PERHATIAN !

Blog dan isi kandungan blog ini hanya untuk layaran, perkongsian, dan bacaan pengunjung-pengunjung blog https://cucutokraja.blogspot.com yang beragama BUDDHA dan BUKAN beragama ISLAM sahaja.

Kandungannya mungkin akan menimbulkan KETIDAKSELESAAN kepada sesetengah golongan. Sila TINGGALKAN laman ini sekiranya anda bukanlah daripada golongan seperti yang dinyatakan di atas.

Keprihatian dan kerjasama anda semua amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

This blog and shared @ posted blogposts are strictly for NON-MUSLIM viewing purposes only. All articles / posts are strictly writer's personal view per se. Writer does not necessarily endorse the views or opinions given by any third party content provider.

TQVM


Thursday, August 2, 2012

POWER OH POWER ....... the finale !

Bahagian terakhir mauduk perbincangan tetang POWER adalah berkisar tentang POWER yang dimiliki oleh beberapa GURU hebat daripada negeri Serambi Mekah / Cik Siti Wan Kembang - yakni Kelantan Darul Naim. Ceritera-ceritera benar ini diceriterakan kembali oleh GURU tua BIASA yang pernah hidup sezaman dengan GURU MAHA POWER terbabit ! 

Ceritera-ceritera di bawah mungkin pernah anda dengari. Mungkin juga versinya berbeza dengan versi saya ini. Namun begitu, inti pati utama SHARING saya di sini ialah berkisar tentang ANTARA POWER yang dimiliki oleh ANTARA GURU-GURU POWER dari negeri Cik Siti Wan Kembang yang tidak pernah digembar-gembur dan wara-warakan kepada dunia luar.
Ceritera-ceritera di bawah diolah dan diceriterakan KEMBALI sebagaimana ia diceritakan KEMBALI kepada saya oleh GURU-GURU yang pernah saya Wai Kru, termasuklah Phor Mor Keaw saya ! Hahahahahahaha, PHOR MOR KEAW SAYA, pasti ada yang melenting dan pastinya akan kena marah dan hentam lagi ni !  PHOR MOR KEAW SAYA hahahahahaha !

LAGENDA GURU MAHA POWER I

sekadar hiasan ilustrasi 
AL KISAHnya bermula apabila Phor Than Kong ( Chau Khun Khron ) memantau kerja-kerja membersihkan sungai ......... yang terletak di belakang bangunan utama Wat Uttamaram selepas berlalunya musim bah. Pada ketika itu juga, Than Kong, Phor Mor Keaw dan looksit-looksit yang lain berdiri / duduk bertenggek di tebing sungai sambil memerhatikan penduduk kampung membersihkan selut, daun-daun dan pelepah pokok sagu yang tersadai pada pinggir tebing.

Phor Mor Keaw ( ceritera dari gemulah Phor Mor Keaw sendiri ) berseloroh kepada Than Kong tentang sungai dan buaya. Apakah wujudnya buaya di sungai terbabit ? Gemulah Phor Than Kong bertanya kepada  Phor Mor Keaw sama ada benar-benar ingin tahu atau tidak. Phor Mor Keaw dan looksit yang lain hanya melemparkan senyum sinis kerana takut dimarahi dan DIJERKAH oleh Phor Than Kong.
 
Phor Than Kong berdiri sambil menghampiri Pokok Buah Berbulu, mengambil ranting yang kering , mengkumat-kamitkan ( membaca sesuatu ) mulutnya lalu mencampakknya ke dalam sungai. Phor Than Kong terus beredar dari kawasan tebing sungai dan berkata.........." tunggu dan tengoklah kalau mahu tengok ! ". Sementelahan dengan itu, sebaik sahaja Phor Than Kong berpaling belakang dan beredar, munculnya gelembung-gelembung buih di tebing seberang sungai dan pada ketika itu Phor Mor Keaw dan looksik yang lain terdiam terkaku apabila melihat kelibat Buaya Putih muncul dari permukaan air sungai yang bergelembung buih dan lantas hilang dari pandangan beberapa saat kemudian.

 LAGENDA GURU MAHA POWER II


sekadar hiasan ilustrasi
  
AL KISAHnya bermula apabila Than Kru Lek dan dek jom serta looksitnya ingin menghadiri satu majlis / upacara keagamaan luar dari kawasan Pauh Lima, Aril. Than Kru Lek dan dek jomnya berjalan keluar dari Wat Aril ke tepi jalan raya utama untuk menunggu kereta sewa @ prebet sapu @ teksi untuk tiba ke stesen kereta api Pasir Mas.

