PERHATIAN !

Blog dan isi kandungan blog ini hanya untuk layaran, perkongsian, dan bacaan pengunjung-pengunjung blog http://cucutokraja.blogspot.com yang beragama BUDDHA dan BUKAN beragama Islam sahaja.

Kandungannya mungkin akan menimbulkan KETIDAKSELESAAN kepada sesetengah golongan. Sila TINGGALKAN laman ini sekiranya anda bukanlah daripada golongan seperti yang dinyatakan di atas.

Sebagai makluman para ACHAN / GURU / BOMOH / PHRA / KHUN dan MEREKA yang BIJAK PANDAI, saya hanya berblogging demi menyongsong arus pascamerdeka. Tidak terdetik pun di sanubari saya untuk BOASTING & SHOW OFF. Janganlah berasa TERANCAM & TERCABAR dan usahlah MENGANCAM & MENCABAR saya. Kesian saya, saya hanya budak hingusan yang baru belajar dan masih bertatih !!!

Keprihatian dan kerjasama anda semua amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

" If you don't like to read my POPPYCOCK article, don't like to browse my FOLKORE blog, hate my TOSSING UP posting and kinda hurt by my blog RIDICULOUS posting & COMICAL sharing, Kindly lead your cursor away from my blog rolls and never ever log on to my blog, simple right ?"

TQVM


Monday, September 20, 2010

" Jangan Percaya Pada Kata-Kata Orang Yang Tukar Agama"

Hi guys, try this link. Watch the silly statements and confession  by the person who calls himself as a true Converted  Muslim. Just wonder, whether the Perkim Guys hd taught him on how to respect his own race. CINA !

May be he forgot that, although he's muslim but he's still a CINA. Ask him to check his identity card or perhaps his kid's identity card and birth certificate. I'm believe that, the word CINA would be appeared under the STATUS KETURUNAN. At least for 4 generation.

There's no doubt, he's a MUSLIM now, but he's still CINA........ CINA MUSLIM !

Related article, try this link...........


http://komunitisiambaru.blogspot.com

Silly video ............................



Merely Sharing.
wiesukhi hotu !

Jangan Percaya Cakap Orang Tukar Agama

Seorang kawan hantar mesej kepada saya memberitahu baru-baru ini seorang anak gadis kampung dia tukar agama dan kahwin dengan pemuda berlainan agama. Orang kampung terkejut kerana gadis tersebut baik orangnya dan selalu pergi wat, serta ada Naktham. Kenapa boleh jadi begitu?

Pergi wat adalah tradisi kaum Siam yang diamalkan sejak dahulu. Jikalau ibu bapa pergi wat, anak-anak juga akan pergi. Lulus Naktham belum tentu dia benar-benar fahami Dhamma. Naktham hanya proses menghafal dan mengingat. Dhamma Buddha lebih daripada itu. Oleh sebab itulah, banyak pihak di Thailand mendesak agar kaedah pembelajaran Naktham atau Pelajaran Dhamma diubah, tapi sehingga kini belum nampak perubahan. Ramai orang Siam yang ada Naktham tapi Sila 5 tak pernah cukup. Apabila ada budak Siam tukar agama, mulalah gelabah satu kampung. Salah siapa?

Kepimpinan melalui teladan amatlah penting. Malangnya, bapa jahil ikut cara bapa. Emak jahil ikut cara emak. Bukan jahil kerana tak tahu agama, tapi jahil kerana tak praktis nilai agama. Berulang alik pergi balik wat sehari sepuluh kali pun tak ada gunanya jikalau Dhamma sebenar tak tahu. Semua main ikut tradisi. Tambun RM100,000 pun tak mampu mengangkat tahap minda sekiranya tak praktis Dhamma. Mati hidup balik pun masih di takuk lama.

Pemimpin masyarakat pula jahil tukil pasal agama. Tok Sami usahlah dicakap, tahu-tahu sahajalah. Habis, siapa yang boleh dijadikan teladan oleh anak-anak muda?

Sebab musabab orang tukar agama ada pelbagai, tetapi sebab yang sebenar hanya tuan punya badan sahaja yang tahu. Perihal tukar agama ini bukan sahaja berlaku di kalangan penganut agama Buddha, dan orang Siam sahaja. Agama lain dan kaum lain juga hadapi masalah yang sama. Cuma kita sahaja tak tahu kerana tidak dihebohkan.

Sewaktu saya jadi Phra dahulu, terdapat pasangan yang berjumpa saya minta nasihat dan pertolongan kerana mereka mahu tukar agama. Saya hanya beri nasihat tetapi tak dapat menolong. Hidup di tanah air yang bernama Malaysia tak ada kebebasan dalam persoalan yang berkaitan dengan agama. Agama kita boleh "dicabul dan diperkosa" sesuka hati, tetapi kita akan dihukum apabila "menyentuh" agama lain.

