Composing starts on 06 February 2024
.................sambungan sECUBIT kISAH kEKERAMATAN gEMULAH pHOR kAE.
Perkongsian pada kali ini adalah merupakan sambungan postinga.k.a kiriman perkongsian catatan tentang ceritera kekeramatan Gemulah Phor Kae @ Phor Mor Keaw yang pernah dikongsikan pada tahun 2012 yakni 12 tahun yang lalu. Posting ini juga mengambil masa setahun untuk dilengkapkan yakni, bermula Ferbruari 2024 hinggalah Februari 2025. Selamat membaca posting yang tidak seberapa ini !
Begitu cepat masa berlalu, pada tahun ini juge genaplah 25 tahun pemergian Gemulah Phor Kae, namun kisah-kisah kekeramatan beliau tidak pernah sirna daripada kotak fikiran penulis dan BERKEMUNGKINAN juga termasuk beberapa rakan seguru lain - yang sekian lama menghilang tanpa khabar berita !
Berikut merupakan beberapa pautan kiriman dan catatan sesawang tentang kisah-kisah Gemulah Phor Kae untuk tatapan pengunjung laman saya yang baharu........
Pautan Kisah Kekeramatan Phor Kae 01 - 03
Berikut adalah sambungan / rentetan kisah kekeramatan Gemulah Phor Kae 01 - 03.........
Kisah Kekeramatan Phor Kae 04
Roaming @ Wireless Connection - Kisah kekeramatan Phor Kae kali ini berkisar pada tahun 1995 ( bulan berapa tak ingat ). Peristiwa berlaku selepas penulis mengunjungi Phor Kae dan menemani beliau ke majlis SuatMon selepas upacara pembakaran mayat Maha Chan Kesaro @ Than Chan. Penulis masih ingat pada ketika itu, penulis membawa Phor Kae dan Isteri beliau menikmati sup tulang sebelum singgah ke Wat Batu 3, Repek Bangsek. Masih segar di benak penulis, pada Ketika itu penulis membawa mendiang Phor Kae dan isterinya menikmati sup daging lembu dengan Toyota Datsun Buah Ulu a.k.a Datsun 120y, dengan nombor pendaftaran DAK9724. Datsun 120 pun sempoi dah dulu-dulu. Hahahahahaha !
Sebaik sahaja selesai upacara bacaan ayat-ayat suci, Phor Kae meminta agar penulis menghantarnya pulang kerana pada malamnya beliau ada upacara di Samnak Song Thepphithak @ Samnak Song Degong, Kampung Degong Telaga Mas, Lubuk Setol Rantau Panjang.
Pastinya ramai yang tidak mengetahui kewujudan samnak song terbabit. Phor Kae pernah menyatakan bahawa mendiang Than Kong dan Than Lek acap kali singgah di Samnak Song Thepphithak @ Samnak Song Bedok sama ada untuk tujuan samadhi, upacara keagamaan, atau berehat sebelum masuk ke Sungai Kolok. ( Bukan bangunan sekarang tetapi kutik @ bangunan lama yang telah diroboh dan diganti dengan bangunan Baharu.)
Pernah satu ketika, penulis di “DIU” oleh penjual “PHUT hingusan” dan “SAMI penunggang agama” dengan mengatakan bahawa samnak yang penulis maksudkan tidak wujud kerana sami-sami keramat yang mereka kenali tidak pernah menyebut pun tentang kewujudan samnak terbabit. Malah mereka pernah bertanya kepada sami-sami senior dan mereka menyatakan bahawa sami seniors pun tidak tahu menahu tentang Samnak Song Thepphithak @ Samnak Song Degong, Telaga Mas ini. Ternyata penulis hanya berbohong besar, lebih-lebih lagi apabila penulis mengCLAIMEDkan diri sebagai Cucu Angkat dan Anak Murid mendiang Mor Keaw. Panas lor, hahahahaha !Gambar-gambar di bawah pula menunjukkan lokasi asal @ lama kediaman gemulah Phor Kae. Walaupun ia telah diganti dengan separuh bangunan baharu namun sekurang-kurangnya nostalgia dan memori silam bersama Phor Kae menggamit kembali apabila melihat gambar terbabit.
Bangunan di atas merupakan bangunan papan 2 tingkat asal kediaman Phor Kae, walaupun telah dinaik taraf namun bangunan dua dan tingkat atas merupakan ruangan yang digunakan untuk menyimpan MINYAK HERBA 108 jenis yang dimasak bersama-sama mendiang Than Maha Chan @ Phor Than Chan @ Cau Khun Chan masih utuh.
Gambar menunjukkan lokasi dan lorong ke Samnak Song Bedong, Telaga Mas yang terletak di seberang jalan berhadapan dengan rumah Phor Kae.
Jauh benar melilau ………..back to the topic !
Setelah menghantar Phor Kae pulang dan berbual2 seketika, penulis pun meluncur laju kembali ke TM.