Selang beberapa lama, satu teksi pun belum kelihatan. Dek Jom dan looksit mula resah kerana berkemungkinan mereka akan lewat sampai ke destinasi atau pun terlepas kereta api. Than Kru Lek tersenyum dan berkata ......"takper, nanti ada teksi la tu dan kereta api akan tunggu saya. Jangan risau ! ". Izharnya, beberapa minit kemudian muncul kereta sewa bewarna kuning merah, kereta sewa terbabit berhenti dan bertanya arah tuju, apabila mengatakan ingin menghantar TOK CA ke stesen kereta api, pemandu terbabit terus menolak dan kerana enggan berpatah balik, sebab dia sedang menghala ke Pasir Putih. Pemandu kereta sewa itu terus memecut laju ke arah Pasir Putih.
 
Dek jom memaklumkan Phra Kru Lek tentang peristiwa terbabit. Than Lek tersenyum dan berkata... "tak apa, dia ( pemandu teksi ) akan berpatah balik dan hantar saya tu". Selang beberapa minit, pemandu teksi terbabit dengan tidak disangka berpatah balik dan memohon maaf kepada Than Lek kerana biadap dan menawarkan perkhidmatan untuk menghantar Than Lek ke perhentian kereta api. Than Lek hanya tersenyum.

Semasa dalam perjalanan, dek jom asyik merungut dan berkata mereka sudah lewat dan kereta api akan berlepas dan mereka mungkin akan ketinggalan kereta api. Than Lek tersenyum dan berkata "takper, kereta api tunggu Than Lek tu, sempatnya !". Menakjubkan, walaupun mereka terlewat hampir setengah jam lebih, kereta api masih belum bertolak. Seolah-olah MEMANG sedang MENUNGGU Than Lek dan dek jomnya. Setelah diselidiki, barulah mereka sedar bahawa kereta api terpaksa menangguhkan masa bertolak kerana menghadapi masalah enjin dan enjinnya pulih seperti biasa sebaik sahaja Than Kru Lek menaiki kereta api. Kebetulan ???

 
LAGENDA GURU MAHA POWER III

sekadar hiasan ilustrasi

AL KISAHnya bermula apabila Phor Than Kong ( Chau Khun Khron ) menaiki kereta api pulang dari Tumpat ke Pasir Mas atas urusan keagamaan. Semasa berada dalam gerabak kereta api, Than Kong meletakkan Tongkatnya di atas bangku kereta api sambil menyandarkannya pada celah kusyen bangku dan dinding gerabak.
 
Apabila sampai ke stesen kereta api Pasir Mas, Than Kong dan rombongannya turun tanpa mengambil tongkatnya. Than Kong berkata kepada Phor Mor Keaw dan dek jomnya. Dia ingin melihat setakat mana kekeramatan tongkatnya itu. Sekiranya tongkatnya itu keramat dia akan PULANG sendiri ke  dalam Ubosodh Wat Uttamaram. Phor Mor Keaw dan dek jomnya terkejut mendengar kata-kata Gemulah Than Kong itu dan terus beredar tanpa mempersoalkan niat Than Kong.

Sesampai di Wat Uttamaram, Than Kong menyuruh Nak Chau Thong dan Phor Mor Keaw ke Ubosodh untuk mengambil tongkatnya. Phor Mor Keaw berasa hairan dan hanya tersenyum. Mengambil kunci daripada Sangkri ( Long Chei ) Wat Uttamaram, Nak Chau Thong dan Phor Mor Keaw masuk ke dalam ubosodh dan terkejut apabila melihat tongkat Than Kong berada dalam ubosodh, sedangkan ia ditinggalkan di dalam gerabak kereta api beberapa jam yang lalu. Apabila menyerahkannya kepada Than Kong, Than Kong hanya tersenyum dan bertanya .....                       " sekarang kamu percaya tak ? "

LAGENDA GURU MAHA POWER IV


Tangkai Phirot Than Kru Phut

AL KISAHnya bermula apabila Phor Than Phut ( Wat Balai ) mula membuat PHIROT ( Tangkal Pintal Tali Lembu yang disalut / direndam dengan getah Janrakh - rengas hitam ). Tangkal PHIROT tersebut dibuat dengan menggunakan kain putih ampaian lelangit tempat bucha dan sarung bantal serta cadar yang digunakan oleh gemulah Than Phut sendiri. Kain terbabit direntang dan puluhan jant / khata ( ayat-ayat mistik ) dilukis di atasnya sebelum di gunting dan dipintalnya menjadi bentuk TALI LEMBU !

