PERHATIAN !

Blog dan isi kandungan blog ini hanya untuk layaran, perkongsian, dan bacaan pengunjung-pengunjung blog http://cucutokraja.blogspot.com yang beragama BUDDHA dan BUKAN beragama Islam sahaja.

Kandungannya mungkin akan menimbulkan KETIDAKSELESAAN kepada sesetengah golongan. Sila TINGGALKAN laman ini sekiranya anda bukanlah daripada golongan seperti yang dinyatakan di atas.

Sebagai makluman para ACHAN / GURU / BOMOH / PHRA / KHUN dan MEREKA yang BIJAK PANDAI, saya hanya berblogging demi menyongsong arus pascamerdeka. Tidak terdetik pun di sanubari saya untuk BOASTING & SHOW OFF. Janganlah berasa TERANCAM & TERCABAR dan usahlah MENGANCAM & MENCABAR saya. Kesian saya, saya hanya budak hingusan yang baru belajar dan masih bertatih !!!

Keprihatian dan kerjasama anda semua amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

" If you don't like to read my POPPYCOCK article, don't like to browse my FOLKORE blog, hate my TOSSING UP posting and kinda hurt by my blog RIDICULOUS posting & COMICAL sharing, Kindly lead your cursor away from my blog rolls and never ever log on to my blog, simple right ?"

TQVM


Friday, August 14, 2015

Pedarn Bai Born

Composing begins on 21 March 2015.
信不信由你 !


GEMULOH Phor Than Kong merupakan seorang sami yang memiliki ilmu yang maha hebat yang bukan saja diakui oleh penduduk setempat dan penganut agama Buddha pada eranya malah penduduk-penduduk yang berketurunan Melayu sendiri juga amat menghormati beliau sebagai seorang sami yang warak dan banyak berbakti kepada masyarakat setempat terutamanya dalam dunia perbomohan yang pada ketika itu merupakan DOKTOR dan PAKAR RUJUK selok belok berkaitan masalah spiritual.

Phor Than Kong  amat disegani oleh para pengamal perubatan / bomoh dalam kalangan Siam dan juga Melayu dalam keampuhan ilmu PEDARN BAI BORN ( Dialek Kelantansese @ Selatan Thai )  atau TUTUNG DAUN KELADI. Phor Than Kong memiliki ilmu pedarn  dan tutung yang begitu ampuh sehingga ramai dalam kalangan bomoh Melayu datang berguru dengan gemuloh.

PEDARN BAI BORN  memang popular dalam kalangan masyarakat Siam Kelantan yang merupakan cara utama untuk mengubati mangsa yang terkena  orang seperti santau dan minyak mati dibunuh ( Minyak Dagu / Namman Phrai ). Withi Pedarn yang akan dibincangkan di sini ialah Withi Pedarn Bai Born. Yakni menggunakan daun keladi gatal yang tumbuh meliar di tepi parit atau tali air. Daun keladi perlulah dipetik pada hari dan waktu tertentu. Sambil membacakan mon / khata khusus utk memetiknya bagi memastikan withi yang dijalankan berkesan.

Menurut Phor Mor Keaw, hari yang afdal untuk tujuan pedarn ialah pada hari Sabtu ( bulan menaik sehingga bulan penuh, yakni 1 haribulan hingga 15 haribulan Kalendar Lunar.  Bulan menurun seharusnya dielakkan, iaitu selepas 16 haribulan sehingga 30 haribulan mengikut Kalendar Lunar Cina ) agar withi yang dilakukan ampuh dan berkesan serta tidak mendatangkan kemudaratan kepada pegubat dan juga pesakit.

Phor Mor Keaw menegaskan lagi bahawa, Than Kong pernah berpesan bahawa sekiranya melibatkan kes-kes berat dan  memerlukan rawatan segera withi boleh diadakan pada hari Selasa ataupun Khamis dengan syarat mestilah dalam tempoh BULAN MENAIK !