Berbalik kepada orang yang tukar agama, gadis atau lelaki, mempunyai beberapa alasan yang menyebabkan mereka tukar agama. Antara alasan yang lazim ialah:

1. Cinta - mereka mencintai pasangan berlainan agama, lalu terpaksa tukar agama kerana negara kita tak benarkan kebebasan beragama dalam perkahwinan. Faktor madu cinta ini sering menjerat pasangan muda-mudi. Apabila cinta kehilangan madu, ramai yang minta mengundur diri dan ingin kembali ke agama asal. Ramai yang menyesal kerana intan yang disangkanya dahulu rupa-rupanya batu kerikil. Awas, cinta tak kenal sempadan kaum. Cinta tak ada agama. Semua agama boleh bercinta, tetapi manusia telah meletakkan menghadang sehingga menyebabkan pasangan tidak bebas memilih melainkan akur kepada peraturan dan undang-undang sedia ada.

Tukar agama kerana cinta suci masih boleh diterima. Tetapi jikalau tukar agama kerana "cinta ubat pengasih" maka hilang madu sepah akan dibuang. Merana seumur hidup. Nak balik ke agama asal, tak boleh lagi. Mahu tak mahu, berendam air mata sehingga ke pusara.

2. Pengaruh daripada kawan-kawan yang berlainan agama - setiap hari ditiup telinga bahawa agama baru lebih baik, lalu percaya. Mungkin ada antara kita mempunyai pengalaman dipujuk tukar agama oleh kawan. Dia berniat baik ingin kita masuk syurga. Buat macam syurga itu dia yang punya.

3. Ganjaran - ada orang dijanjikan ganjaran pekerjaan, jawatan, projek dan sebagainya oleh pihak tertentu. Orang tamak dan bersifat materialistik mudah termakan kaedah ini. Kekayaan didahulukan, agama dikemudiankan.

4. Tarikan agama baru - lebih yakin akan kebenaran dan nilai-nilai agama baru. Saya tak menafikannya bahawa setiap agama mempunyai nilai-nilai tersendiri yang mampu menarik hati manusia mempercayainya. Apatah lagi dengan usaha dan propaganda "meramaikan penganut" yang dijalankan oleh agensi agama. Lazimnya perkara-perkara baik sahaja yang akan diceritakan.

5. Tolakan agama asal - hilang kepercayaan terhadap agama asal. Penganut agama asal hidup seperti syaitan boleh menyebabkan orang hilang keyakinan kepada agama. Apa jadahnya kita kata agama kita baik jikalau penganutnya perangai tak seperti orang. Agama mengajar orang jadi baik. Apabila orang tak boleh jadi baik, maka agama yang dipersalahkan, kononnya tak ada nilai-nilai baik. Individu yang "dipandang mulia" di sisi agama tetapi bersikap buruk boleh menghakis kepercayaan penganut.

6. Jahil ilmu agama. Ini faktor yang penting. Orang yang memahami agamanya dengan betul-betul sukar tukar agama. Walaupun dia mendakwa telah kaji agama asal sepenuhnya, tetapi hakikatnya dia mungkin belum memahaminya. Dia hanya memahami agama mengikut fikiran dia, bukan mengikut kebenaran yang ada pada agama.

Orang yang tukar agama akan memberi bermacam-macam alasan. Alasan yang lazim diberikan ialah agama asal tak baik, tak sempurna dan tak menyeluruh berbanding agama baru. Dia juga akan mendakwa yang dia telah mendalami agama asalnya tetapi "tak jumpa benda yang dapat menjamin kehidupannya di dunia dan akhirat". Dari situ bermulalah dia menabur fitnah dan mengutuk agama asalnya di samping memuji agama baru. Dia, kononnya buat perbandingan agama. Padahal hakikatnya dia masih jahil dan tak berupaya memahami agamanya.

Saya mengambil contoh penganut agama Buddha yang tukar ke agama lain. Mereka ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat; mungkin peniaga, ahli politik, pegawai kerajaan, sarjana, penulis buku, profesor, doktor, petani, buruh, peminta sedekah dan sebagainya. Alasan mereka lazimnya sama iaitu agama baru lebih baik. Apabila ditanya lebih lanjut, mereka akan mencemuh agama asal. Buat macam agama asal seperti seekor syaitan. Mereka terlupa bahawa agama asal telah "membentuk" sahsiah ibu bapa mereka, dan "menanamkan nilai-nilai murni" ke dalam diri mereka sehingga mereka jadi orang baik. Setelah tukar agama, "jasa" agama asal langsung tak dikenang, bahkan dicemuh, dikutuk dan dicaci. Bolehkah orang begini dipanggil orang lagi?