Terdapat seorang pemuda Siam dari Balai yang memakai Tangkal Pintal Tali Lembu yang bekerja di Sungai Kolok ( Golok ), Thailand. Pada suatu hari pemuda berkenaan duduk menikmati sarapannya di sebuah gerai. Ketika kusyuk bersarapan dia didatangi beberapa pemuda Siam Thailand dan berbual tentang TANGKAL AZIMAT yang keramat, terutamanya yang tidak lut dek bedil ( senjata api / pistol ). Mereka mengeluarkan pelbagai tangkal serta azimat daripada GURU dan mewara-warakan guru itu hebat dan guru ini hebat.

Pemuda Siam Balai  pun menyampuk sambil mengatakan, kalau nak tahu power atau tidak cuba ambik bedil ( pistol ) dan bedilnya ( tembaknya ). Marah dengan kata-kata Pemuda Siam Balai itu, pemuda Siam Sungai Kolok terus mengeluarkan bedilnya dan mengacukan ke arah pemuda Siam Balai dan betul-betul menembaknya berkali-kali tetapi bedilnya ( pistol ) tidak berfungsi dan gagal untuk memuntahkan peluru.
 
Pemuda-pemuda Siam Sungai Kolok tergamam dan terus beredar dalam ketakutan. Warga warong kopi berkerumun dan bertanyakan tangkal apa yang dipakainya, pemuda Siam Balai berkenaan mengatakan dia memakai Tangkal Ikat Pinggang Pintal Tali Lembu Than Phut Wat Balai. sejurus selepas kejadian itu, maka berduyung-duyunglah warga Sungai Kolok pergi  MELAWAT Than Phut dan watnya untuk mendapatkan tangkal pintal yang disaluti janrakh. Ekoran daripada peristiwa itu maka Than Phut terpaksa MEMBUAT SEMULA tangkal tali lembunya demi memenuhi permintaan yang tidak putus-putus. Tetapi yang REDO batch ini tidak disaluti janrakh. Ilmu tangkal tali ikat lembu ini diwarisi oleh bomoh di kawasan Balai dan Than Phrem juga ada membuat tangkal sebegini dengan bantuan para bomoh terbabit !

 LAGENDA GURU MAHA POWER V


AL KISAH tentang Phra Kru Lek, Wat Ariyakiri, Aril. Pauh Lima. Ceritera bermula pada satu petang penduduk kampung datang untuk  menjemput Phra Kru Lek untuk menghadiri satu upacara keagamaan pada malam tersebut di salah sebuah kampung berhampiran. Rombongan seramai 3 orang penduduk kampung itu melalui sebatang denai batas sawah padi sebelum sampai ke Wat Ariyakiri. Selepas berjalan melepasi batas dan jalan yang becak,  kira-kita 500 meter daripada pintu wat mereka terserempak dengan Than Kru Lek yang sedang berdiri di hujung jalan sambil tersenyum ke arah mereka. Ke tiga-tiga ahli rombongan terbabit terus sujud dan menyatakan hasrat mereka datang ke Aril dan mereka sedang menuju ke arah Wat Ariyakiri.
 
Mendengar kata-kata rombongan bertiga terbabit Phra Kru Lek menyuruh mereka bertiga pulang dahulu kerana dia tiada di Wat Ariyakiri dan dia ingin MELIHAT-MELIHAT keadaan sekitar wat dan akan hadir ke majlis sebagaimana yang dihajati dan dihajati oleh rombongan bertiga tersebut.  Rombongan bertiga terbabit terus mengatur langkah dan berpatah balik ke kampung mereka. Dalam perjalanan pulang, mereka terserempat dengan dua orang penduduk kampung yang datang dari arah Wat Ariyakiri. Rombongan bertiga dan pemuda terbabit bertegur sapa dan menayakan arah tuju mereka. Kedua-dua penduduk kampung terbabit menjelaskan bahawa mereka baru sahaja MELAWAT dan BERJUMPA dengan Phra Kru Lek.