Sebelum withi dan proses pengubatan berlangsung di KETIK @ Wat ( Than Kong tidak sekali-kali mengunjungi rumah pesakit !). Than Kong akan terlebih dahulu akan KHANTUAR (MEMAGAR DIRI) dirinya. KhanTuar merupakan proses memagar diri agar withi yang dijalankan tidak MAKAN DIRI atau MELAWAN BALIK dan menyebabkan kemudaratan kepada beliau. Antara mons yang diamalkan oleh Than Kong sebagai Khan Tuar ialah ……………………
( 1 )

Om Phra Jar Borisad,
Yin Pern Khat
Kru Ku Tuward
Phee Sad Thang Lai
…………………………………..
…………………………………..
………………………………….
Khampaeng Kaew Jet Chan Ma Khan Tuar Ku
………………………………………………………………..
……………………………………………………………….

 ( 2 )
Phuthang Khan …………
Thammang Khan ………
Sangkhang Khan ……….


Selain melalui proses pengubatan dan ritual yang rigid. Proses untuk mempelajarinya juga tidak kurang rumitnya. Setiap looksit yang ingin mempelajarinya terpaksa menunggu hari yang afdal / sesuai untuk diperturunkan ilmu terbabit. ( Sabtu, hari kelima belas mengikut kalendar Cina ). Tarikh sedemikian yang hanya kadang-kadang muncul sehari dalam jangka masa setahun. Sebagai contoh, sepanjang tahun 2015, tiada satupun sabtu hari ke lima belas mengikut kalendar Cina. Manakala pada tahun 2014 pula hanya terdapat 3 hari dalam setahun iaitu jatuh pada 15/04/14, 06/11/14, dan 06/12/14.
Selain pemilihan tarikh yang afdal, antara peralatan dan persiapan lain yang diperlukan sebelum proses penurunan ilmu terbabit ialah sireh pinang, wang pengeras RM.... dan 12 sen, sehelai baju bewarna hitam, benang mentah ( dai dip ) dan kain putih sepanjang 6 meter.

Bagai Mencurah Air Ke Daun KeladiKeampuhan withi Pedarn Bai Born ini sebenarnya bergantung kepada KEAMPUHAN MONS yang digunakan. Mons inilah yang menjadi paksi utama withi Pedarn Bai Born ( Dailek Selatan Thai @  Kelantansese ). Mons / Khatas inilah yang memerlukan  KHANMARK semasa menuntut dan  SANJAR   bahawa mons yang dituntut tidak boleh diperturunkan  kepada orang sebarangan melainkan darah daging sendiri. Sekiranya pantang larang ini dilanggar maka segala keampuhan ilmu Pedarn akan TAWAR dengan sendirinya.  Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk ritual khanmark ialah 5 helai daun sireh, 5 keping buah pinang, 5 kuntum bunga putih, 5 kuntum bunga kuning, kain putih 3 meter, baju hitam dan  duit pengeras sebanyak RM..... dan 12 sen.

Ilmu dan Mons Pedarn Bai Born ini hanya boleh dituntut/pelajari pada hari khamis  dalam bulan 4 dan 6 mengikut kalendar Siam. Contoh mons  UTAMA Withi Pedarn Bai Born ialah.............

(1)
Om Makrayo Makrayourn
............................................
............................................
............................................

Om Thorn Maha Thorn
..........................................
..........................................
..........................................

Om Pradan Maha Pradan,
............................................
...........................................
Pradan Phee Yai Thang Ha Roi,
Pradan Phee Noi Thang Ha Phan,
………………………………………………
( incomplete khatas, please do not recite !
(2)

( untuk tatapan bukan Islam sahaja )
 
" Hei Racun Racan, Aku Tahu Asal Usulmum,
Aku Tahu Asal Jadimum,
Mum Jadi Mari Dengan Hati Bumi Lemah Tanah,
……………………………………………………………………..
……………………………………………………………………..
…………………………………………………………………….
Kalu Mum Tok Tubik Dari Tubuh Anak Adam.
Mum Derhaka Pada Allah, Pada Muhammad.
..........................................………………………

...................................................................
( incomplete khatas, please do not recite  ! )
Contoh keratan akhbar yang menunjukkan ritual  pedarn  bai born untuk mengeluarkan santau yang menggunakan daun keladi. Kaedah yang sama yang digunakan oleh Phor Than Kong semasa hayatnya. Yakni, menggunakan khata akhom / ayat sebagaimana yang dikongsikan di atas.  Kaedah yang digunakan sebagimana keratan akhbar di atas merupakan kaedah asal yang diperturunkan kepada looksinya. Kaedah ini agak rumit dan memerlukan pertolongan daripada pembantu.