Pada malamnya, peristiwa yang menakjubkan berlaku apabila penulis bermimpi berjumpa dengan Tok Raja Khron bersama-sama Phor Kae yang seolah-olah sedang berbincang sesuatu. Penulis hanya memerhati dari jauh sebelum penulis mendengar samar-samar perkataan “LookKeCea”, dialek Siam Kelantan yakni,– ‘KunCea’ @ Anak Kunci ! Penulis terus terjaga daripada tidur dan tercengang seketika, tetapi masih tertanya-tanya apakah alamat mimpi terbabit.
Pada keesokan paginya, penulis baru perasan “LookKeCea” yang dimaksudkan ialah kunci rumah Phor Kae yang berada dalam beg pinggang penulis. Penulis terbawa balik selepas membuka pintu sebelah kanan rumah Phor Kae pada petang sebelumnya.
Sebagai makluman pembaca yang budiman, pada era awal 90an, kehidupan kami hanya bergantung kepada telefon awam berpondok dan telefon landed line untuk berhubung @ berkomunikasi. Masa itu belum wujud telefon bimbit atau telefon pintar seperti sekarang. Kalau adapun, hanyalah telefon Selular Motorola Dyna TAC yang memang RARE hanya mampu dimiliki oleh golongan elit.
Sebaik sahaja penulis menyedari akan anak kunci terbabit, penulis terus bergegas ke rumah Phor Kae sebelum meneruskan perjalanan ke Gerik, Perak. Sebaik sahaja sampai di muka pintu, Phor Kae tersenyum sinis ( seolah-olah sedang menanti ketibaan penulis ) dan berkata………..
“Bakpor Che’gu, Than Kong suruh mari kor ?”
Penulis hanya mampu tergelak sakan dan terus “KHRAP”- tunduk hormat bagi memohon kemaafan. Tidak semena-mena, isteri Phor Kae terus menyampuk………
“Hor la, semale Datuk tu ( muncungkan mulut ke arah Phor Kae ) sembahye dan mitok tolong Than Kong suruh Che’gu mari atar anok kuci rumoh”
Jemmm sekejap ! Itu caranya Phor Kae berhubung @ berkomunikasi. ROAMING & WIRELESS CONNECTION. Hahahahaha !
Kisah Kekeramatan Phor Kae 05
Bedak Menora @ Bedak Batu / Sam Fong - Kisah kekeramatan Phor Kae kali ini berkisar pada tahun 1996. Penulis mengunjungi Phor Kae sebaik sahaja cuti semester bermula. Apabila penulis tiba di perkarangan teratak gemulah Phor Kae, kelihatan kelibat pasangan sedang berbual-bual sambil bergelak ketawa di muka pintu sebelah kanan bersama Phor Kae.
Penulis mengingatkan pasangan ibu – anak, rupa2nya mereka berdua ialah pasangan suami isteri. Apabila pasangan terbabit mengundur diri, penulis sempat berbual2 dengan Phor Kae dan Phor Kae menyatakan perempuan tersebut datang untuk berterima kasih dan menghantar “NAZAR” kepada Phor Kae kerana telah membantunya memudahkan urusan meringankan jodoh dengan withi “Peng / Phong Nura” – Bedak pengasih ilmu Penari Menora. Penulis dimaklumkan bahawa perempuan terbabit ( bukanlah daripada golongan yang cantik @ mempunyai daya penarik – fizikal ) dan acap kali dipesenda di khalayak ramai, terutamnya kaum lelaki ( sebab utama dan kukuh, Phor Kae membantunya ! ).
*************************
**************************
…Dai-Ma-Lew… ( Sudah Terlanjur Datang )
…Yar-Yud…Yar-Yud… ( Jangan Berhenti ),
… Khurn-Thaw-Warn-Taiy… ( Sehingga Akhir Hayatmu )
Jangan dibaca ya. Nanti Mutar @ Isim @ 走火入魔 dan Mohon maaf sekiranya translation tak begitu tepat, maklumlah penulis ni Buta Bahasa Siam !
Berbalik kepada ceritera di atas, Phor Kae bercerita Panjang dan mengajarkan cara-cara pemakaian Peng / Phong Nura – Bedak Menora kepada penulis. Mengikut Phor Kae bedak tersebut hendaklah dipakai pada setiap kali selepas mandi dan DILARANG SAMA SEKALI menilik cermin semasa memakai @ menyapu bedak tersebut.
Phor Kae bercerita dengan panjang lebar bagaimana Penari Menora menggunakan bedak menora sehingga para penonton terpaku dan asyik sehingga rindu akan lunak merdu suara penari sedangkan Penari Menora itu bertubuh gelap, bersuara garau dan tidak secantik pada hari siangnya. Itulah rahsia para penonton begitu asyik mendengar, menonton, melayan persembahan menora sehingga sanggup MENINGGALKAN SEGALA URUSAN RUMAHTANGGA !
“Bae O Bae, BARANG JADI BAE !”