Rombongan bertiga tadi tersenyum dan berkata, mereka pun hendak ke Wat Ariyakiri tetapi tidak sempat kerana mereka terserempak dengan Phra Kru Lek yang sedang meninjau-ninjau kawasan kampung. Rombongan bertiga bertanyakan sama ada mereka juga terserempak dengan Phra Kru Lek di hujung jalan itu ? Kedua-dua penduduk kampung berasa hairan dan bertanya bilakah mereka berjumpa dengan Phra Kru Lek ? Hal ini kerana mereka baru sahaja berjumpa dengan Phra Kru Lek di Wat Ariyakiri dan bukannya di hujung jalan ke wat. Mereka berasa hairan dan berpandangan sesama sendiri ................... menurut mereka lagi, Phra Kru Lek juga turut berjumpa dengan pelawat yang lain selepas mereka meninggalkan kawasan wat dan mana mungkin Phra Kru Lek boleh berada di dua tempat pada masa yang sama ? 

 LAGENDA GURU MAHA POWER VI


AL KISAH tentang Phor Than Kong, Wat Uttamaram, Batu 3, Repek. Kisah ini  berkaitan dengan Tarjai Ngu - Ular yang dimiliki oleh Than Kong. Sekiranya anda perasaan sebelum sampai ke Wat Uttamaram, anda akan / perlu melepasi satu jambatan kecil berhampiran pondok kecil yang mengalirkan air daripada tali air berdekatan. Di kiri dan kana jambatan kecil terbabit terdapat dua patung ular yang menjalar dari kedua-dua sisi tembok jambatan terbabit. Patung ular gergasi yang BERMATA KRISTAL terbabit sememangnya telah lama wujud di situ, yakni semenjak zaman Phor Than Kong lagi.

Hendak dijadikan cerita.......... terdapat beberapa kanak-kanak Melayu, Kampung Repek bermain air di tali air berkenaan kerana ia merupakan kawasan permainan mereka yang tidak asing lagi kepada penduduk kampung. Patung ular yang dibina itu tidak pernah diusik / disentuh oleh para penduduk tempatan. Kisah bermula apabila salah seorang daripada kawan kanak-kanak yang datangnya daripada kampung bersebelahan mencungkil mata kristal salah satu patung ular tersebut dan membawanya pulang, walaupun telah ditegah oleh rakannya yang bersasl daripada kampung Repek.

Dipendekkan cerita.....pada malamnya, kanak-kanak terbabit meraung-raung bagai dirasuk dan mula menunjukkan kelakuan yang aneh dan mula berguling-guling dan seolah-olah bagai ular menyusur akar. Apabila dibawa berubat oleh kedua ibu bapanya barulah mereka ketahui bahawa anaknya itu telah GATAL TANGAN dan MENGAMBIL serta MENGACAU sesuatu yang bukan miliknya. Setelah diselidiki, barulah mereka tahu akan hal sebenar dan terus membawa anak mereka berjumpa dengan TOK RAJA ( Tok Ca / Sami )  KHRON. Selepas meminta maaf dan sujud di hadapan TOK RAJA KHRON, tidak semena-mena kanak-kanak terbabit sedar daripada meracau dan menangis tersesak-esak sambil mengatakan ular besar hendak mematuknya. TOK RAJA ( Tok Ca / Sami ) KHRON hanya tersenyum dan meminta maaf kerana TAR JAI NGU ( ular ) datang mengacau dan meminta kanak-kanak agar jangan mengusiknya lagi. 

Semenjak peristiwa itu, SAKSIT / KERAMAT Tar Jai Ngu Than Kong yang menjaga patung ular itu menjadi buah mulut orang kampung dan beritanya tersebar luas agar sesiapa sahaja berwaspada apabila berada di kawasan Wat Utammaram.

 LAGENDA GURU MAHA POWER VII


AL KISAH tentang Phor Than Kong, Wat Uttamaram, Batu 3, Repek. Kisah ini juga berkisar dengan Tarjai Ular yang dimiliki oleh Than Kong sebagaimana yang diperturunkan dari mulut ke mulut oleh golongan marhaen Batu 3, Repek.
 
 Phor Mor Keaw juga pernah menceritakan kisah yang sama yakni, barang sesiapa sahaja yang melalui jambatan yang terletaknya dua patung ular itu dan sebelum mereka sampai ke halaman Wat Uttamaram,  mereka akan menyusun 10 jari dan memohon ALUYAK - kebenaran dengan Tarjai Ngu dan MEMPERKATAKAN niat mereka mengunjungi Wat Uttamaram. Oleh hal yang demikian, Phor Than Kong akan terlebih dahulu MENGETAHUI tentang rombongan yang bakal datang MENGHADAPNYA. Than Kong dapat memberitahu dengan tepat JUMLAH ahli rombongan, WARNA dan NOMBOR PLAT kereta yang dinaiki, NIAT serta HAJAT mereka, termasuklah JANTINA rombongan terbabit.