Hal ini demikian kerana pesakit akan dibaringkan sambil DIKAPANKAN (ditutup dengan kain putih ) sebagai sebahagian daripada proses pengubatan TUTUNG / mengeluarkan santau yang menggunakan daun keladi. Terdapat beberapa guru yang telah mempermudahkan cara pedarn ini. Antaranya ialah Gemuloh Chau Khun Chan yang mempermudahkan cara pengubatan daripada 3 centum / bunjut daun keladi kepada hanya 1 centum sahaja. Tanpa lilin dan ikatan daripada benang panjang, serta tidak ditutup dengan kain putih.

Terdapat juga sami yang tidak menggunakan langsung daun keladi malah telah mempermudahkan cara pedarn iaitu menggunakan telur ayam kampung untuk proses pedarn / tutung.

Sebelum withi Bai Born ini dipermudahkan, Than Kong asalnya menggunakan buah kelapa muda yang dipetik dengan menggunakan tangan dan bukannya buah kelapa yang tidak dikait ( jatuh ke Tanah ). Buah kelapa yang hendak dipetik mestilah daripada tandannya yang tingginya melebihi paras pinggang. Pemetik mestilah berada dalam keadaan suci ( minda dan fizikal  ) dan memperoleh kebenaran daripada pemilik. 3 biji buah kelapa muda yang diparas untuk dibacakan mons dan diberi minun  kepada pesakit.

Pesakit yang TERMAKAN atau TERKENA BUATAN orang akan memuntahkan terus bahan kotoran yang berada dalam tubuh badannya. Antara sami yang masih mengamalkan cara pengubatan sebegini ialah Cau Awat Wat Ariyakiri, Phor Than Noon. Kadangkala Than Noon terpaksa menggunakan 7 hingga 11 biji kelapa untuk melawan bisa santau.
Berbalik kepada cara pedarn menggunakan daun keladi. 3 CENTUM ( bunjut / ikatan ) daun keladi gatal yang dimasukkan dengan sedikit AIR HIDUP  ( mineral ) dan bukannya AIR MATI ( air yang telah dijerang ). Setiap bunjut mestilah menggunakan 3 helai daun keladi, cara ikatannya ialah 1 versus 2 ( menghadap ke luar dan  ke dalam ).  Centuman keladi tadi diikat bersama lilin putih sebelum diletakkan di 3 bahagian ( kepala, dada, kaki ) sambil DIBELIT ( ikat ) dengan TALI yang kemudiannya akan DILURUT-LURUTKAN ( simbolik menarik-narik keluar segala racun racan ) sambil membaca mons secara berterusan.


Pada kebiasaannya, pesakit tidak merasai apa-apa perubahan sepanjang proses pedarn berlaku. Namun sekiranya pesakit yang  terkena buatan orang  akan terjerit melolong apabila setiap kali mons dibaca dan benang ditarik-tarik. Setelah selesai proses pedarn, centuman daun keladi terbabit akan DITAWARKAN atau DIMATIKAN sebelum dibuka kepada pesakit dan waris untuk melihat dengan mata kepala sendiri bahan-bahan yang DITUTUNG keluar daripada badan agar tidak memudaratkan pesakit mahupun Phor Mor.
Hasil daripada ritual pedarn ini berbeza pada setiap penyakit. Antara bahan kotoran yang diPEDARN keluar ialah seperti...............
Gumpalan Rambut
Ricisan Rambut ( halus )
Tompokan Minyak
Miang Buluh
Debu Serpihan Kaca
Tompokan Darah Beku
Jarum Berkarat
dll


Contoh Mon / Khata untuk menawar / mematikan bisa racun oleh Gemuloh Than Kong.....