Phor Kae menjelaskan, wanita tersebut kembali menemui Phor Kae selepas mengamalkan bedak menora. Pada pertemuan kali tersebut, wanita itu menyatakan bahawa dia sudah bertemu jodoh dan mereka akan berkahwin dalam masa terdekat. Hahahahaha !
Kisah Kekeramatan Phor Kae 05
Pasir Pagar Rumah - Kisah kekeramatan Phor Kae terakhir ini berkisar pada penghujung tahun 1998. Setahun sebelum Phor Kae mencapai Paranibanna. Ketika bermalam di rumah Phor Kae, Phor mengajak penulis ke seberang jalan untuk melihat persiapan upacara Makha Bucha di Samnak Song Thepphithak. Ketika melihat dan memantau penduduk @ komuniti Siam kampung Gedong membuat “CHEDI PHRA SAI” - “BUKIT PASIR” bagi tujuan pemasangan lilin dan colok, Phor Kae bercerita tentang bagaimana mendiang Than Lek mengajarnya mengambil pasir daripada “CHEDI PHRA SAI” selepas upacara Makha Bucha untuk dijadikan ‘Pasir Pagar Rumah’.
Chedi Phra SaiPenulis memohon ANUYAK @ ALUYAK Phor Kae untuk menuntut ilmu pasir pagar rumah terbabit dan Phor Kae mengarahkan agar penulis memohon kebenaran dan selepas upacara Makha Bucha tamat, penulis mengaut setengah “JABIR ROK RAK” a.k.a plastik bag dalam dialek Kelantan. Jabir.
Sekembali ke rumah Phor Kae, Penulis telah bersedia untuk menuntut ilmu terbabit. Phor Kae tersenyum dan menyatakan …..……..
“Malam ni, malam molek, bule terang. Tapi nok salin ilmu Than Lek, esok la ! Aku nok tengok woye gedek ”
Hahahahaha, kena prank dengan Phor Kae !
Keesokan harinya, penulis menyaksikan tatacara ilmu pembuatan pasir pagar rumah Than Lek oleh Phor Kae. Phor Kae memberitahu pantang-larang berkaitan ilmu terbabit;
i. HANYA ditabur di kawasan kediaman / rumah tempat tinggal - sebagai pelilau kepada mereka yang berniat jahat.
ii. HANYA ditabur semasa proses matahari terbenam.
v. TIDAK mengheret masuk ranting kayu ke dalam perkarangan rumah yang ditabur – dikhuatiri boleh menyebabkan ilmu pagar rumah terputus @ tawar.
Dipendekan cerita, pasir pagar rumah yang dijampi oleh Phor Kae menggunakan ilmu Than Lek diberikan kepada sahabat penulis yang tinggal di kawasan perumahan Taman Sri Remah, Tanah Merah, Kelantan untuk ditabur di perkarangan rumah – depan dan belakang.
Hendak dijadikan cerita, tidak lama selepas sahabat penulis membawa pulang pasir terbabit. Berlakunya kegiatan pecah rumah di kawasan perumahan Sri Remah. Pemecah rumah @ pencuri terbabit telah berjaya memasuki 5 daripada 10 deretan rumah. Namun penjenayah terbabit tidak memasuki rumah sahabat iaitu rumah ke 4 walaupun pada hari kejadian, sahabat penulis sekeluarga tidak berada di rumah ( memecah masuk rumah 1, 2, 3, 5 dan 6 sahaja ( No 7 hingga 10 tak sempat kerana ditangkap ). Penjenayah terbabit ditangkap oleh pihak polis setelah dikepung oleh orang awam.
Setelah dibawa ke balai polis. Pemecah rumah disoal oleh pihak polis, pemecah rumah mengaku telah memecah masuk 5 buah rumah kecuali rumah no 4. Setelah disoal siasat, sebab tidak memasuki rumah no 4. Penjenayah menyatakan bahawa dia tidak memasuki rumah terbabit kerana tuannya tidak tidur, tuan kepada rumah no 4 berada diruang tamu dan menonton televisyen. Pelik kan ? Sedangkan pada hari kejadian, sahabat penulis sekeluarga tidak berada di rumah selama 2 hari.
Cerita ini diceritakan kembali kepada penulis setelah pihak polis menghubungi sahabat penulis untuk mendapatkan kepastian bahawa rumahnya selamat daripada pemeca rumah.
“Bae O Bae, BARANG JADI BAE !”
Composing ends on 12 Februari 2025.
sabbe satta sukhita hontuk !
**********************Muhasabah Diri *******************
JANGAN RIAK,
JANGAN TAKBUR,
JANGAN JADI HAMBA DUIT !
KALAU BETUL, KATAKAN BETUL,
KALAU SALAH, KATAKAN SALAH,
USAH BERMUKA-MUKA,
USAH MENJADI TALAM DUA MUKA,
USAH KERANA DUIT, PANGKAT, DAN KUASA,
KITA JADI HIPOKRIT,
MAKA.........................
YANG BETUL DIKATAKAN SALAH,
YANG SALAH DIKATAKAN BETUL !
Sadhu Sadhu Sadhu !