Alasan bahawa dia telah kaji dan memahami agama Buddha dengan baik adalah kelentong. Agama Buddha tak mungkin mampu difahami dengan baik hanya dengan pembacaan semata-mata. Untuk memahami agama Buddha, mesti prakris sehingga mendapat Jhana 4 dan kemudian mencapai tahap Sodaban - iaitu permulaan Ariya. Sodaban merupakan titik permulaan mengenali cahaya Nirvana.

Orang yang mampu mencapai titik permulaan mengenali cahaya Nirvana barulah boleh dikatakan betul-betul memahami agama Buddha. Kalau setakat baca kitab agama, dengar khutbah agama, atau hafal nama-nama Sutta dalam Kitab Tipitaka sekalipun, belum boleh dikatakan betul-betul memahami ajaran Buddha. Agama Buddha tak sama dengan agama lain. Agama Buddha tak mungkin dapat "dikenali" hanya dengan membaca dan mendengar khutbah agama. Ini harus difahami oleh penganut Buddha agar tidak terpengaruh dengan propaganda individu yang tukar agama.

Jadi, kelentonglah namanya apabila seseorang yang belum mencapai Sodaban tapi mendakwa dia telah memahami agama Buddha dengan baik sebelum dia tukar agama. Namun, seperti yang saya katakan di atas, negara yang kita sayangi ini "tak benarkan kita bercakap secara bebas tentang agama." Kita akan didakwa "menghina agama" apabila kata-kata kita menyakitkan hati mereka walaupun apa yang kita katakan itu adalah kebenaran (mengikut ajaran kita). Oleh itu, berdiam diri dan menahan dikutuk lebih baik daripada meringkuk dalam ISA. Apa gunanya melawan kalau kita tahu padangnya tak sama rata, tiang gol tak sama tinggi, tak sama besar dan pengadil pula berat sebelah. Lagipun kesucian agama Buddha tak akan terjejas oleh pembohongan dan propaganda murahan.

Kepada kaum Buddhis, tak usah percaya kata-kata orang yang tukar agama. Mereka itu sebenarnya masih jahil Dhamma. Walaupun habis satu almari Tipitaka dibacanya, hanya kulit yang mereka kenal. Isinya tidak. Isinya hanya boleh dimakan melalui praktis meditasi - Samatha Kammathan dan Vipassana Kammathan.

Berbalik kepada anak gadis kampung yang tukar agama. Ini berlaku kerana cinta atau jahil ilmu agama. Kita tak perlu risau. Agama kita mementingkan kualiti bukannya kuantiti. Oleh itu, perkara yang penting usahakan agar anak-anak kita memahami agama dengan baik. Mulakan dengan tahap asas. Kalau tahap asas pun tak tahu, susahlah nak mengelak daripada terpengaruh dengan dakyah pihak yang "berniat baik" yang ingin kita masuk syurga mereka. Selepas tahu asas-asasnya, barulah mudah kita mengajar mereka tahap lebih tinggi. Lulus Naktham semata-mata tak cukup. Naktham umpama ikan kering yang tidak seberapa khasiatnya berbanding Kammathan.

Fikir-fikirkanlah!


 adopted/ adapted from,

KOMUNITI SIAM BARU

http://komunitisiambaru.blogspot.com

1 comment:

  1. haha..funny article but yea..
    i agreed with u..
    as in my country, we do experienced the same thing and much worse la my friend rather than u do..
    those chinese people who called themselves
    a devoted moslem...cant be trusted..
    in 1998 when the riot exploded across our country
    many our fellow chinese were killed, burned alive, as for the female were raped and killed
    by the propagandist..of course this were not written and exposed massively..
    but hell yeah..many chinese people can testify this..one thing that bothers me..
    there is one chinese guy who converted to moslem
    and he participated on driving the masses to the riot to kill the innocence chinese..
    as u know..we just a minority..what can we do..
    we born here also as 2nd class citizen..
    so that time the soeharto era..the chinese were always the scapegoat for everything..

    above write up just a share

    ReplyDelete

Disclaimer

Bear in mind .......

The information and photos provided via this blog are for general information and sharing purposes. I make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the information, documentation or guidance.

I will make no liable for any loss or damage (s), indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatsoever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of the information, documentation or guidance provided.

Bear in mind that......Any reliance made on such information is therefore strictly at readers risk.I held no responsible for any contents linked or referred to from this page(s). Furthermore, I'm not liable for any postings or messages published by users of discussion boards, guest books or mailing lists provided on this page(s). All contents is subject to the copy right and intellectual property of the author. All internet users may access or use content individually or internally without restriction. But content may not be resold, reprint, republish neither in whole nor in part, without any written permission from the author. By using or downloading content you are accepting these terms and conditions.