(1)
Ik Rik Ok
Tak Pakh Sam Par Nar
...................................
...................................
...................................
( incomplete khatas, please do not recite  ! )

(2)
Anicca .................................
............................................
............................................
Nak Nit Mit So
Rik Rik Mik Mik
......................................
.....................................
Phung Phee Thang Lai
Tai ......................
....................................
....................................
( incomplete khatas, please do not recite  ! )

Menurut Phor Mor Keaw, pada kebiasaannya centuman / bunjut daun keladi tadi tidak dibuka atau ditunjukkan kepada pesakit kecuali atas permintaan pesakit yang diubati.

Setelah selesai proses pedarn, Than Kong akan memastikan kesemua SANTAU atau RACUN dalam tubuh pesakit telah berjaya dibuang / bersihkan 100%. Sekiranya masih terdapat kesan-kesan BISA yang masih TERSEMBUNYI dalam badan pesakit maka ritual pedarn akan diulangi untuk kali kedua. Pada kebiasaannya, withi pedarn bai born hanya perlu dilakukan sekali dan tidak memerlukan ulangan.

Pesakit yang telah menjalani withi pedarn akan dimandikan dengan mandian bunga dan dibuat WITHI KAE KROK KAE BON KAE KAM lek KAE JAR  yakni ritual PELEPAS dengan menggunakan DaiDip ( Benang Mentah ) dan YaKha    ( Rumput Lalang ) gabungan 27 helai yang dililit dengan benang 7 warna.

Ritual pelepas ini perlu dilakukan untuk memastikan setiap penyakit atau racun di dalam badan tidak berulang dan sembuh seperti sediakala. Kedua-dua gambar di atas menunjukkan Phor Mor Cau Nan sedang menyediakan dan mendemostrasi proses Withi Kae Krok Kae Bon lek Kae Kam.

Withi Kae Krok Kae Bon lek Kae Kam ini juga digunakan  untuk  proses withi berkaitan dengan SERM DUANG - yakni bersangkutan dengan amalan  Amal Jariah untuk mengubah nasib malang, mengelakkan mara bahaya, menjauhkan bala, menyembuhkan penyakit berkaitan spiritual, membuka pintu rezeki dan yang paling utama ialah untuk SUMPAWAYSEE ( pembebasan daripada sengsara untuk makhluk-makhluk yang menunggu giliran untuk KELAHIRAN SEMULA). 

Menurut Phor Mor Cau Nan, bagi menyempurnakan withi ini Than Kong akan ke sungai di belakang wat untuk melakukan proses pelepasan. Withi ini perlu dilakukan di GIGI AIR SUNGAI yang mengalir. Pesakit akan berdiri di gigi air dengan kedua-dua kaki memijak di gigi sungai sambil withi pelepas dijalankan. Sekiranya melibatkan kes yang rumit, pesakit akan juga dimandikan di gigi air sungai dengan mandian penyudahnya ialah mencebok secebok air sungai sebagai bilasan terakhir. Benang mentah dan rumput lalang akan dikerat dan dilambungkan ke dalam sungai manakala kain basahan yang dipakai juga akan dihanyutkan bersama arus sungai yang mengalir sebagai tanda simbolik PEMUTUS AKAR kepada penyakit !

Antara mons yang menjadi pendokong utama ritual ini ialah;

Nak Kae,
Mor Klai,
Phut .........
Thak ........
Yak ...........
 

Om
...............
Kae Lek,
Kae .........,
Kae Mon,
Kae Jar,
Kae ...................
Kae ...................
..........................
..........................
..........................
............
( incomplete khatas, please do not recite  ! )

信不信由你 !
Composing ends on 14 August 2015.


Merely Sharing !
sabbe satta sukhita hontuk !

wiesukhihotu 15 !
 

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

Bear in mind .......

The information and photos provided via this blog are for general information and sharing purposes. I make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the information, documentation or guidance.

I will make no liable for any loss or damage (s), indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of the information, documentation or guidance provided.

Bear in mind that......Any reliance made on such information is therefore strictly at readers risk.I held no responsible for any contents linked or referred to from this page(s). Furthermore, I'm not liable for any postings or messages published by users of discussion boards, guest books or mailing lists provided on this page(s). All contents is subject to the copy right and intellectual property of the author. All internet users may access or use content individually or internally without restriction. But content may not be resold, reprint, republish neither in whole nor in part, without any written permission from the author. By using or downloading content you are accepting these terms and conditions.