah kami dan kami amat yakin bahawa SAKSIT dan ROH PHOR KAE KAEW kami sentiasa berada di sisi kami ! DULU, KINI dan SELAMANYA !

 
Kisah Kekeramatan Phor Kae 02

Sebagaimana yang diceritakan sendiri oleh Phor Kae kepada saya. Kisah bagaimana Phor Kae mengubati seorang pemuda Siam yang sasau ( gila isim ) akibat daripada Tersalah Amalan ( mempelajari dan mengamalkan ilmu yang salah / songsang --- mengikut Bomoh dari sekitar Bangsek yang mengubatinya ). Pemuda tersebut dibawa berubat dengan Phor Kae setelah bomoh tersohor di sekitar Bangsek ( selepas kewafatan Than Kong ) gagal untuk mengubati masalah pemuda tersebut.

Setelah MEMBACA dan MENILIK, Phor Kae menjelaskan bahawa mengikut ilmu perbomohannya pemuda terbabit bukanlah SASAU atau ISIM tetapi terkena panahan petir ketika dia MENGAMALKAN POTONGAN AYAT / ILMU yang berkaitan dengan MEMANGGIL & MENOLAK HUJAN  PANAS. Phor Kae mengatakan untuk menyembuhkan PENYAKIT pemuda terbabit Phor Kae memerlukan satu upacara khas yang diketuai oleh sekurang-kurangnya PHRA KRU SI ONG ( 4 orang sami yang berpangkat Phra Kru ) di bahagian atas dan PHRA SI ONG ( 4 orang sami berpangkat PHRA dan bukannya KHUN atau NAEN ) yang sekurang-kurangnya telah menghabiskan 22 Vansa / Pangsa.

Setelah berjaya memohon dan mendapatkan 4 Sami berpangkat Phra Kru, upacara dijalankan di rumah Phor Kae di Lubuk Stong. Semasa bacaan ayat-ayat suci Buddha daripada kitab Tripitaka berjalan, pada masa yang sama Pho  Kae memulakan ritual pengubatannya sehinggalah bacaan selesai dan ditutup dengan upacara Sai Bart & Truat Nam. Lelaki yang DIRITUALKAN itu dinasihatkan agar tidak mengamalkan lagi ayat-ayat perbomohan yang dipelajarinya sehingga dia betul-betul sembuh.

Selang beberapa hari pemuda dan ibu bapanya datang menziarahi Phor Kae dan merakamkan ucapan terima kasih kerana anaknya itu mula menunjukkan reaksi positif dan menjadi normal dan tidak lagi SASAU sebagaimana sebelumnya. Sebulan berlalu dan pemuda terbabit acapkali datang menziarahi Phor Kae untuk mendapatkan tunjuk ajar dan seterusnya BERGURU kepada Phor Kae. 

Nak dijadikan cerita, Bomoh Tersohor daripada sekitar Bangsek yang mula-mula mengubat pemuda tersebut mendapat khabar bahawa pemuda tersebut telah sembuh dan MEMINTAnya untuk datang berjumpanya untuk membuat UPACARA PELEPAS ( lepas / buang sial ) kerana mendakwa pemuda tersebut telah sembuh atas usaha dan ritual yang dilakukan sebelumnya. Pemuda tersebut berjumpa dan mendapatkan nasihat Phor Kae. Phor Kae melarang dan menyatakan pemuda terbabit tidak perlu PELEPAS atau MANDI BERLIMAU ( lepas sial ) kerana dia disembuhkan oleh Tripitaka Buddha. Sekiranya dia BERLIMAU dengan bomoh biasa ( termasuklah Phor Kae sendiri ), nescaya pemuda itu akan kembali sasau.

Namun nasihat Phor Kae itu dipandang enteng oleh ibu bapa pemuda terbabit kerana Bomoh Handalan daripada Bangsek tersebut juga merupakan waris mereka dan kebetulan mereka juga berasal daripada kawasan Bangsek. Mahu tidak mahu mereka terpaksa meminta TUNTUTAN bomoh terbabit dan dipendekkan cerita, pemuda terbabit kembali sasau selepas beberapa hari upacara PELEPAS dijalankan dan kedua ibu bapa pemuda terbabit datang berjumpa Phor Kae dan merayu agar Phor Kae mengubati semula anaknya. Phor Kae mengatakan dia tidak boleh menyembuhkannya lagi kerana pemuda itu telah melanggar pantang dan dia tidak mampu untuk mengubatinya lagi walaupun dengan menjemput 108 Phra Kru  sekalipun.