Pada suatu pagi ( Wan Phra ). Than Kong menyuruh Phor Mor Keaw mengarahkan beberapa Naen dan Look Jom untuk ke jambatan dan membawa seorang wanita pertengahan usia yang menaiki teksi ( beca roda tiga ) yang TERKANDAS di situ kerana pengayuh beca tidak NAMPAK JALAN untuk menuju ke arah Wat Uttamaram. Phor Mor Keaw tercengang-cengang dan seolah-olah tidak yakin dengan TELAHAN / TILIKAN Than Kong itu dan dia sendiri yang berjalan kaki bersama-sama look jom untuk melihat perkara sebenar.
 
Gemulah Phor Mor Keaw berasa terkejut kerana melihat pengayuh beca roda tiga terpinga-pinga dan mengatakan bahawa dia tak nampak jalan dan hanya nampak kabus putih tebal yang dipenuhi semak samun di penghujung jalan. Menurut Phor Mor Keaw, Than Kong meminta Nak Chau Thong untuk berubat dan memulihkan SIHIR yang ada pada wanita terbabit. Menurut Than Kong hal ini kerana wanita terbabit telah TERKENA SIHIR yang diletakkan di rumahnya akibat dengki akan kesenangan yang dimilikinya. Phor Mor Keaw bertanya kepada Gemulah Than Kong, bagaimanakah dia mendapat tahu akan kehadiran wanita terbabit, Than Kong mengatakan bahawa ......... " Dia mempunyai MATA di situ ! " yaki TARJAI NGU miliknya yang TINGGAL di situ untuk mengawasi kawasan sekitar Wat Uttamaram dan kawasan Kampung Repek / Bangsek.

Sesuatu peristiwa yang menyedihkan mata memandang berlaku apabila saya mengunjungi Wat Uttamaram pada awal Januari 2012, apabila sampai di Jambatan Ngu, saya memperlahankan kenderaan dan memberhentikan kenderaan lalu memohon ALUYAK - kebenaran dengan Tar Jai Ngu, sambil menyusun sepuluh jari. Saya terkejut apabila mendapati beberapa orang kanak-kanak sedang MENUBA - menangkap ikan di situ dan terlihat arca - patung Tarjai Ngu diusik oleh kanak-kanak terbabit dengan MENYANGKUTKAN - meletakkan bangkai ular di atas arca - patung Tarjai Ngu tinggalan Phor Than Kong. Saya membuka jendela dan bertanya mengapa mereka berbuat demikian, mereka terkejut dan tersipu-sipu. Seorang pemuda ( berbaju biru ) yang melihat kanak-kanak terbabit menimba ikan lalu meminta salah seorang daripada  kanak-kanak terbabit untuk lalu mengambil dan membuang bangkai ular tersebut.

Pada saat dan ketika blog post ini dikarang ( LAGENDA GURU MAHA POWER VII ), yakni pada 31 Julai 2012, jam 11.45 minit malam suatu kejadian yang PELIK berlaku ( mungkin kebetulan dan saya yang perasan lebih2 kot ! ). Saya telah mencuba untuk MEMUAT NAIK gambar arca ular yang diletakkan bangkai ular sebenar, setelah mencubanya beberapa kali saya gagal untuk memuat naik gambar terbabit dengan jayanya. Setiap gambar yang dimuat naik semuanya menjadi kelabu ataupun SEPARUH MENJADI. Mungkinkah resolusinya terlalu tinggi atau talian internet yang menyebabkan semua itu berlaku ? Atau kesilapan saya sendiri ? Setelah beberapa kali mencuba, ia masih gagal untuk dimuat naik.Oleh hal yang demikian saya mengambil keputusan untuk membiarkan saja ia seperti yang DITAKDIRKAN.

 Hahahhahahahah SAKSIT TARJAI NGU PHOR THAN KONG kita  !






 LAGENDA GURU MAHA POWER  IX dan lain2

Sudahpun saya ceriterakan dalam blog post - blog post yang terdahulu !


Merely Sharing @ Perkongsian Semata !
 Sabbe Satta Sukhita Hontuk !
Wiesukhihotu12 !
Correct me, if i'm wrong !
sabbe satta sukhita hontuk !
sadhu ! sadhu !

wie.sukhihotu 12 !

No comments:

Post a Comment