Manusia "Bermata Merah" tumbuh melata
Mereka-mereka ini membugar di mana-mana sahaja
mungkin hidup segar,
dongak, toleh, jeling, kerling, jengguk, dan palinglah,
mereka-mereka ini barangkali berada.........
di sisi anda,
di belakang anda,
di depan anda,
di bawah satu bumbung, satu selimut, malah menjamah makanan sepinggan dengan anda !
Mereka-mereka yang bermata merah ini tidak boleh melihat manusia lain hidup senang,
hidup mereka-mereka ini tidak senang apabila melihat manusia-manusia lain hidup senang !
mereka-mereka ini berkelulusan PHD ( perasaan hasad dengki ) yang jahil.
Mereka dengki apabila...............
orang lain senang lenang,
orang lain bahagia dan beranak pinak,
orang dilimpahi kemewahan.
orang lain setaraf dan cuba setaraf dengannya,
orang lain setanding and cuba menandinginya,
orang lain lebih berpengetahuan,
orang lain lebih berkemampuan,
orang lain memiliki apa-apa sahaja yang tidak dimilikinya,
orang lain bercakap tentang perkara yang diketahuinya,
orang lain bercakap tentang perkara yang tidak diketahuinya,
Pada saat dan ketika itu, maka mulalah........................
jarum-jarum hasad dicucuknya,
jarum-jarum halus dengki ditusuknya,
jarum-jarum seni khianat ditaburnya,
jarum-jarum berkarat fitnah dipatanhnya,
jarum-jarum busuk bernanah dipasaknya,
mengutuk adalah mainannya,
mengeji adalah sajian hariannya,
mengfitnah adalah darah dagingnya,
azalinya adalah segumpal darah yang busuk hanyir bernanah,
zahirnya diselaputi debu-debu fitnah,
kerana..................
dia adalah fitnah,
fitnah itu adalah dia.
shadu ! shadu !
sabbe satta sukhita hontuk !
wie.sukhihotu10 !