Rentetan daripada peristiwa itu, maka tersebarlah khabar angin yang disebarkan oleh Bomoh Bangsek bahawa pemuda itu kembali sasau kerana Phor Kae yang MEMBUATnya kerana dengki ! Phor Mor Keaw @ Phor Kae terdiam seketika apabila MENOKTAHKAN ceriteranya itu. Tersentak dengan reaksi Phor Kae saya pun tidak MEMANJANGKAN ceritera terbabit dan menukar topik kepada mauduk perbincangan yang tidak berkaitan. Semenjak peristiwa itu, Phor Kae tidak lagi menerima @ mengubat mana-mana PESAKIT  BEKAS  TANGAN bomoh berkenaan dan tidak mahu dikaitkan langsung dengan bomoh berkenaan.

Itulah hakikat hakiki yang berlaku selepas kewafatan Gemulah Phor Than Kong, ramai antara bomoh yang mengakui mereka mewarisi dan memiliki keampuhan ilmu mistik Phor Than Kong dan tidak ramai juga yang saling bertelagah sesama sendiri, jatuh menjatuhkan sesama sendiri, fitnah menfitnah sesama sendiri dan tidak kurang juga yang cabar mencabar serta terdapat juga yang SUDI-MENYUDI keampuhan ilmu pesaing. Hal ini demikian kerana tidak lain tidak bukan yakni, semata-mata kerana DOLLARS & CENTS ! PERCAYALAH !!!!




Kisah Kekeramatan Phor Kae 03

Sebagaimana yang diceritakan sendiri oleh Phor Kae kepada saya. Terdapat seorang perempuan Melayu tempatan yang dating berjumpa dengan Phor Kae untuk mendapatkan rawatan berkaitan SAKIT KEPALA SEBELAH dalam ilmu perbomohan ( migraine ). Phor Kae mengatakan dia hanya menyediakan sebatil ( bekas menyimpan air ) air tawar ( namboon ) kepada perempuan itu sambil mengarahkan perempuan terbabit untuk membasuh muka, kepala dan sebagai minuman untuk 3 pagi ( 3 hari ), yakni sebelum matahari terbit, selepas bangkit daripada tidur dan sebelum membasuh muka / menggosok gigi.

Ritual hendaklah dibuat di atas anak tangga. Bermula dengan anak tangga yang ketiga dari atas pada hari pertama, anak tangga ke dua pada hari kedua dan anak tangga ketiga yakni yang terbawah pada hari ketiga. Sekembalinya perempuan terbabit ke rumahnya dan sebelum dia sempat memulakan ritual pada keesokan pagi, pada malamnya dia bermimpikan Phor Kae dating mengziarahinya melalui langit ( hanya ternampak bahagian badan atas Phor Kae ) dan Phor Kae menggunakan kedua-dua belah tangannya menyapu-nyapu bahagian kanan kepalanya dan sambil mengukirkan senyuman kepadanya. Perempuan terbabit terjaga dan terkejut dengan mimpinya tadi.

Pada keesokan paginya, perempuan tadi memulakan ritual sebagaimana yang diarahkan dan mendapati kepalanya semakin RINGAN dan MENGHILANG. Menurutnya kesan migraine tidaklah seteruk hari-hari sebelumnya. Selesai ritual pada hari kedua, pada malamnya dia bermimpikan Phor Kae datang MENZIARAHInya buat kali kedua dan kali ini menurutnya Phor Kae mengatakan, sakit kepala sebelahnya telah sembuh dan tidak perlu membuat ritual untuk hari ke tiga sebagaimana yang diarahkan.

Perempuan terbabit datang menziarahi Phor Kae  dan menceritakan sendiri kisah terbabit kepada Phor Kae tentang dua mimpi yang dialaminya. Menurut Phor Kae, perempuan Melayu tadi memang sembuh daripada sakit Kepala Sebelah yang dihadapinya.

Kisah Kekeramatan Phor Kae 04

Pada lain hari daaaaa !!!!


Merely Sharing @ Perkongsian Semata !

 Sabbe Satta Sukhita Hontuk !
Wiesukhihotu12 !

sadhu ! sadhu !

wiesukhihotu 12 ! 

No comments:

Post a Comment