PERHATIAN !
Blog dan isi kandungan blog ini hanya untuk layaran, perkongsian, dan bacaan pengunjung-pengunjung blog https://cucutokraja.blogspot.com yang beragama BUDDHA dan BUKAN beragama ISLAM sahaja.
Kandungannya mungkin akan menimbulkan KETIDAKSELESAAN kepada sesetengah golongan. Sila TINGGALKAN laman ini sekiranya anda bukanlah daripada golongan seperti yang dinyatakan di atas.
Keprihatian dan kerjasama anda semua amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
This blog and shared @ posted blogposts are strictly for NON-MUSLIM viewing purposes only. All articles / posts are strictly writer's personal view per se. Writer does not necessarily endorse the views or opinions given by any third party content provider.
TQVM
Thursday, November 18, 2021
Thursday, November 11, 2021
Holy Bhikkhu of Repek Batu 3, Bangsek.
Merely Sharing @ Perkongsian Semata !
JANGAN JADI HAMBA DUIT !
KALAU BETUL, KATAKAN BETUL,
KALAU SALAH, KATAKAN SALAH,
USAH BERMUKA-MUKA,
USAH MENJADI TALAM DUA MUKA,
USAH KERANA DUIT, PANGKAT, DAN KUASA,
KITA JADI HIPOKRIT,
YANG SALAH DIKATAKAN BETUL !
Thursday, November 4, 2021
Guano Boh ?
Guaner Terrr ?
Bakpor Weh ?
What had actually happened to you ?
Why ? What happened bro ?
Series of questions pouring in right after my "I'm Back" post.
Hahahahahaha, tiada apa-apa yang istimewa tentang posting berkenaan. Ia hanyalah satu gimik yang tidak bermotifkan apa-apa nawaitu. Tujuan perkongsian ringkas posting "I am Back" adalah .............
Pertama, "I'm Back" membawa pengertian, tamat tempoh berkabung dan genap 100 hari pemergian abadi mendiang guru ambo yang meninggal dunia pada 23 March 2021. Mendiang pernah berpesan sambil berseloroh.....
"Li gim 40 jit, baru iong !". Pantang selama 40 hari sebelum mengamal @ mengguna @ mempraktikkan ilmu yang diperturunkan. Kata mendiang, itulah kata-kata yang pernah dipesan oleh Mendiang Than Kong kepada looksiknya dulu. Tapi demi menghormati beliau, "ambo pege 100 hari boh !"
Mendiang Phor Mor Cau Nan meninggal dunia pada usia 90 tahun kerana sakit tua. Ambo berasa terkilan kerana tidak dapat menatap wajahnya yang terakhir akibat daripada arahan tidak dibenarkan untuk merentas sempadan negeri. Kemungkinan besar, merupakan Looksik's Than Kong yang terakhir yang pernah berguru secara "direct" dengan mendiang Than Kong, Wat Batu 3.
Ini ialah gambar terkini dan terakhir yang sempat ambo rakam pada December 2020 sebaik sahaja arahan larangan rentas sempadan ditarik balik. Pada pertemuan tersebut, mendiang Cau Nan baharu sahaja discharged daripada wad kerana terjatuh @ rebah ketika mengambil angin petang di luar rumahnya. "Lap Haiy Sabai Cau Nan, Guruku !"
Kedua, "I'm Back" di sini bermaksud, Ambo akan kembali menulis, mencoret, berceloteh, berkongsi serta saling bertukar idea serta pengalaman naif dan mentah ambo dalam dunia mistik setelah tamatnya tempoh "Vansa @ Phangsa" @ "Retreat Season" selama 3 bulan.
Dalam tempoh Khao Vansa ini, ambo akan 'Sedaya Upaya" mencuba untuk mengikuti amalan mendiang Chau Keaw @ Phor Kae Keaw yang akan "bertapa" a.k.a "mengasingkan" diri selama 3 bulan di Wat Pokok Sagu. Dalam jangka masa 3 bulan ini, Mendiang Phor Kae ( panggilan manja yang hanya diketahui dan digunakan oleh anak-2 murid rapat beliau ) akan "off" daripada dunia perbomohan, mendiang akan "beramal" termasuklah mengikuti bersama-sama aktiviti keagamaan oleh para Bhikhu di Wat Pokok Sagu @ Wat Batu 5. Termasuklah hanya menjamah makanan dalam "Batd" - Alm Bowl sekali sahaja dalam sehari. " Kade2, dop jadi boh. Hahahahaha !"
Sebagai penutup bicara, 3 bulan "Pantang"+ 3 bulan "Khao Phangsa", +- 7 bulan berlalu, maka wujudlah frasa.....
....." I'm Back !" Hahahahahahaha !
Merely Sharing @ Perkongsian Semata !
JANGAN JADI HAMBA DUIT !
KALAU BETUL, KATAKAN BETUL,
KALAU SALAH, KATAKAN SALAH,
USAH BERMUKA-MUKA,
USAH MENJADI TALAM DUA MUKA,
USAH KERANA DUIT, PANGKAT, DAN KUASA,
KITA JADI HIPOKRIT,
YANG SALAH DIKATAKAN BETUL !