Apakah ramuan Besi PA ?
Apakah khasiat mistik Besi PA ?
Bagaimanakah ia ditempa ?
Gambar yang tertera pada sebelah kanan merupakan
antara koleksi Senjata Pakaian yang
berada dalam simpanan saya (bukan untuk diniagakan). Dalam
proses pembuatan senjata warisan Melayu terutamanya, terdapat pelbagai kaedah
dan rahsia mistik yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia yang biasa.
Terutamanya mereka yang JAHIL tentang selok belok penempaan senjata yang
menggunakan ramuan Besi ‘PA”.Perkongsian saya ini adalah satu perkongsian ilmu dan bukannya perkongsian berdasarkan nawaitu untuk menunjuk-nunjuk mahupun mendabik dada. Perkongsian ilmu dan pengetahuan yang cetek tentang Besi ‘PA’ ini tidak lain tidak bukan hanyalah sebagai perkongsian Asimilasi Budaya atau "Cross Custom & Belief" ( untuk insan-insan beragama Buddha yang SATTA – yakin akan khasiat ampuh Besi ‘PA’ )
Paku Tiang Seri Patah
Paku Keranda Patah
Puting Pahat Patah
Pasak Pagar Patah
- Kacip Sirih PAtah
- Gobek Sirih PAtah
- Meriam Katak PAtah
Gabungan besi-besi PA ini dipercayai mempunyai kelebihan dan keampuhan mistik yang tersendiri. Keampuhan besi PA ini dikatakan akan bertambah ampuh sekiranya diperolehi daripada beberapa SYARAT yang SUKAR. Sebagai contoh;
Formula 7 x 7 yakni daripada 7 jenis PA, daripada 7 pemilik yang berasal dari 7 kawasan, 7 daerah, dan 7 negeri, yang ditempa secara 7 lipatan dalam masa 7 hari atau 7 Sabtu oleh 7 tukang besi.
· perbomohan,
· membangkitkan semangat kepahlawanan,
· kelebihan kebal kulit dan kebal semerta,
· melemahkan semangat musuh,
· penghalimunan dan pelilau,
· dijadikan medium untuk berhubung dengan alam ghaib
· memagar kawasan rumah daripada niat jahat,
Proses penempaan pamor besi PA ini bukanlah sesuatu yang
boleh dipandang enteng. Antara teknik yang perlu dikuasai oleh seseorang tukang
ialah teknik lipatan. Besi yang dibakar akan ditempa ( diketuk ) menjadi satu
kepingan yang panjang ( +- saiz pembaris ) dan kemudiannya dipotong kepada dua
bahagian. 2 Potongan tersebut akan ditindih ( disusun bertingkat ) yang
kemudiannya akan dibakar dan digandingkan @ ketuk semula sehingga kedua-dua lipatan itu
sebati ( melekat dan menjadi satu keping. Proses mengetuk, memotong dan melipat
ini akan dilakukan secara berterusan sehingga memperoleh jumlah lipatan besi yang
berganda dan seterusnya menghasilkan
permukaan besi yang berPAMOR yakni corak lapisan besi daripada proses
pemotongan dan penitindihan secara berterusan dan berulang-ulang kali. Contoh kiraan
lapisan pamor yang biasa ditempa adalah seperti berikut;Lipatan 1 = 2 lapis lipatan besi
Lipatan 2 = 4 lapis lipatan besi
Lipatan 3 = 8 lapis lipatan besi
Lipatan 4 = 16 lapis lipatan besi
Lipatan 5 = 32 lapis lipatan besi

Gambar contoh di atas ialah badik campuran besi 3 PA yang tidak melibatkan lipatan besi. Badik 3 PA ini ditempa daripada 3 jenis besi PA yakni, Mata Keris Patah, Berel Senapang Patah dan Puting Tombak Purba Patah. Dapat dilihat dengan jelas pada hujung mata badik yang disambung / tampal dengan mata keris patah alami. Manakala pendokok pula dibuat daripada barel / muncung senapang asak yang pecah / retak.

Rahsia mistik Besi PA ini bukan sahaja dikuasai dan diamalkan oleh golongan masyarakat Melalyu lama malah rahsia gabungan Besi PA ini juga diguna pakai oleh warga-warga Siam. Para Kaechik Achan dan Sami-sami Buddha juga mengguna pakai rahsia pembuatan / penempaan Besi PA ini dalam proses pembuatan Azimat yang ampuh - Phra Kreung atau Kreung Lang !
- Pern Taeg ( Pistol / Senapang Pecah )
- Rakang Taeg ( Loceng Purba Pecah )
- Bard Taeg ( Arm Bowl @ Besi Bard Pecah )
- Far Bard Taeg ( Tudung Bard Pecah )
- Takrut Khat / Taeg ( Tangkai lama yang pecah @ patah )
- dan lain-lain
ii ) Patamokkha Sila
iii) Indriyasamvara Sila
iv) Ajivaparisuddhi Sila
v) Paccayasanuissita Sila
Akhirukalam, Besi PA yang penuh kuasa mistik tadi tiada bezanya dengan besi gril, besi penutup longkang atau besi turus pagar rumah sekiranya kita gagal mengamalkan ( Do's and Dont's ) yang diletakkan, dipersetujui, dan yang dimenterai.
Merely Sharing @ Perkongsian Semata !
Sabbe Satta Sukhita Hontuk !
Wiesukhihotu16 !







